Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Januari 2019

Selepas Beri Penjelasan Mengenai Wajah Di Beg Sekolah, ADUN Jeram Dikecam Lebih Teruk.

LAPORAN | Nampaknya penjelasan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli, bukan sahaja tidak diterima warganet bahkan ia membuatkan beliau bertambah teruk dikecam berbanding sebelum ini.

Terdahulu tular di laman sosial gambar murid yang diberikan beg sekolah percuma. Namun apa yang menjadi perhatian netizens ialah wajah ADUN Jeram yang turut tercetak di beg berkenaan.

Ini menimbulkan kemarahan dan netizens mengkritik ia sebagai satu tindakan yang tidak bermoral atas alasan;

- Adakah YB mahu semua tahu yang kanak-kanak ini mendapat beg percuma dari ADUN Jeram? 

- Bukankah ini menjatuhkan maruah anak-anak itu yang tak pasal-pasal semua tahu dia pakai beg percuma hadiah dari YB?

- Adakah YB sengaja mengambil kesempatan mempromosikan diri sendiri secara politik dengan mempergunakan budak sekolah ketika mereka ini pergi balik sekolah menggunakan beg tersebut?

Adun Jeram itu juga merupakan Bendahari PPBM Selangor.  Perkara ini pada mulanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib di Twitternya siang tadi.

“Jelaskan bagaimana tindakan ini boleh diterima, adakah ini sesi berkempen? Hentikan perkara ini.

“Sekiranya anda mahu berikan pelajar ini beg sekolah, berikan sahaja. Janganlah pula meletakkan muka dan nama anda,”
katanya di kenyataan itu.


Dikritik bertubi-tubi Adun Jeram itu kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar;

πŸ‘‰ Beg ditempah dari China. Ditempah sejak 4 bulan yang lalu.

πŸ‘‰ “Sebenarnya beg ini saya tempah di negara China, tempahan ini sudah lama, saya sudah tempah sejak 4 bulan lalu. Lain yang kita harapkan, lain pula beg sekolah yang sampai. Jadi, apabila benda sudah sampai maka kita beri jugaklah,” katanya kepada media.

πŸ‘‰ Adun Jeram juga mengatakan beliau tiada keperluan untuk meminta maaf kerana tidak melakukan kesalahan jenayah.

πŸ‘‰ “Ini bukannya satu kesalahan jenayah untuk saya minta maaf. Saya tidak nampak ia sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Bagi saya benda ini kita buat bukan untuk popular atau ikut budaya kerajaan lama tetapi apabila sudah jadi seperti ini, seolah-olah saya ikut budaya lama,”
jelasnya lanjut.


πŸ‘‰ Jumlah beg yang ditempah adalah sebanyak 1,000 unit dan diedarkan ke lima buah sekolah di sekitarnya.

RESPON NETIZENS

Sepertimana beg yang ditempahnya sampai berbeza, seperti itu jugalah respon yang diharapkan juga diterima secara berbeza oleh netizens.

Tiada yang positif langsung mengenainya.

Netizens mempersoalkan;

πŸ“Tempah dah 4 bulan, tak akan semasa order tu syarikat tak tunjukkan sample? Mesti ada punya sebelum syarikat proceed kepada ORDER dan CETAK. 

πŸ“Mana dia dapat muka YB? Memang masa YB order tu YB bagitau siap-siap nama penuh, wajah sekali ke apa? Ataupun YB mengharapkan syarikat tu memandai-mandai Google dan memandai-mandai tampal wajah YB kat beg sekolah itu? 



πŸ“Bukan ke sebelum hantar tu syarikat akan buat proses semakan terakhir sebelum pos item? 1,000 kot. Takan semua urusan secara cincai tanpa pemantauan?

Penulis juga ingin memberikan sedikit nasihat kepada YB Jeram. Di masa lain kali, untuk semua jenis bantuan persekolahan terutamanya beg, tak usahlah beri sepesen, sepatern, sewarna.

Kita sudah menyedari kanak-kanak ini miskin dan kurang mampu membeli beg-beg sekolah yang bagus kualitinya.

Kita pula nak bagi bantuan dengan beg sekolah yang kualitinya boleh dipertikaikan. Ini orang kata, nak bagi bantuan tapi macam main-main. Jangan fikir asalkan atas nama nak membantu kita boleh main tangkap muat jer. Dalam Islam pun, meskipun disarankan hanya menderma andai berkemampuan tetapi barangan yang diberi perlulah 'baik'. Baik satu-satu barangan tu bukanlah bermakna baru tetapi tidaklah boleh secincai ini.

Perlu ke sampai 1,000 kanak-kanak bersekolah ini memakai beg yang sepatern dari segala segi?

Mahu tunjukkan kepada siapa yang awak neh memberikan bantuan?

Adakah kesemua kanak-kanak ini sanggup menggunakan ia agaknya?

Zaman sekarang tak sama macam dulu. Zaman dulu di baju ada pelekat RMT, kanak-kanak ini okay sahaja. Zaman sekarang kad RMT pun pihak sekolah tak sediakan dah supaya murid-murid ini tak rasa yang mereka neh terlalu kasihan sangat sampai perlu diisytiharkan penerima bantuan RMT.

Begitu jugalah dengan beg sekolah itu. Contoh sudah banyak. Disana sini ramai Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat menghadiahkan beg yang kualitinya sesuai dengan keperluan pelajar / murid pada zaman sekarang. Bukan sahaja tiada gambar muka ADUN di beg, bahkan warna setiap beg pun berbeza-beza.

Cuba-cubalah bertanyakan kawan-kawan YB kat kiri kanan tu. Mereka tu semua dah tinggalkan amalan lapuk neh YB. Walaupun YB tidak melakukan kesalahan jenayah tetapi merendahkan akal intelek rakyat yang waras lagi rasional tidaklah boleh dimaafkan. Berhenti beranggapan rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. Tindakan dah tak betul, alasan pula langsung tak logik. Bak kata KJ, ini bukan Malaysia baru tapi Malaysia tak boleh (blah). - 7 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...