Isnin, 7 Januari 2019

Punca Wan Saiful Dipecat Terdedah, Rupanya Kerana Pemimpin PPBM Perlis Salah Guna Kuasa, Gila Projek..

MALAYSIAKINI | i) Bersatu Perlis mengambil keputusan untuk menggugurkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu.




Pengerusinya, Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira tahap komitmen yang diberikan oleh Wan Saiful terhadap Bersatu Perlis.

“Dia digugurkan kerana dia sibuk sangat dalam kemelut PTPTN. PTPTN tu berat dan banyak kerja dan kerja-kerja (parti) tak diselaraskan, kita tak mahu bebankan dia (Wan Saiful).

“Bila saya tengok ada permasalahan komunikasi dan sebagainya kerana dia terlalu sibuk dengan PTPTN, jadi biarlah dia selesaikan, tak adil bagi beban berlebihan,”
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Ameir, keputusan itu diambil dua hari lalu pada mesyuarat khas Bersatu negeri.

“Kita bincang dalam mesyarat perhubungan negeri, dua hari lepas. Dia tak ada dalam mesyuarat tu.

“Kita juga tak maklumkan pada dia kerana kuasa melantik dulu pun adalah kuasa pengerusi negeri, jadi saya lantik dia (dulu) pun tak bincang dengan dia. Cuma bagitahu dia saja, nak lantik dia,”
katanya.

Ameir berkata, surat pemakluman penguguran tersebut juga telah dihantar kepada Wan Saiful.

Katanya, buat masa ini, jawatan tersebut akan dipangku pimpinan Bersatu negeri.

Ameir juga turut menafikan penguguran tersebut berpunca daripada masalah dalaman parti.

“Bukan masalah dalaman, kalau ada yang sebut masalah dalaman, itu cuma pembangkang yang nak laga-lagakan kita,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Wan Saiful dan sedang menunggu maklum balas daripadanya

ii) Beberapa jam selepas digugurkan sebagai setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.

Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau digesa menarik balik laporan berkenaan.

“Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

“Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis,”
katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.

“Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” katanya.

Malaysiakini hari ini melaporkan Bersatu Perlis menggugurkan Wan Saiful atas alasan mengambil kira kesibukannya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Wan Saiful berkata, tindakannya tidak mahu berkompromi dengan salah guna kuasa bagi membantu Bersatu Perlis menjadi lebih baik.

“Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...