Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Mei 2014

Mengumpat Ahmad Maslan Beramai2 Di Alam Maya..


Aku harap Ahmad Maslan baca ini. Aku benar2 harap dia baca ini dan berlapang dada dengan apa yang aku nyatakan kat sini. Sungguh pun aku mengumpat dia tetapi aku tiada niat yang buruk. Aku ikhlas mengumpat dia secara terang-terangan bahkan aku berharap sangatla dia baca apa yang aku umpatkan mengenai dia.

Semalam aku ada tengok satu program. Nama program tue soal jawab. Aku rasa siaran ulangan boleh di ikuti di laman web tv3. Just buka website tue dan search la untuk program soal jawab isu GST. Nanti korang akan jumpa punya. 

Dalam program tersebut Ahmad Maslan ada menyatakan beberapa perkara mengenai GST. Dia menyatakan bahawa GST itu sangat baik untuk rakyat. Aku ingat ayat GST sangat baik untuk rakyat tue lebih dari 5 kali dia ulang2.

GST ini sangat baik untuk rakyat. Hehe. Then tersengih2. Lepas tue cakap2 lagi. Ulang lagi. Tersengih2 lagi. Dan hehe lagi.

Apa la nak jadi dengan ko neh Ahmad Maslan. Aku pun tatau la. Kalau GST itu sangat baik untuk rakyat kenapa tunggu selepas 30 tahun? Kenapa tak laksanakan pada 30 tahun yang lepas? Bukan kah kerajaan sebut mereka dah kaji selama 30 tahun untuk laksanakan GST? Pengakuan ini juga Ahmad Maslan buat dalam program semalam weh. Aku tak tuduh2 pun. Sapa tengok tahu la.

Ini bermaksud Ahmad Maslan penipu besar. GST dilaksanakan bukan kerana ia baik untuk rakyat. GST dilaksanakan sebab selepas 30 tahun baru kerajaan nampak keberhasilan pelaksanaan GST akan menyebabkan kutipan cukai kerajaan bertambah sehingga RM3billion banyaknya.

WOWWW..

Ada penambahan sehingga rm3b. Ko taknak ke? Dengan penambahan sebanyak rm3b maka kita boleh buat lebih banyak projek2 bodoh untuk halalkan penyonglapan besar-besaran. Okay tak?

KAH KAH KAH

Itu je yang aku nampak pada Ahmad Maslan semalam. Kecik besar kecik besar je aku tengok mulut dia terkumat kamit dok memuji2 kebaikan GST. Aku tengok tv tue pun kecik besar kecik besar aje. Mengenangkan itu tv LCD. Ada satu je pula tue. Sudah la tak kaya. Maka aku batalkan hasrat untuk penerajang tv tue. Aku sabarkan kaki aku banyak2. Sabar separuh dari iman wahai kaki, maka bersabarlah.

Yang aku paling tak faham bila dia sebut yang pelaksanaan GST akan menyebabkan perbelanjaan rakyat bertambah sebanyak rm15 bagi setiap orang dalam setiap bulan. Disebabkan itulah kerajaan pada tahun depan tambah lagi rm300 dalam BRIM. Punyalah prihatin kerajaan kau neh kan. Kerajaan tambah 300.00. RM15 x 12 = RM180. Ada lebih RM120 lagi tue. Kata Ahmad Maslan. Lepas tue gelak2. Hahaha..

KEPALA HOTAK DIA BERJAMBUL.

Aku tahu la dia kira purata bab RM15.00 tue. Tapi kiraan tue pada aku tak adil beb. Pasal dia kira sekali penggunaan orang kaya miskin apa semua. Mana aci. Lagipun dia tak boleh gunakan penanda aras macam tue. Tak logik langsung.

Dia tak boleh ukur melalui gaji. Dia kena ukur pada penggunaan. Contohnya. 

1. Barangan2 dan perkhidmatan2 yang dikenakan GST.

2. Kira jumlah penggunaan sebulan.

3. Asingkan ikut stastistik pihak yang sering mendapatkan barangan ataupun perkhidmatan tersebut.

Dari situ baru la boleh nampak macam mana pengenalan GST akan memberikan impak kepada golongan tertentu. Ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.

Jika barangan2 yang naik harga adalah barangan2 keperluan harian maka sudah tentu majoriti rakyat yang terkesan ialah yang duduk di middle class dan yang berpendapatan rendah (miskin bandar dan miskin tegar).

Orang2 kaya macam Ahmad Maslan sebut tak heran bab2 perbelanjaan ini. Dia mampu beli kasut banyak2. Bayar duit pun tak heran bab cukai. Dia mampu beli kasut lebih dari sepasang. Bagi yang tak mampu beli la kasut ikut keperluan memandangkan kasut juga dikenakan GST. Orang2 kaya juga disifatkan sebagai patriotik kata Ahmad Maslan. Almaklumla. Bayar cukai lebih. What the hell is that.

