Lihat ;
Ringkaskan cerita sudah.
Aku rasa aku tak suka baca apa yang penyokong2 PAS tulis mengenai isu unit amal bantai pendemo. Aku faham dorang nak melindungi imej unit amal. Tapi aku rasa dorang tak membantu menjernihkan keadaan yang haru biru.
Tak pernah aku anggap kesalahan individu harus dipikul secara organisasi. Tak pernah aku anggap 2 insiden yang berlainan ini, unit amal patut dimaki hamun. Aku akan cakap apa yang aku perhatikan dan faham. Dan tak pernah aku tutup ruang penjelasan, pembetulan dan pemberitahuan. Silakan dengan terbuka ahti aku menerimanya.
Rasa tak puas ahti.
Budak pertama yang kena bantai dengan petugas unit amal ialah orang PSM. Baikla. PSM = sosialis. Budak neh pun bukan orang Islam dan bukan melayu pula. Lagi la dorang besar kepala taknak minta maaf dan akui kesalahan bahkan alihkan kesalahan ke atas individu tersebut. Apakah kita boleh membuli orang kerana dia bukan orang Islam? Suci sangat ke petugas unit amal tersebut sampai taknak mengaku salah dan memikul tanggungjawab? Dia tak dibantai kerana lakukan provokasi. Dia tatau kenapa dia kena hentak. Yang dia tahu dia kena hentak tak pasal2 berdarah dahi dia. Dia lalu situ sebab cari kawan dan kena hentak sebab cari kawan. Ada logik ke nak halalkan tindakan tersebut? Yang memalukan orang2 PAS boleh pula sebar muka sorang lelaki neh, yang mana dia marah2 sebab kawan dia kena hentak, dan jadikan DP, poster dan timeline untuk kutuk tingkahlaku pemuda tersebut. Woahh. Jangan buat penilaian double standard. Meskipun aku bukan pejuang Islam macam korang tapi jangan buat penilaian double standard. Memang la orang marah sebab kawan kena hentak pada saat kawan tue tak buat apa2. Memang terbukti pakcik yang ;
- Pakai kopiah
- Ada janggut
- Pakai cincin besar
Tumbuk budak PSM.
Adakah ini berpunca dari dendam kesumat budak2 PAS ke atas PSM selama neh? AKu tak menolak kemungkinan ini wujud memandangkan apa yang berlaku di Selangor memang saling sakit menyakitkan ahti masing2. Masalah utama bukan saja tak berjaya diselesaikan secara baik bahkan ia ditokok tambah dengan fitnah. Penyudahnya semua sakit ahti dan membenihkan dendam.
PAS jangan buat2 lupa apa yang dorang tuduh pada Dr. Nasir, presiden PSM.
Presiden PAS bercakap secara terbuka mengenai akidah orang yang dia tak kenal pun sapa. Tanpa bukti, tanpa sandaran hujah, tanpa apa2 TGHH boleh bercakap pasal akidah orang lain. Itupun berdasarkan hasutan orang. Pernah tak AHLI2 PAS yang SEMBANG KENCANG BAB ISLAM MENASIHATI PRESIDEN SENDIRI?
Okay. PSM sesat ye. Pertahankan pendirian dan tuduhan. Kenapa tak call JAIS, JAKIM dan sebagainya untuk tarbiah budak2 PSM? Bukan kah membiarkan kemungkaran juga bermaksud bersubahat sekali dengannya? Selangor bawah PR. Ataupun, tak mampu nak berbuat apa2 sebab bukan ada bukti pun.
Baikla. Selalunya begitula. Orang lain mesti salah. Orang lain ada yang tak betul. Orang lain mesti ke neraka. Orang lain berdosa. Tetapi PAS tidak akan terlibat dalam apa2 perkara yang jahat dan tak betul. Setiap kenyataan dan tindakan mereka bukan saja betul, bertepatan dengan Islam bahkan tidak boleh dilawan.
Aku hanya nampak. Satu lagi kuku besi. Kali neh dalam bentuk jubah dan gunakan topeng Islam untuk memperdayakan umat. Apakah mereka nak bersikap begini sampai rakyat jadi benci dan meluat dengan agamawan2?
