Sabtu, 12 Januari 2019

Berkempen Guna Aset Kerajaan, Ini Penjelasan Muhammad Sabu..

LAPORAN |Halaman rasmi Facebook Menteri Pertahanan hari ini menjawab dakwaan viral kononnya Muhammad Sabu berkempen politik di Cameron Highlands dengan menggunakan aset kerajaan.

Gambar viral
BACA : PH Dikritik Guna Aset Kerajaan Ketika Berkempen..

"Menteri-menteri yang tidak berkaitan secara lansung dengan masyarakat orang asli seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Kula Segaran, Mohamad Sabu dan ramai lagi telah turun ke Cameron Highland dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dan helikopter atas alas "kerja kementerian" untuk berjumpa dengan pengundi.

Kereta-kereta rasmi kerajaan beserta kenderaan pengiring telah digunakan untuk memasuki kawasan-kawasan orang asli secara aktif sejak dua minggu lepas.

Bayangkan jika tiada PRK Cameron Highland, adakah menteri-menteri ini akan turun? Jawapanya sudah pasti tidak, mereka hanya turun untuk kepentingan kempen pilihan raya kecil,"
kata Gerakan Pengundi Sedar yang mempertikaikan perkara itu.


Pentadbir halaman Muhammad Sabu kemudiannya tampil menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata lawatan Menteri Pertahanan ke Cameron Highlands sebenarnya adalah sebahagian dari rangka lawatan kerja Kementerian itu yang telah dirancang semenjak tahun lepas.

Penjelasan turut diberikan dengan memaklumkan Kem Tentera yang terdapat di Brinchang, Cameron Highland sebenarnya mengundi di Parlimen Sungai Petani.

"KENYATAAN BERHUBUNG DAKWAAN MENTERI PERTAHANAN MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN DI CAMERON HIGHLANDS.

Jadual lawatan Menteri Pertahanan YB Mohamad Bin Sabu ke kem-kem di seluruh negara sudah dirancang sejak tahun lalu.

9 Januari 2019 lalu, seperti yang sudah dirancang, Menteri Pertahanan meluangkan masa untuk melawat Kompeni Bravo Batalion 165 Risik Tentera Darat, Kem Slim Brinchang Cameron Highland dan Kem 8 RAMD di Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai makluman, anggota-anggota di Kompeni Bravo Batalion 165 Risik Tentera Darat, Kem Slim Brinchang Cameron Highland mengundi di kerusi Parlimen Sungai Petani.

Manakala anggota-anggota tentera di Kem 8 RAMD Kuala Lipis mengundi di kerusi Parlimen Kuala Lipis,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 12 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...