Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Disember 2018

Punca Hadi Diserang Didedahkan, Identiti Individu Yang Maki Hamun Di Program PAS Tersebar..

LAPORAN | Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang diherdik sebagai rasis dan masih berfikiran di takuk lama ketika menghadiri satu program di London. 

Presiden PAS itu diherdik dalam satu sesi soal jawab secara terbuka oleh salah seorang penonton yang turut menghadiri program bersama Tuan Guru Hadi Awang itu.

"Kenapa anda menentang pilihanraya majlis tempatan? Anda kata jika ada pilihanraya majlis tempatan, cina akan mengawalnya. Kenapa anda sangat rasis? Anda mengecewakan saya. Anda rasis," katanya ketika bertanyakan soalan kepada Presiden PAS itu. 

"Anda kata cukai haram, jadi janganlah ambil gaji," katanya lagi. 

Tuan Guru dan para penonton yang hadir turut dimaki individu tersebut sebagai "fuck you all", selepas dilarang dari berterusan melakukan provokasi. Bahkan individu tersebut turut memarahi Tuan Guru Hadi Awang agar tidak duduk dalam kepompong dan bergantung pada ajaran Alquran yang telah berusia berabad lama, kerana itu akan menyekat pemikirannya dan tidak boleh maju ke hadapan.

Meskipun dipertikaikan dan diprovokasi, Tuan Guru Hadi dilihat tenang dalam menjawab persoalan demi persoalan yang diutarakan oleh individu tersebut walaupun kerap kali dipotong percakapannya semasa menjawab persoalan.

Ketenangan Presiden PAS dalam menanggani situasi tegang itu turut mendapat pujian ramai netizens. 

Lelaki itu juga mengajak penonton yang lain untuk beradu kekuatan dengannya apabila dihalang daripada melakukan provokasi. 

Bagaimanapun permintaannya diabaikan dan forum terus dilangsungkan sehingga tamat.

Menurut RPK, identiti individu yang menyerang Hadi dikenali sebagai Ben Singh, yang juga ahli DAP Ipoh. Menurut blogger itu lagi, Ben Singh juga pernah menyerang Najib suatu ketika dahulu. RPK juga mendakwa, Ben Singh adalah kawan kepada Presiden Amanah, Muhammad Sabu.

Gambar dibawah turut disebarkan oleh RPK. Setakat ini individu yang dikenali sebagai Ben Singh itu belum lagi membuat apa-apa kenyataan balas dan penafian berhubung dakwaan RPK. Pendedahan RPK perlukan semakan dan pengesahan lanjut dari pihak yang dinamakan.



Selain menyebarkan gambar dan identiti individu yang memaki Hadi itu, RPK turut menyebarkan penulisan Ahmad Faiz Faiza yang dikatakan mengetahui tujuan sebenar kenapa Hadi diserang dalam program tersebut.

Berikut dibawah adalah apa yang ditulis oleh Ahmad Faiz Faiza di Facebooknya;
Saya adalah salah seorang daripada mereka yang menonton siaran langsung forum tersebut malam tadi di FB Tok Guru Hadi. Ben Singh sebenarnya bermula dengan mengajukan soalan yang mendakwa PAS tiada pendirian dalam isu 1MDB dan yang terbaru, Tabung Haji. Ben turut mengakui pernah membantu berkempen untuk PAS dalam PRU13 dan mendakwa PAS telah memecahkan PR. Dia juga dengan kasarnya menyuruh Hadi agar balik ke Malaysia kerana Hadi tidak mempunyai urusan di UK.

Hadi kemudiannya membalas dakwaan tersebut dengan fakta iaitu, PAS ada menuntut dibuat RCI. Beliau juga berkata terdapat skandal lain seperti BMF, Perwaja, PKFZ, BNM Forex dan lain-lain yang kini disorokkan dibawah karpet.

Tidak boleh dihalang langsung, Ben Singh kemudiannya bertanyakan soalan lain, kali ini mengenai pilihanraya majlis tempatan. Dalam waktu yang sama, dia cuba memprovokasikan orang yang berada di dalam dewan tersebut. Belum lagi Tok Guru Hadi menghabiskan jawapannya, Ben berterusan memintas percakapan Hadi dan memperlekehkan Tuan Guru dan orang yang hadir secara lisan, termasuklah mengenai Islam dan kononnya AlQuran tidak lagi sesuai untuk zaman moden bla bla bla...

Sebenarnya kita tahu apa yang ditugaskan oleh Ben Singh. Dan ini ada kaitan kenapa Tok Guru Hadi datang ke London, melawat Ireland, kemudiannya ke London semua dan lain-lain. Pas sepertimana UMNO, selama berdekad, adanya persatuan. Ia berperanan memenuhi keperluan rakyat Malaysia terutamanya pelajar di UK.
Namun alasan kedua, kenapa Hadi datang ke UK adalah apa yang DAP dan pembiayai-pembiayai mereka takuti sebetulnya. Hadi ke sana sebenarnya bertujuan untuk berjumpa dengan peguamnya mengenai kes saman terhadap Claire Rewcastle dari Sarawak Report yang akan didengar pada bulan depan. Jadi mereka merancang untuk mencetuskan kegilaan dengan melakukan provokasi terhadap Hadi dan PAS di UK. Itulah punca kenapa Ben tergamak pergi sejauh itu dan siap ajak sorang lawan sorang diluar dewan.

Andaikata itu yang berlaku, Ben kemudiannya akan membuat laporan polis dan berkata Hadi telah melakukan hasutan yang mendorong kepada kebencian dan keganasan. Ingatlah, kriteria percakapan kebencian (hate speech) termasuklah mempromosikan keganasan untuk ia kekal relevan (dibicarakan) di mahkamah UK. Dan itulah sebabnya sejak dari awal forum, Ben dengan sengaja memprovokasi semua orang yang hadir ketika itu, dengan harapan seseorang akan bertindak balas dengan percakapannya.

Jika itu berlaku, sudah tentulah keadaan tersebut akan meletakkan Tok Guru Hadi dalam keadaan yang sukar dan membahayakan kes beliau dan PAS terhadap Claire. Untungnya tiada siapa yang termakan umpan provokasi tersebut, alhamdulillah.

Ia juga membuktikan bahawa Claire sedang menarik-narik rambutnya kerana dia tahu dia akan kalah dalam kes tersebut. Sebelum ini pun, Claire kalah dua kali perbicaraan dalam kes tersebut. Yang terakhir ini, adalah kes yang utama. Dan Insya'Allah dia akan kalah dengan teruk.
Dan itu akan menjadi malapetaka kepada PH terutamanya DAP yang telah beranggapan PAS menerima rasuah sebanyak RM90 juta daripada UMNO dan Najib. Oleh itu, terbuktilah ini satu lagi taktik provokasi.

** Untuk rekod, penulisan Ahmad Faiz adalah didalam bahasa inggeris dan ini adalah versi terjemahan oleh Ameno World.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...