Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Mei 2014

Kerajaan Belanja RM1.6juta Untuk PRK Kajang.

Syukur.

1.6juta jer.

Kalau 1.6billion pun syukur juga. Janji dalam negara takde kereta kebal dok tembak2 orang. Janji pagi2 bila ko bangun tidur, buka tingkap buka pintu penjenayah tak duduk depan rumah tunggu nak parang ko. Syukur la ye. Malaysia aman damai.

KAH KAH KAH

Ikut jawapan menteri.

4 kali PRK = RM4.3 juta dah dibelanjakan.

Yang paling tinggi di PRK Kajang. Kos perbelanjaan mencecah rm1.6juta banyaknya.

4.3j - 1.6j =  2.7juta.

2.7j dibahagi 3 (untuk 3 PRK yang lain) secara puratanya kita dapat = RM 0.9juta atau 900 ratus ribu.

Apa yang membuatkan kerajaan membelanjakan hampir 1.6juta ketika PRK Kajang berlangsung?

- Kos latihan petugas PR
- Sewa
- Bil2 telefon
- Makan minum
- Bayaran kerja lebih masa
- Pengangkutan
- Barangan pejabat dan hal2 berkaitan
- Dan lain2 perkara yang difikirkan perlu bagi tujuan kelancaran PRK.

Aku harap dalam angka juta-jutaan ini tak la termasuk sekali kempen untuk menangkan calon BN ek. Itu salah guna kuasa namanya tue. BN boleh berkempen tetapi tak boleh gunakan peruntukkan kerajaan yang tersedia untuk menjalankan proses PRK dengan kempen2 undi dorang. Kalau dorang memang ada buat itu namanya salah guna kuasa. Memang hantu betul la kan. 

Kalau la kita lebih garang lagi, teliti dan tegas dengan meminta semua jawapan2 menteri perlu disertakan dengan hujah sokongan iaitu bukti dari segi dokumentasi, aku tak rasa perbelanjaan untuk PRK boleh cecah jutaan ringgit.

Tapi tu la. Sistem kita neh longgar sangat. Dasar cincai boncai. Asal boleh layankan aje. Aku rasa tak sistematik langsung kalau kita tak diberikan akses untuk meneliti semua bukti2 berkaitan bagi menyokong jawapan menteri di parlimen. Menteri memang sampai mampos la cakap dia mesti betul punya. Hujah2 dia mesti boleh pakai punya. Tapi siapa tahu benda tue betul ke tidak? Betul tak?

HAHAHA..

Jawapan menteri di JPM dipetik ketika dewan negara bersidang di Parlimen. Dijawab oleh Shahidan Kassim.

Rujukan Utusan Malaysia.

Bacaan penuh ;

Empat pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sejak pilihan raya umum lalu iaitu di Kuala Besut, Sungai Limau, Kajang dan Balingian memakan kos perbelanjaan berjumlah RM4.3 juta dengan yang paling tinggi adalah di Kajang iaitu RM1.6 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jumlah tersebut melibatkan perbelanjaan kewangan bagi menampung setiap kos dan perkhidmatan yang digunakan untuk setiap PRK. Katanya, peruntukan perbelanjaan tersebut disediakan dengan mengambil kira keperluan seperti kos latihan petugas pilihan raya, bayaran lebih masa petugas, sewa dan bil-bil telefon.

Selain itu, menurut beliau, peruntukan juga digunakan bagi membayar sewaan, bahan makanan, bekalan bahan mentah, bekalan pejabat, pengangkutan, bayaran honorarium serta perkhidmatan ikhtisas dan lain-lain.

“Jumlah tersebut berbeza bagi setiap PRK, bergantung kepada jumlah pengundi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), petugas mengundi, saluran pengundi dan keluasan bahagian PRK tersebut. “Semua perbelanjaan yang dibuat dalam PRK mematuhi segala peraturan dan tatacara kewangan yang ditetapkan Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Saiful Izham Ramli tentang jumlah perbelanjaan secara berasingan yang dibelanjakan untuk PRK sejak pilihan raya umum lalu. Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung langkah kerajaan untuk membendung gejala meletak jawatan oleh wakil rakyat tanpa sebarang alasan, Shahidan berkata, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

Namun beliau menegaskan, peruntukan udang-undang menetapkan bahawa mereka yang berbuat demikian tidak dibenarkan bertanding dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun dari tarikh individu itu meletakkan jawatan.

“Jadi, janganlah wakil rakyat letak jawatan kerana perbuatan itu adalah serius. Kita perlu berpolitik secara matang kerana rakyat telah beri mandat untuk kita berkhidmat. Kalau ramai letak jawatan, lebih banyak kos perlu ditampung kerajaan," katanya. -UM-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...