Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Disember 2018

Harga Getah Terus Jatuh, Penoreh Tertekan, Apa Tindakan Kerajaan?

KHAIRY JAMALUDDIN | Harga Getah

Harga getah terus menunjukkan trend kejatuhan. Pekebun kecil getah merupakan kumpulan yang terus terhimpit apabila pendapatan harian mereka terjejas teruk akibat masalah ini. Ada daripada mereka kehilangan hampir 60% hasil pendapatan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah melaksanakan beberapa bentuk bantuan dalam membantu nasib pengusaha kebun getah seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan juga Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

 
Menerusi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan Pakatan Harapan termasuklah ketika pembentangan Belanjawan 2019, saya difahamkan bantuan IPG akan dinaikkan dengan penetapan harga baru RM2.50 sekilogram berbanding ketika ini RM2.20, namun tiada lagi peruntukan bagi BMT bermula tahun hadapan. Ini bermakna, pekebun kecil tidk akan mendapat apa-apa bentuk bantuan apabila tidak boleh turun menorah pada musim tengkujuh.

Dulu bila harga getah jatuh ada BN bantu?

Selain daripada insentif tetap ini, kerajaan Barisan Nasional dalam membantu penoreh getah menghadapi kejatuhan harga getah sebelum ini juga telah beberapa kali mengaktifkan insentif Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah dengan bayaran one-off sebanyak RM500 kepada pekebun kecil seperti yang pernah dibuat pada tahun 2013, 2014 dan 2016 dengan peruntukan sebanyak RM492.4 juta. Saya merasakan, sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan mengaktifkan semula bantuan ini dalam kadar segera bagi memastikan golongan pekebun kecil ini kembali bernafas.

Pilihan raya sudah berlalu, Pakatan Harapan sudah hampir 8 bulan diangkat menjadi kerajaan. Sudah tiba masanya Kerajaan Pakatan Harapan mengetepikan permainan politik ‘kerajaan tiada wang’ atau berterusan menyanyikan rentak 1MDB dan fokus membantu golongan ini.

Ini realiti akar umbi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...