Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Januari 2019

Tarif Air Penang Naik 20%, Najib Sindir Pentadbiran DAP.

NAJIB RAZAK | Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini.

Kali ke-empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana.

Tak apa. Cecah 20 peratus sahaja kali ini.


Kerana Menteri PH sudahpun maklum pagi ini bahawa kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat.

Sebelum rakyat memberi kuasa kepada DAP untuk memerintah dan menguasai kerajaan pusat pada PRU14 , rakyat sepatutnya menilai prestasi DAP dengan lebih mendalam selepas mereka memerintah di Pulau Pinang pada tahun 2008 dan tidak senang terperangkap oleh propaganda-propaganda licik mengenai "kejayaan" mereka.

Kebenaran disebalik propaganda DAP untuk Pulau Pinang ialah:

- tarif air naik 3 kali dalam masa 9 tahun berbanding tidak sekali pun untuk 18 tahun sebelum itu;

- Cukai tanah untuk rakyat dinaikkan sementara pelbagai cukai-cukai pembangunan dperkenalkan atau dinaikkan berganda-ganda sehingga rumah-rumah di sana hanya mampu tengok sahaja

- Perbelanjaan tahunan operasi negeri meningkat 500% pada tempoh 9 tahun DAP memerintah;


Baru dilaporkan bahawa defisit Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tahun 2017 pun naik 70 kali ganda;

- Beribu-ribu hektar tanah dan hak tanah kerajaan sudah dijual atau digadaikan;

- Projek-projek negeri yang luar biasa mahalnya seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 sepanjang 19.5km bernilai RM9 bilion (RM461 juta setiap km).

Kos laporan projek terowong pun RM305 juta. Dan masih tidak siap selepas 6 tahun.

- Pertumbuhan KDNK negeri jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tempoh 9 tahun itu;

- Penurunan 90% hutang negeri akibat pertolongan kerajaan pusat pun mereka curi kredit sebagai "kejayaan" mereka.

Apa yang mereka buat di Pulau Pinang pada masa itu boleh bertahan untuk jangkamasa pendek dan sederhana tetapi jelas ini bukan langkah yang betul bagi jangkamasa panjang dan masa depan sesebuah negeri atau negara.

Tidak mustahil DAP akan menjalankan di peringkat negara apa yang mereka pernah buat di Pulau Pinang dahulu kerana mereka telah menguasai kerajaan pusat.

Harga akan naik berkali-kali dan semua aset-aset negara akan dijual - seperti di Pulau Pinang dahulu. - 9 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...