Mana boleh ukur kepatriotisma orang melalui miskin kaya. Orang2 kaya pun bukan nak sangat bayar cukai lebih. Itu dorang terpaksa bayar untuk penuhi keinginan dorang beli barangan2 yang dorang nak pakai sangat tue. Kalau diberi peluang untuk bayar ataupun tidak, ko ingat orang2 kaya neh nak bayar sangat? Dorang pun nak fackkan aje cukai2 yang ada neh.

Aku tertarik bila Ahmad Maslan sebut. Orang2 kaya akan pergi ke hospital swasta sebab mereka mampu. Jika mereka terpaksa bayar lebih sikit (disebabkan pengenalan GST) maka mereka akan tanggung la sebab mereka mampu dapatkan rawatan di hospital swasta. Masa neh la yang buat aku meluap2 nak lempang si Ahmad Maslan. Sebab masa neh la the true color of Ahmad Maslan dah terserlah. Siyes aku cakap neh weh. Itu pasal aku doa2kan sangat. Aku nak Ahmad Maslan baca penulisan ini sebab ianya sangat penting untuk dia tahu apa yang menyebabkan pendapat dia yang macam tue SALAH SAMA SEKALI.

Begini. Ko tahu kan kenapa hospital2 swasta ini wujud? Mereka dah berjaya kapitaliskan perubatan dan kesihatan di negara kita. Kebaikan yang kerajaan ko dapat kat sini ialah cukai. Sekarang ada hospital kerajaan. Hospital2 awam neh dia punya fasilitis banyak yang kurang. Seasoned. Buruk. Tak berganti. Hilang pun ada oi. Ketidakmahuan ataupun keengganan kerajaan untuk menyediakan sistem kesihatan yang baik dan tersusun kepada rakyat bukan la disebabkan kerajaan tidak mampu tetapi sengaja memberikan laluan kepada perubatan swasta untuk membiak. Lebih banyak perubatan swasta, lebih banyak kutipan cukai. Jika hospital awam teruk maka alternatif rakyat adalah di perubatan swasta. Orang2 kaya yang membayar cukai lebih pun bukan nak sangat berubat di hospital swasta. Tetapi sebab tiada alternatif yang lebih baik dari itu. 

Bayangkan. Cukai ko nak. Tetapi perkhidmatan yang ko sediakan untuk rakyat tetap teruk. Akhirnya rakyat terpaksa bekerja bagai nak mati untuk mendapatkan keperluan yang bersesuaian dengan arus semasa. Sapa sanggup tunggu berjam2 di hospital awam untuk pemeriksaan demam? Sepatutnya dah tahu ramai orang susah ko perbesarkanlah lagi kemudahan2 yang ko sediakan. Pesakit pun dapat diubati dengan cepat. Ini ko saja taknak tambahbaik sistem kesihatan yang sedia ada supaya sistem kesihatan swasta juga boleh mendapatkan untung. Kan kerajaan dapat cukai tambahan dari situ. Bayangkan jika sistem kesihatan awam di negara ini cekap dan menyeluruh? Jangan harap hospital swasta boleh bernafas sampai ada yang kaya raya dok meniaga ubat. Lebih banyak pesakit lebih seronok pula depa buat duit. Dan lebih banyak pula kutipan cukai. Kadang2 aku faham juga dasar penswastaan ada baiknya. 

Namun, dasar penswastaan ini perlu diikat dengan polisi2 yang tidak membebankan rakyat di kemudian hari supaya nanti tidak akan terjadi peristiwa rakyat mati bukan kerana penyakit tiada ubat tetapi kerana tiada duit untuk ubati penyakit. Agaknya Ahmad Maslan tak pernah bergaul dengan rakyat marhaen. Hidup membongkak asyik nampak yang atas2 aje walaupun dia tak la tinggi mana. Kewujudan hospital swasta telah menyebabkan kerajaan kita bersikap cuai dan lalai dalam menyediakan sistem  kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Memandangkan dorang fikir, ini orang2 miskin hina je p berubat dengan hospital awam, layanan low class sudah la. Ubat low class sudah la. Dah bayaran pun RM1 aje. 

Kepala hotak ko lagi. Yang bayar rm1 tue depan mata kakitangan hospital memang ah ko nampak. Yang bayar lain2 cukai tue ko tak kira plak? Paling2 koman tue tiap2 tahun orang bayar roadtax tau. Ko ingat roadtax campur insurans murah?

BTW, katakanla kita bayar cukai rm1 sehari. Sebulan rm30. Setahun dah berapa? Duit2 orang miskin inila bila bergabung ramai2 boleh kalahkan tabung Rosmah tau? Jadi jangan nak pandang rendah pada golongan miskin. 

