Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Disember 2018

Najib Kritik Guan Eng, Dalam Kenyataan Rasmi Pasal Cukai RON95 Pun Nak Heret Isu 1MDB.

NAJIB RAZAK | Setelah didedahkan kerajaan menjarah subsidi minyak dari rakyat sejak awal bulan lepas, Guan Eng tidak puas hati dan menggunakan kenyataan akhbar rasmi kementerian kewangan mengenai penurunan harga untuk menyerang saya.


Guan Eng kata saya fitnah bahawa subsidi rakyat kepada kerajaan bukan 30 sen satu liter.

Berasingan dari pengiraan saya hari ini, Rafizi Ramli juga berkata hari ini bahawa unjuran harga RON95 ialah RM1.90 atau ke bawah - iaitu cukai 30 sen ke atas untuk setiap liter.

Guan Eng dakwa saya memfitnah bahawa jumlah cukai petrol dikutip oleh kerajaan bukan RM120 juta seminggu.

Untuk pengetahuan Guan Eng, anggaran saya untuk RM120 juta berdasarkan andaian 400 juta liter petrol dan diesel untuk setiap minggu didarabkan dengan perbezaan 30 sen.

400 juta X 30 sen = RM120 juta.

Mana saya tahu jumlah sebenar cukai petrol yang Menteri kewangan sudah senyap-senyap tibai sejak awal bulan lepas?

Hari ini, saudara Khairy Jamlauddin tanya berapa cukai petrol sudah dikutip, Guan Eng pun malu nak menjawab.

Selepas itu, Guan Eng pun tai-chi balik ke isu 1MDB dan hutang negara.

Dia kata 1MDB menyebabkan hutang negara persekutuan menjadi RM1 trilion.

Hutang 1MDB di persekitaran RM30 bilion sekarang.

Matematik yang mana Guan Eng guna yang hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion boleh menjadikan hutang negara mencecah RM1 trilion iaitu RM1,000 bilion?

Dana RM82 bilion yang kerajaan PH jarah dari Petronas untuk tahun ini dan tahun depan pun boleh membayar hutang 1MDB RM30bilion dua kali ganda - belum masuk kira fakta bahawa 1MDB masih ada aset berpuluh bilion, ada perjanjian penyelesaian untuk mendapat balik wang itu dan sebagainya.

Itu sengaja tak disebut oleh Guan Eng kerana dia berterusan dengan dakyah politiknya.

Sekejap kata hutang negara ialah RM1 trilion. Sekejap lagi kata hutang negara campur liabiliti ialah RM1 trilion.

Bukankah Guan Eng sendiri yang mengesahkan melalui jawapan parlimen bertulis bahawa jumlah RM1 trilion ini ialah hutang campur liabiliti dan termasuk bayaran pajakan sehingga tahun 2045 seperti saya kongsikan bukti di sini?
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155778120360952

Selepas itu, Guan Eng mengalih kepada isu bayaran balik wang input GST pula dan mendakwa saya berkata masalah wang input GST sebanyak RM19.5 bilion itu tidak wujud.

Saya tidak pernah berkata isu wang bayaran balik wang GST tidak wujud tetapi menegaskan bahawa mengikut laporan Audit Negara, masalah ini sebenarnya kesalahan kerajaan PH sendiri dan Guan Eng kerap menipu tentang isu inii.

Boleh baca ini mengenai pembohongan Guan Eng mengenai isu wang GST: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155780953470952/

Adakah Guan Eng berkata Jabatan Audit Negara di bawah kerajaan PH telah mengeluarkan laporan audit palsu awal bulan ini?

Memandangkan esok hari perayaan, sebenarnya saya tidak mahu menulis lagi hari ini tetapi saya tidak sangka bahawa Guan Eng mampu juga untuk menipu lagi pada masa perayaan.

Dalam satu kenyataan media pengumuman harga runcit minyak pun boleh berpusing-pusing keluar tajuk yang tak relevan dan tidak berfakta.

Rakyat juga ditipu pada musim perayaan.

Happy Holidays, Guan Eng!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...