Ahad, 6 Januari 2019

Ini Kenyataan Media Lengkap Perletakkan Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai Agong.

KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA | KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V MELETAK JAWATAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG XV

Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disem setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku telah bersedia berangkat pulang ke Negeri Kelantan Darul Naim untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan terutamanya bersama rakyat Negeri Kelantan bagi menjaga dan membangunkan Negeri Kelantan demi kesejahteraan rakyat.

DATO' WAN AHMAD DAHLAN BIN HJ. AB. AZIZ Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara 6 Januari 2019M/29 Rabiulakhir 1440H

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...