Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Disember 2018

Najib Kritik Rebat Elektrik RM40 Dan Ini Apa Yang Anda Patut Tahu..

LAPORAN |Najib mempertikaikan perlaksanaan subsidi elektrik yang disasarkan untuk kumpulan B40 E-kasih yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Ini apa yang Najib kata;

"Skim pengecualian bayaran bil elektrik RM20 dan ke bawah dimulakan semasa saya mula menjawat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008.

Di bawah kerajaan BN, lebih dari 1.2 juta isirumah tidak perlu membayar satu sen setiap bulan jika penggunaan elektrik mereka tidak sampai RM20 sebulan.

Skim tersebut ini dimansuhkan oleh kerajaan PH bermula 1 Januari 2019 dan diganti dengan skim rebat RM40 di mana hanya 185,000 isirumah akan mendapat manfaat

Tetapi ini bukan untuk golongan B40 seperti yang dilapor oleh sebilangan media tempatan.

Mustahil untuk jumlah isirumah B40 hanya 185,000 sahaja.

Sebenarnya, skim rebat RM40 kerajaan PH ini dihadkan kepada 185,000 isirumah yang berdaftar dengan sistem e-Kasih sahaja, iaitu isirumah yang pendapatan bulanan mereka kurang dari RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar).

Ini bermakna, lebih dari satu juta isirumah di Malaysia yang sebelum ini tidak perlu membayar apa-apa pun akan bersedia untuk mula membayar bil elektrik bermula minggu depan.

Mereka berkorban (ataupun sudah terkorban) untuk negara seperti disaran oleh kerajaan PH,"
katanya dalam satu kenyataan itu.

Adakah benar rebat elektrik rm20 yang diperkenalkan pada zaman Najib adalah lebih baik dari subsidi rm40 yang ditambahbaik oleh Pakatan Harapan?

Mari kita perhatikan perbandingan dibawah ini;

👉 PH memperkenalkan subsidi elektrik rm40 tetapi hanya sasarkan B40 E-kasih je.. lagi bagus cara BN, rebat rm20 lebih ramai yang dapat.

Jawapan : B40 E-kasih adalah kumpulan susah yang layak menerima subsidi elektrik disebabkan pendapatan yang terbukti di paras kemiskinan. 

Manakala rebat elektrik rm20 yang dilakukan oleh BN adalah pukul rata tanpa mengambilkira kelayakan dan kemampuan seseorang yang menetap di kediaman tersebut.

👉 Rebat elektrik RM20 yang BN buat tu bagus sebab tu PH tiru..

Jawapan : Rebat elektrik RM20 yang dibuat oleh BN diteruskan dengan sedikit penambahbaikkan bagi mensasarkan golongan yang memerlukan. Apa yang dibuat oleh BN itu belum cukup bagus dan bersasar. PH meneruskan subsidi tersebut dengan sasaran yang tepat supaya pemberian subsidi itu dirasai oleh kumpulan yang benar-benar layak menerimanya. Hakikatnya, PH tidak meniru BN. PH sebaliknya menambahbaik program tersebut.

👉 Lebih dari satu juta isi rumah tak perlu bayar apa-apa dengan sistem rebat elektrik yang dibuat BN. Lebih ramai yang menerima manfaat, ini bermakna rebat elektrik rm20 BN tetap lebih bagus..

👉 Jawapan : Ya, ini termasuklah warga asing yang tidak mempunyai banyak kelengkapan elektrik di rumah mereka ataupun mempunyai anak-anak dan ahli keluarga yang ramai. Masih lebih bagus? Dan apa yang berbezanya dengan cara PH melaksanakan rebat ini ialah, jika penggunaan elektrik lebih dari rm40 sebulan sekalipun, caj rm40 tetaplah disubsidikan, pengguna hanya perlu membayar lebihan. BN pula, andai lebih dari rm20 sebulan, automatik perlu membayar dan terkeluar dari kelayakan rebat elektrik. Dan sekali lagi, masih lebih bagus? 



KELAYAKAN?

👉 khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

SEMAKAN

👉 Buka website E-KASIH disini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
 
Jika nama tersenarai dalam program E-KASIH, maka bolehlah lakukan semakan kedua disini : https://semakanrebat.mestecc.gov.my

Jika nama tidak tersenarai, tidak semestinya tidak layak. Kelayakan bergantung kepada alamat rumah dimana penama didalam bil elektrik. Ketua Isi Rumah (KIR) mungkin bukanlah pemilik rumah ataupun namanya tidak tersenarai sebagai penama dalam bil elektrik. Jangan risau, anda masih boleh memohon untuk mendapatkan rebat bulanan RM40 itu.

CARA MEMOHON

Tersenarai dalam ekasih : Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB, pengguna boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana Kedai Tenaga TNB yang terdekat bersama salinan Kad Pengenalan sebagai dokumen sokongan.

Yang tidak tersenarai dalam ekasih : Bagi pengguna yang tidak layak setelah semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih, pengguna diminta merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPNegeri/JPP), ICU JPM di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah. 

KAEDAH REBAT DILAKSANAKAN

Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM 40.00 sebulan, secara automatik Ketua Isi Rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM 40.00 sebulan, Ketua Isi Rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM 40.00 tersebut.

Untuk rekod, Program Rebat Bil Elektrik RM 40.00 merupakan program baharu diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Program ini menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM 20.00 yang akan tamat pada bulan Disember 2018. - 27 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...