Sepatutnya, cari, selesaikan dan minta maaf serta bertanggungjawabla. Tak kisahla sengaja atau tak sengaja. Yang tue lain citer. Yang penting apa tindakan yang kita ambil untuk control damage. Adakah tindakan kita mengalihkan kesalahan itu betul? Dan yang paling aku meluat sekali. Memang meluat sangat2 bila tetiba UMNO boleh masuk dalam sketsa neh pasai apa? Apa kena mengena dengan UMNO bila petugas unit amal pukul budak PSM yang tatau apa2 sebab nak leraikan kekecohan yang dicetuskan oleh budak2 ANTIFA/ANARKI?
Aku akan cakap benda yang betul pasal anarki walaupun aku sekufu dengan perjuangan anarki. Seterusnya korang nak dakwah, tarbiah, ceramah, nasihat, didik ke apa itu korang punya pasal. Lebih baik mengaku daripada menutup macam yang unit amal buat sekarang neh.
Teruskan penipuan dan propaganda sebab nak nampak suci dan alim.
Insiden pertama bab kena siku tue membuatkan geng2 unit amal (tidak bawa label unit amal sebab unit amal sebut lepas waktu 5 petang mana2 petugas amal tidak bawa label unit amal) datang berjumpa pihak SAMM dan berbincang. Dari apa yang aku difahamkan, budak2 SAMM bagitau mereka tak terlibat dalam kejadian kekecohan secara organisasi. Dan tak nafikan ada budak2 yang beli baju SAMM tapi tak semestinya dia anggota SAMM. Itulah alasan dorang ketika berbincang dengan sekumpulan lelaki merujuk kepada gambar di bawah ini ;
Dari sini perbincangan seterusnya ke dataran merdeka yang menghentak 2 orang budak anarki yang sama sekali tak terlibat dalam kekecohan siang tadi. Kalau dorang nak hentak budak yang siku unit amal tue pun tak boleh sebenarnya. Bukti video ada. Jika bersungguh nak selesaikan perlu pilih cara diplomasi cara yang dianjurkan oleh Islam sejajar dengan perjuangan parti korang, PAS. Atau, ia sekadar label dan bukannya perlu dikukuhkan dengan tindakan?
Budak2 anarki yang kena hentak itu teruskan berdemo sampai ke malam untuk melawan GST. Tapi terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kena hentak. Bahkan ada yang siap dicampakkan ke longkang lagi. Apa neh? Adakah ini cara kita selesaikan masalah? Orang2 PAS cukup marah sebab kita dok kait2 tindakan di atas dengan unit amal. Baikla, boleh tak kita sebut petugas2 unit amal? Bukan kah dalam gambar di atas ada yang pakai baju unit amal?
Dan maklumat yang disampaikan kepada aku ialah kemungkinan pihak2 yang terlibat balon budak anarki ialah neh geng2 SKEPS yang baru dilancarkan pada tahun lepas oleh Mat Sabu di Selangor.
Gambar sudah ada. Apa kata unit amal siasat dari sini semua dakwaan yang timbul. Aku tatau nak cakap apa lagi dah kalau semua geng2 PAS bersikap self defensive dan hanya menuduh2 kita nak menfitnah mereka.
Semua sibuk nak dengar penjelasan dari unit amal. Yelah. PAS banyak penyokong. Tapi adakah pemikiran majoriti berhak menafikan dan mengenepikan pandangan minoriti? Apa beza BN dan PAS yang gunakan majoriti dan minoriti untuk tindas orang lain?
Perlu focus pada perbincangan.
Jangan mislead dari tajuk perbincangan sebenar. Sepatutnya terus kepada pokok permasalahan. Pokok permasalahan disini ada 3 orang kena pukul dan orang yang memukul tue mengaku dia budak2 unit amal. Jika pengakuan orang tue salah boleh direct siasat orang tue seperti yang tertera dalam gambar di atas. Jika orang2 dalam gambar di atas nafikan maka boleh terus siasat orang2 yang mendakwa perkara demikian. Kita tengokla macam mana. Cuma masing2 kena mengaku la kalau masing2 salah. Jangan dok pusing citer ke arah lain pula.
Asas kepada perselisihan tidak boleh diabaikan.
