Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Disember 2018

Najib Ingatkan Peminjam, Diskaun PTPTN 20% Pemberian BN Berakhir 2018..

NAJIB RAZAK |TINGGAL 4 HARI

Saya buka kalendar di handphone saya tadi, tiba-tiba teringatkan peminjam PTPTN. Ini mesej khas kepada saudara-saudari.

Saya mohon sebarkan kepada saudara mara dan rakan-rakan yang mempunyai pinjaman PTPTN juga.




Kini saya bukan lagi Perdana Menteri dan tidak ada kuasa atau sumber membantu saudara-saudari.

Tetapi saya telah tinggalkan satu dasar yang bakal dimansuhkan mulai 2019 - diskaun untuk pembayaran balik PTPTN.

Ini bermakna tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi untuk dapat diskaun bayaran balik sehingga 20 peratus.

Saya difahamkan bahawa tahun ini tahun terakhir, jadi segera buatlah pengiraan kemampuan kewangan - semak simpanan dan akaun KWSP.

Diskaun 20 peratus bukan satu angka kecil dan ia penjimatan besar kepada peminjam.

Mulai tahun 2019, tidak ada lagi insentif sebegini.

Saya harap Kerajaan buat u-turn seperti biasa, tapi pusing elok-elok.

Saya sedih kerana ini sajalah yang saya mampu buat pada masa ini - beri peringatan.

Kerajaan dahulu sentiasa cuba bantu dan beri apa yang kita mampu tetapi PH ketika itu menjaja penangguhan dan pemansuhan PTPTN.

Hari ini saya lihat apa yang kita dapat bukanlah pemansuhan tetapi penindasan terhadap kehidupan peminjam PTPTN.

Pejuang mahasiswa dulu yang menentang kerajaan saya juga sudah lari bersembunyi.

Nasihat saya kepada Maszlee dan Wan Saiful, gunakanlah kuasa dan sumber di tangan kamu sebaiknya untuk anak-anak Malaysia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...