Dalam ulasan berkaitan juga Ahmad Maslan menyebut ;

1. Ada harga barang yang naik dalam GST.

2. Ada yang kekal.

3. Ada yang turun.

Yang naik sebab dulu masa SST cukai dia 5%. Dengan GST jadi 6%. Jap. Ini cukai apa? Cukai prepaid, cukai telekomunikasi, internet, KFC, restoran2 apa semua kan?

Yang kekal pula sebab dulu 6% dengan SST dengan GST pun masih 6% lagi.

Yang turun pula sebab dulu 10% sekarang 6%. Yang neh cukai apa? Cukai arak ke? Cukai2 hiburan ke? Ye.. boleh la beli arak murah2 lepas neh kan. Hehe.

Namun cubaan Ahmad Maslan untuk mislead pemikiran aku gagal. Sebab dia terlupa nak bagitau. Dulu barang2an tertentu takde cukai. Tapi sekarang barangan2 tertentu ada cukai pula. Jeng jeng jeng. Maksudnya dulu 0% cukai. Sekarang tiba2 terus jadi 6%. Contohnya yang lagi jelas dan nyata ialah pembekalan ubat-ubatan. Ubat-ubatan akan dikenakan GST lepas neh. Yang neh ko tak citer pula kan Ahmad Maslan?

Ada tak barangan2 yang dulu ada cukai dan dengan GST dia takde cukai? Takde kan. 

Ahmad Maslan mengaku juga. Dalam masa permulaan kepada pelaksanaan GST, harga barang2 akan naik untuk satu tempoh sebelum ia kembali stabil. Ini juga satu cubaan untuk mislead pemikiran aku. Harga barang kalau dah naik dia takan turun. Cara Ahmad Maslan bercakap seolah2 stabil itu bermaksud = turun harga. Ini juga bermaksud rakyat takan mampu stabil dengan kenaikan itu jika rakyat sendiri tidak bersedia untuk tambahkan pendapatan masing2. So sama aje la ko suruh rakyat jimat cermat berbelanja ikut keperluan dan tambahla pendapatan masing2 kalau nak survive.

Bil elektrik pun akan dikenakan GST. Dan yang buat aku krik krik krik bila Ahmad Maslan gagal jawab soalan pengacara wanita mengenai GST TNB. Memang logik soalan dia beb. Dia persoalkan apa pointnya kerajaan collect GST TNB lepas tue sesiapa yang nak kan semula duit cukai yang dah dibayar boleh mohon semula kepada kerajaan dan akan dipulangkan dalam masa 12 hari.

Kenapa kerajaan nak buat macam tue? Jika boleh pulangkan semula cukai mestila semua pengilang2 dan peniaga2 akan minta balik semula wang cukai yang dah dibayar. Oleh yang demikian baik ko tak payah buat langsung GST-TNB betul tak?

Kat point neh Ahmad Maslan tak study betul2 apa yang dia sampaikan. Agaknya kerajaan hanya akan pulangkan semula wang cukai GST-TNB jika syarikat2 tersebut mematuhi beberapa syarat. Takanla kerajaan dah penat2 collect then buta2 pergi pulangkan balik. Tak percaya aku. Mesti ada kriteria2 tertentu yang membolehkan syarikat mendapatkan kembali wang mereka. Apa pun korang semua jaga2. Lebih aje dari 300kwt dah ada cukai. Pindaan terbaru kata Ahmad Maslan. Dulu lebih dari 200kwt. Sekarang kerajaan upkan kepada 300kwt. Tapi korang pun jaga2 juga. Bila2 masa kerajaan bengap neh akan ubah peraturan ikut suka ahti depa aje.

Last. Bila Ahmad Maslan sebut kenapa kerajaan memperkenalkan GST pada kadar 6%. Katanya kalau kerajaan perkenalkan pada kadar lebih rendah dari 6% tadinya tue takde la dapat penambahan sebanyak rm3b. Itula tujuan depa perkenalkan pada kadar 6%. Korang semua ingat tue. Tujuannya sebab nak dapatkan penambahan 3b. Cekik rakyat pun takpe. Janji ada lebihan 3b. Suwey betul.

Satu soalan aje yang aku terfikir2 bila program tersebut habis. Agak2nya syarikat mana yang diberikan tender untuk hasilkan software berkaitan GST? Syarikat mana yang diberikan hak untuk edarkan software GST? Syarikat mana pula yang diberikan projek untuk latih syarikat2 yang terlibat dalam pembayaran GST? Dan berapa kah perbelanjaan keseluruhan kerajaan bagi tujuan itu?

HAHAHAHA..

Ahmad Maslan kalau ko baca umpatan aku terhadap ko neh tolong la respon ek.

Terima kasih dan bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...