Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Januari 2019

Jumpa Hishamuddin Di Mahgribi, Ini Penjelasan Azmin.

MALAYSIAKINI | Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali hari ini menolak khabar angin bahawa beliau bercuti di Maghribi bersama bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita hari ini, timbalan presiden PKR itu berkata, beliau hanya terserempak dengan Hishammuddin ketika bercuti di sana.




"Saya tidak bercuti dengan Datuk Seri Hishammuddin, terserempak dengan beliau di Morroco.

"Saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di Morocco, saya bertemu dengan pelajar Malaysia, pelancong, tak jadi isu pun,"
katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah Simfoni @ Eco Majestic di Semenyih, Selangor awal hari ini.

Beliau mengulas foto keluarganya bersama-sama keluarga Hishammuddin yang telah diambil di negara itu baru-baru ini. Gambar berkenaan mencetuskan spekulasi bahawa mereka bercuti bersama-sama.

Foto tersebut dimuat naik di Twitter oleh anak lelaki Azmin, Ameer tetapi kemudian diturunkan.

Azmin juga menegaskan kemesraan seperti yang ditunjukkan dalam foto itu bukan sesuatu yang baru kerana mereka telah berkawan sejak sekian lama.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa pertemuan itu ada melibatkan perbincangan politik di antara mereka.

"Hubungan saya dengan Datuk Seri Hishammuddin telah mula puluhan tahun dulu. Ia bukan sesuatu yang baru. Kalau ingat, ketika saya pembangkang beberapa tahun lepas, Datuk Seri Hisham buat kahwin anak sulungnya, saya adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menghadiri majlis perkahwinan anak sulungnya di Shangri-La Hotel ketika itu.

"Kita kena more civilised (lebih bertamadun) lah. Jangan ingat bila jumpa tu mesti ada perbincangan piolitik, tak ada,"
katanya.

Ketika ditanya sama ada hubungan baiknya dengan bekas Menteri Pertahanan itu mungkin akan menjadi kerjasama politik di masa depan, Azmin tidak menafikannya.

Sebaliknya, beliau berkata hubungan baik harus dikekalkan dengan semua orang untuk kebaikan negara.

"Untuk kebaikan negara, kita kena baik dengan semua oranglah. Kita kena be more inclusive (lebih inklusif)," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...