Jika unit amal rasa mereka berhak menghalang orang dari masuk dan berhak menegur budak2 anarki sebab berbuat bising maka budak2 anarki juga berhak untuk bersuara bagi menghalang perhimpunan menjadi ceramah politik. Bukan hanya PAS aje yang menjadi penganjur. Ramai pihak menjadi penganjur bersama bahkan termasukla budak2 PSM dan anarkisme. Kalau tidak buat apa jemput budak2 neh pergi meeting apa bagai ke tatau citer sebenar?
PAS dan parti2 politik lain tak faham bila orang kata kenapa bendera parti dilarang dan kenapa ceramah oleh pemimpin2 partisan dilarang. Ini sebab nak lindungi hak rakyat juga. Kita taknak setiap kali berdemo BN dok kaitkan demo2 ini dengan pembangkang.
Kita taknak demo ini ditafsirkan hak milik pembangkang dan turunnya mereka ke jalanan ini adalah kerana pembangkang sebab bukan semua rakyat Malaysia itu sokong pembangkang dan lagi satu demo ini tujuannya mengenai GST. Taknak BN gunakan kesempatan untuk alihkan matlamat asal. Selagi ada bendera parti, selagi ada ceramah oleh pemimpin2 pembangkang selagi itu la BN akan terus menerus mampu mislead tujuan asal kenapa rakyat berdemo.
Kita taknak orang ingat demo MAYDAY-GST adalah bantahan yang dimulakan oleh pembangkang sebaliknya kita nak bagi mesej yang jelas kepada BN bahawa rakyat la yang tolak GST ia takde kena mengena dengan pembangkang pun.
Atas sebab itu la malas rakyat nak turun dan terlibat dengan demo sebab bukan semua orang suka dengan pembangkang walaupun jauh di sudut ahti mereka tidak sokong GST. Pembangkang fikir jika tak sokong BN mesti sokong pembangkang padahal tak fikir yang rakyat macam aku meluat la dengan parti2 pembangkang dan kerajaan yang sedia ada neh itu sebab aku bullshitkan partism.
Kalau bukan kerana nak pertahankan hak rakyat maka jaringan kerjasama itu tidak akan wujud. Ia wujud kerana rakyat adalah basis kepada network.
Yang turun 50k dah p bangga2 canang satu dunia.
Apa yang bangga sangat dengan angka 50k dengan rakyat yang hampir berjumlah 30 juta orang pada tahun 2014, seperti yang aku petik dalam Awani?
Sampai bila rakyat perlu melukut di tepi gantang parti2 politik neh? Penyokong2 parti kemain bangga dok suruh rakyat anjur demo sendiri. Tengokla depa nak tahu berapa ramai yang sanggup turun atas nama rakyat. Nampak sangat dorang dah setkan minda dorang secara songsang dan tak malu mengakui keadaan itu dengan penuh bangga pula tue.
Ko rasa bangga orang sanggup turun pertahankan sesuatu atas nama parti?
Kalau aku, aku rasa malu sebab tak mampu nak ubah mindset orang bahawa kalau kita nak berjuang sekalipun perlu atas kehendak diri, perlu faham kenapa kita rasa tertindas dan perlu ada ilmu dan pengetahuan ke arah bantahan. Bukan sebab atas nama parti. Itu sebab aku cakap penyokong2 pembangkang yang bagi hujah macam tue memalukan. Mereka sanggup candukan penyokong2 atas nama partisan. Ia sangat sangat sangat memalukan untuk mengikat tindakan ko atas nama parti.
Dan, atas sebab itulah ramai yang turun pun tak faham pun kena GST itu perlu dibantah. Mungkin sebab parti arah turun maka mereka turun. Kenapa turun tak penting, tetapi sebab parti yang suruh turun itu yang penting. Silakan berbangga dengan cara didikan ini ke atas pengikut2 korang. Instead of mendidik dan memahamkan dorang yang dorang perlu bangkit sebagai rakyat, yang dorang perlu bantah sesuatu atas sebab dorang faham kenapa, korang lebih bangga mereka bantah dan bersuara atas nama parti. Aku kagum. Terlalu kagum sampai aku tahu aku takan pernah layak duduk dalam mana2 parti.
Kbai.