Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Januari 2019

PH Dikritik Guna Jentera Kerajaan Berkempen Di Cameron Highlands.

SOSMED | Warganet hari ini menyelar tindakan pemimpin negara yang menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di PRK Cameron Highlands.

Ia mula dikritik oleh halaman Gerakan Pengundi Sedar sebelum menjadi tular di sosial media.

Rata-rata netizens menyuarakan ketidakpuasan hati kerana kerajaan hari ini membudayakan perangai lama BN ketika berkempen. 


Gerakan Pengundi Sedar | GUNA JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN

"Jentera kementerian telah digunakan untuk turun berkempen di Cameron Highland semenjak dua minggu lepas.

Menteri-menteri yang tidak berkaitan secara lansung dengan masyarakat orang asli seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Kula Segaran, Mohamad Sabu dan ramai lagi telah turun ke Cameron Highland dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dan helikopter atas alas "kerja kementerian" untuk berjumpa dengan pengundi.

Kereta-kereta rasmi kerajaan beserta kenderaan pengiring telah digunakan untuk memasuki kawasan-kawasan orang asli secara aktif sejak dua minggu lepas.

Bayangkan jika tiada PRK Cameron Highland, adakah menteri-menteri ini akan turun? Jawapanya sudah pasti tidak, mereka hanya turun untuk kepentingan kempen pilihan raya kecil.

Jika kita meneliti ucapan Menteri-menteri sekarang sebelum mereka menjadi menteri, mereka lantang membongkar salah guna kemudahan kerajaan untuk tujuan kempen politik. Tetapi setelah mereka berkuasa, mereka tidak segan silu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk tujuan yang sama.

Adakah ini maksud reformasi kerajaan?,"
kata pentadbir halaman itu dalam satu kenyataan. 



Semasa Pakatan Harapan masih lagi sebagai pembangkang, mereka sering mengkritik kepimpinan Barisan Nasional yang mengerahkan segala jentera dan aset kerajaan bagi tujuan berkempen politik.


Perkara itu dianggap salah dan bercanggahan dengan peraturan memandangkan wang pembayar cukai digunakan bagi membiayai segala operasi semasa aset dan jentera kerajaan digunakan secara politik itu. 

Setakat ini Muhammad Sabu dan kerajaan belum lagi memberikan apa-apa maklum balas mengenai dakwaan viral itu. - 11 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...