Isnin, 5 Januari 2015

Luahan Pengerusi NFC - Saya Sedih, Keluarga & Projek Saya Musnah Kerana Rafizi.

Buat2 ayat touching. Untuk raih simpati umum. Taktik yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Kenapa bukan dari awal uruskan projek NFC tue betul2? Kenapa bukan dari awal tidak menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi? Sekarang 250juta dah lesap. Ada sesiapa nak gantikan bagi pihak kau ke? Ada? Nak salahkan Rafizi konon. Padahal pendedahan dibuat oleh audit negara. Kenapa Rafizi kena blame walaupun Rafizi hanya bongkar isu menerusi laporan yang didedahkan oleh audit? Keluarga kau musnah? Apa yang musnahnya? Aku tengok elok je bini kau ke sana ke mari pongpang2 maki pembangkang. Dapat jawatan itu jawatan ini walaupun bukan menteri. Anak2 kau semua lari rumah ke? 

Hehe.

Ayat simpatatik yang bangang. Sapa percaya kat kau dua kali bangang dari kau.


Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCCorp) Mohamad Salleh Ismail hari ini menafikan menyalahgunakan dana awam RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli lapan unit kondominium di KL Eco City. 

Sebaliknya, beliau memberitahu mahkamah bahawa pendedahan yang dibuat oleh mantan pengarah strategik PKR Rafizi dan PKR bertujuan untuk menjatuhkan beliau, NFCCorp, mantan menteri wanita Datuk Sharizat Jalil dan kerajaan BN. 

Perbicaraan penuh kes Saman Mohamad Salleh terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan mantan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian lapan unit kondominium dijalankan di Makhamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam saman itu, Salleh berkata Nurul Izzah dalam sidang media bersama Rafizi pada 7 Mac 2012 membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi yang mendakwa beliau (Salleh) menggunakan dana awam NFCorp untuk mendapat pinjaman daripada Public Bank agar dapat membeli lapan unit kondominium di KL Eco City. 

“Walaupun masa itu tarikh pilihan raya negara masih belum ditentukan, namun ia telah terdekat dan ini sememangnya satu serangan terhadap saya, isteri saya dan kerajaan. 

“Saya sangat sedih, seluruh projek saya telah musnah, keluarga saya juga, setiap orang seperti sudah mempercayai (dakwaan Rafizi),” kata Salleh sebagai saksi pertama kepada mahkamah. Menjawab soalan peguamnya Tan Sri Shafie Abdullah sama ada beliau menyalahgunakan wang dana seperti didakwa oleh PKR, Salleh menafikan sekeras-kerasnya. 

“Tidak ada langsung, saya langsung tidak sentuh wang dalam NFC”, katanya. Salleh berkata, Public Bank memang ada menawarkan pinjaman kepadanya untuk membeli lapan kondominium di KL Eco City tetapi tawaran ini tidak berjaya akhirnya. 

“Public Bank telah menarik balik tawaran pinjaman pada 4 Januari 2012 sebelum sidang media yang diadakan oleh Rafizi dan PKR pada 7 Mac 2012,” jelasnya. Beliau berkata, kesemua pinjaman yang dibuat olehnya terhadap bank adalah melalui gadaian hartanah dan bukannya melalui gadaian dana awam. -MK-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...