Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Disember 2018

Berkanda, Dinda, Menteri Agama Diselar Gedik & Gatal - Beberapa Teguran Untuk Dr. Mujahid..

LAPORAN | 2018 hampir memasuki ke penghujungnya, dengan kontroversi terbaru Menteri Agama, Dr. Mujahid, beliau mungkin akan mencipta sejarah dari kalangan Pakatan Harapan menjadi Menteri Paling Dibenci Sepanjang Tahun 2018, satu list yang sering disediakan oleh blog ini bagi merekodkan prestasi menteri-menteri yang berkhidmat sepanjang tahun. Kami telah mempunyai 5 senarai nama yang berjaya memasuki carta tersebut bagi tahun 2018, namun kedudukan nama-nama itu bertukar ganti disebabkan menteri-menteri itu bagaikan berlumba-lumba melakukan kerja bodoh.. kali ini Dr. Mujahid melonjak naik mengalahkan 4 nama dibelakangnya tetapi ia belum tentu akan begitu.. DISEMBER 2018 belum berakhir kan.. 😂😂😂

Penulisannya yang panjang lebar disertai dengan perkataan kanda dinda yang ditujukan kepada Nurul Izzah nampaknya menjadi bahan lawak di sosmed sejak semalam.

Jika dilihat post tersebut menerusi telefon, sekurang-kurangnya ada 15,000 komen yang memberikan nada benci, meluat, jijik, menyampah dan muntah.

Jika dilihat menerusi komputer, sekurang-kurangnya ada lebih dari 10,000 komen yang memberikan nada seperti di atas.

Disaat ketika menteri Pakatan Harapan sukar mengumpulkan komen dan perkongsian di laman sosial, ia mungkin pencapaian membanggakan Dr. Mujahid secara peribadi tetapi apalah erti engagement yang tinggi jika hampir kesemua yang meletakkan komen mengecam dan menghina perbuatan menteri tersebut.





Tidaklah menjadi kesalahan menulis surat terbuka dalam mengutarakan pendapat, tetapi sebagai Menteri Agama beliau perlu pandai menfocuskan isu.

Rata-ratanya netizens berpendapat;

👉 Kalau nak karang surat terbuka, pilih isu yang ada kaitan dengan permasalah rakyat seperti itu kematian Adib contohnya.

👉 Masalah dalaman parti orang lain, dalam kes ini, Nurul Izzah, boleh dibincangkan secara dalaman melibatkan pemimpin antara parti, yakni; PKR - AMANAH = Dr. Mujahid - Nurul Izzah. Samada menerusi panggilan telefon, berjumpa berdepan, WhatsApp dan sebagainya. Katakan apa sahaja platform, semuanya ada. Bahkan surat terbuka itu tadinya boleh ditujukan buat Nurul Izzah seorang jika Dr. Mujahid edit di post privacy.. umum tak perlu dimaklumkan pun.

👉 Menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah bagi menghuraikan perletakkan jawatannya didalam parti baru-baru ini memberikan bayangan seolah-olah masalah tersebut besar dan membawa impak tertentu, sudah tentulah ini tidak bagus dari segi persepsi. Adakah Nurul meletakkan jawatan kerana ditekan kem Azmin Ali? Adakah Nurul mengkritik amalan lompat parti? Adakah perang menghalang Anwar daripada menjadi PM sudah bermula? Dengan hanya satu surat terbuka yang meleret-leret, akan membawa pelbagai tanggapan yang tidak elok, bukan sahaja ke atas parti bahkan ke atas pemimpin dan menteri itu sendiri.

👉 Menggunakan ayat yang mendorong sangkaan seperti penggunaan kanda, dinda.

👉 Dr. Mujahid adalah Menteri Agama. Sikap dan pembawakan dirinya haruslah selari dengan jawatan yang dipegangnya.

TEROWONG MASA

Disebabkan surat terbuka itu jugalah, mesin terowong masa dibuka sekali lagi. Kali ini post yang bertarikh 4 Disember 2015, yang pernah dikongsikan oleh Friends Of Parti Amanah Negara menjadi bahan sindiran netizens.

Post tersebut bertujuan menyindir perangai dan kelakuan Menteri Nikah Kahwin, yang mungkin kena setepek ke wajah Dr. Mujahid Rawa.

Rujuk.

KOLEKSI TROLL

Netizens turut membuat beberapa gambar troll bagi menyindir Menteri Agama itu.






