Bagaimanapun pada penghujung November 2018, beberapa gambar perkahwinan Sultan Kelantan tersebar. Agong (ketika itu) dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik dari Rusia, Oksana Voevodina, yang memeluk Islam pada penghujung tahun lepas. Oksana pernah dinobatkan sebagai Miss Moscow pada tahun 2015. Majlis persandingan dilaporkan diadakan secara bermewahan.
Oksana yang berusia 25 tahun merupakan anak perempuan kepada seorang doktor. Oksana pernah bekerja sebagai model di China dan Thailand. Laporan mengenai perkahwinan itu mengundang lebih banyak gambar-gambar Oksana dan videonya yang agak skandal disebarkan, dan itu membuatkan golongan konservatif memerhatikan keadaan itu dengan perasaan yang kurang menyenangi (hal itu).
Apatah lagi Agong (ketika itu) ialah Sultan Kelantan dimana PAS, parti yang berimejkan pentadbiran islamik merupakan parti yang mentadbir negeri itu.
Khabar angin mengenai beberapa sultan akan mengadakan pertemuan dan berbincang mengenai langkah seterusnya pada 2 Januari 2019 sudah pun tersebar selepas Sultan Perak diumumkan menamatkan tugasnya sebagai pemangku Agong pada 31 Disember lalu, bagaimanapun perjumpaan tidak rasmi dikalangan sultan-sultan sebenarnya hanya berlaku pada 3 dan 4 Januari yang lepas.
Perjumpaan diadakan bagi membincangkan isu berkaitan perkahwinan Agong, untuk mengelakkan kemungkinan "api yang kecil jangan sangka tidak boleh membakar rumah". (jangka memandang remeh sekecil-kecil perkara tidak boleh memusnahkan apa yang telah dibina).
Pertemuan pertama mengambil tempat di Istana Perlis pada jumaat lepas bermula jam 10 pagi yang dihadiri lima ketua institusi monarki negeri iaitu oleh Sultan Perak, Johor, Terengganu, Kedah dan Raja Perlis. Kakitangan istana mengesahkan perkara tersebut kepada portal The Malaysian Insight.
"Raja-raja 'menderita' mengenai langkah itu. Mereka tidak mahu undi menjadi rahsia (dikalangan raja-raja). Maka satu resolusi dilakukan supaya setiap dari mereka mengetahui pandangan masing-masing (mengenai kedudukan Agong)," kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.
Sultan Pahang tidak menghadiri dalam mana-mana perjumpaan mengenai langkah raja-raja itu disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Keluarga diraja Kelantan juga tidak terlibat dalam perbincangan itu kerana ia membabitkan Sultan Kelantan.
Dari tujuh ketua monarki negeri, hanya dua sahaja yang mempertahankan kedudukan Agong (ketika itu) iaitu Sultan Johor dan Sultan Selangor lapor The Malaysian Insight.
Turut difahamkan, kemudiannya Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis bertemu dengan Sultan Muhammad V dalam satu majlis makan malam rahsia yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada malam semalam, yang berakhir pada jam 12.40 pagi semalam.
Agong dinasihatkan untuk meletakkan jawatannya dalam pertemuan majlis makan malam itu.
"Oleh kerana Agong (ketika itu) memutuskan untuk meletakkan jawatannya secara sukarela (selepas dinasihati) maka tiada undian akan dijalankan. Bagaimanapun Sultan Muhammad V turut diberitahu andaikata baginda enggan meletakkan jawatannya, maka raja-raja yang mempunyai lima undi akan mengeluarkan baginda dari kedudukan itu," kata sumber itu lagi.
Mengikut perlembagaan, Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat bagi menentukan siapakah yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Mengikut sistem penggiliran setiap lima tahun, Sultan Pahang adalah calon yang paling hampir untuk dilantik namun baginda kini tidak begitu sihat untuk meneruskan tugas sebagai Agong andai dilantik disebabkan itu baginda melepaskan gilirannya. Calon terdekat adalah Sultan Johor dan kemudiannya ialah Sultan Perak.
Bagaimanapun proses untuk melantik YDPA yang baru akan memakan masa beberapa minggu, sekaligus Sultan Perak akan bertindak sebagai pemangku Agong pada ketika ini sehinggalah Agong baru dilantik.
Laporan asal dari portal The Malaysian Insight. Dan ini adalah versi terjemahan oleh Ameno World untuk edaran amenoworld.net.