Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Januari 2019

Nama Bekas Pegawai Tinggi Tourism Malaysia Ditahan SPRM Didedahkan..

LAPORAN | Seorang bekas pegawai tinggi Tourism Malaysia dan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan selama empat hari bermula hari ini.

Penahanan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes agensi kerajaan itu yang membabitkan satu kontrak bernilai lebih RM99 juta.



Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua individu terbabit.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 64 serta 32 tahun telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Menurut sumber, bekas pegawai agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai pengerusi, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus.

Katanya, ini dilakukan dalam projek Kempen Pengiklanan Digital bagi Pasaran China bagi tempoh 2018-2020 yang dianggarkan berjumlah lebih RM99 juta yang menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mendedahkan nama individu yang ditahan.


Menurutnya, dua individu berkenaan ialah Dato' Siew Ka Wei dan Elizabeth Ken. Beliau turut mempersoalkan kredibliti Malay Mail yang tidak melaporkan berita penahanan tersebut. Sepertinya cuba membayangkan Malay Mail ada kaitan dengan siasatan berkenaan. - 9 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...