Iktibar untuk Mujahid Rawa

Hasil kerja tak seberapa, tak semegah mana, tetapi asyik terpalit dengan kontroversi sahaja. Itulah tanggapan rakyat Malaysia. Bukan sahaja diperlekehkan oleh penyokong pembangkang bahkan kerajaan. Malahan golongan yang dicop sebagai liberal pun membenci dirinya.

Dr. Mujahid perlu berhenti mempersendakan dirinya dengan tindak tanduk yang menambahkan rasa meluat masyarakat terhadap dirinya.

FOCUS;

👉 Menyelesaikan masalah rakyat berkaitan agama dan perkara-perkara yang mendorong pertelingkahan disebabkannya..

👉 Mula mengkaji langkah terbaik untuk sepadukan pendidikan tahfiz dengan sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri/pusat, pemantauan bersasar dan diiktirafkan serta ditauliahkan tanpa melibatkan kos tambahan yang membebankan ibu bapa dan penyedia/pengendali tahfiz..

👉 Memikirkan cara terbaik untuk mengagihkan zakat dengan cepat tanpa karenah biokrasi, menjadikan masjid, sekolah sebagai sumber rujukan, bagi membantu orang susah. Sekarang nak buka sekolah. Cuba fikir macam mana nak bagi baju sekolah free kat semua anak-anak miskin tanpa mereka perlu melalui kaedah saringan seperti isi borang dan etc.. bukan tak pernah kita baca pelajar miskin sampai berkongsi baju adik beradik. Mungkin kelakar di pemikiran kita, tapi tak kelakar pada mereka. Mungkin kita boleh memperlekehkan ibu bapa pelajar miskin sebab tak serius memikirkan masa depan pendidikan anak-anak, tetapi bagaimana itu boleh menyelesaikan anak-anak ini? Sampai bila nak harap dan hadap bantuan NGO turun padang sana sini ataupun cikgu-cikgu dedikasi hantar sumbangan seperti Mohd Fadhli Salleh? Tak boleh ke PA Dr. Mujahid berhubungan dengan NGO, cikgu-cikgu dan individu yang aktif membantu pelajar, murid miskin seluruh Malaysia, bagi mengintegrasikan bantuan secara bersasar dan terus? Bila dibuat kerja-kerja inovatif dan progresif sebeginilah mendatangkan pujian dan orang akan mula berkata.. yaaa.. yaaa inilah Malaysia Baru.. 

via GIPHY

👉 Jangan sesekali katakan setiap perubahan memerlukan masa, takan nak progresifkan sistem agihan bantuan memakan masa bertahun-tahun? Dalam masa 6 bulan, sudah lebih dari cukup untuk memahami sistem dan melakukan sedikit perubahan sana sini.. sekurang-kurangnya mainkanlah peranan dalam perkara yang ringkas dan mudah, seperti membantu anak-anak miskin bersekolah. Paparkan hasil kerja menerusi Facebook supaya rakyat mengetahui tentang perkembangan semasa.. jangan update benda merapu-rapu jer..

👉 Sentiasa peka pada topik-topik agama yang mendorong pertelingkahan orang ramai dan anjurkanlah forum bagi semua pihak meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pandangan untuk membentuk budaya perbincangan yang baik. Ambil contoh. Adakah rakyat perlu sentiasa bergaduh mengenai ucapan merry krismas setiap tahun pada 24 Disember? Why not buat forum, jemput yang pro dan anti, dan biar masing-masing bagi hujah secara live untuk dinilai semua. Perkara-perkara seperti ini perlukan satu titik penamat yang jelas dan move on. Jangan berikan pandangan berpihak, kerana anda menteri, eloklah bersikap non partisan supaya dilihat adil dalam mengulas. Jangan focus ke isu LGBT sahaja. Masalah Sajat dah pun diselesaikan oleh mahkamah baru-baru ini. Nak tunggu JAKIM? Kirim salam aje la..

👉 Fikir 100 kali, sebelum main jawab di depan media, dalam apa-apa pertanyaan sekalipun. Ini untuk kesenangan anda juga, Mujahid!.

Jangan terlalu selesa berada di kerusi empuk. Ia mungkin memerlukan 60 tahun untuk BN jatuh dan terduduk. Tetapi perkara yang sama tidak akan berulang buat Pakatan Harapan. Macai, walaun, mahacai, adalah perkara yang memalukan untuk dibuat oleh manusia yang waras lagi rasional. Fahamkan. - 26 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...