Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Disember 2018

TMJ Padam Tweet Sindiran Kepada Syed Saddiq.

SOSMED | Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dilihat telah memadamkan kicauan yang menyindir Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Tolonglah, buatlah apa yang anda suka. Biarkanlah (jangan sibuk) hal keluarga saya dan simpanlah bodek anda itu untuk orang lain," katanya di kicauan tersebut.


Kicauan itu kemudiannya viral. Pandang pertama malam tadi, kebanyakan respon menyokong TMJ dan mentertawakan Syed Saddiq kerana disindir oleh putera raja itu.

Bagaimanapun semakin ramai tampil mempertahankan Syed Saddiq dan memuji menteri itu bersikap tenang dan matang dalam menguruskan perbezaan. Manakala TMJ dianggap netizens sebagai bersikap kebudak-budakan dan manja.

Ini bukan kali pertama kicauan dipadamkan dari Twitter TMJ. Tidak dapat dipastikan sebab kenapa TMJ memadamkan kicauan-kicauan tersebut kerana sebab ia dipadamkan tidak dinyatakan oleh baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, TMJ turut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap penganjuran SUKMA 2020.

Menurut baginda, Johor sepatutnya menganjurkan SUKMA 2020 tetapi sehingga ke hari ini peruntukan untuk penganjuran SUKMA masih tidak diberikan kepada Johor.

Bahkan perbincangan untuk menganjurkan sukan tersebut juga belum lagi dibuat sehingga ke hari ini. 

"Tiada perjumpaan. Tiada jawapan. Nak jumpa susah, kenapa dulu bagi janji?," soalnya.

TMJ juga berkata, ramai orang membuat aduan terhadap cara kerja Syed Saddiq itu.

"Johor supposed to hst SUKMA 2020. Sebelum ini Menteri belia dan sukan mengatakan kepada Exco sukan dan belia negeri Johor yang beliau sudah ada budget untuk State for SUKMA. But for the last 8 month, nothing. No meeting, no answers. Nak jumpa susah. Why promise in the first place?

Ramai orang complain. Ramai Belia yang menyuarakan kekecewaan mereka kepada saya. Saya tiada kuasa untuk membuat apa apa berkenaan issue ini. Cuma saya boleh beri pendapat kepada yang berkuasa. Jikalau tidak boleh deliver dengan pemohonan pemohonan yang ada. Atleast listen.

Beri perluang untuk majlis, persatuan, atau rakyat berjumpa. Listen to them and what they have to say. Even if you cant fulfill pemohonan mereka. Atleast beri muka untuk berjumpa. Jangan block or suruh your assistants to handle them,"
katanya dalam satu kenyataan. 



Sebelum mengakhiri kicauan tersebut, TMJ juga sempat menyindir kepada pihak media.

"Dan yang terakhir sekali, ianya mengkagumkan bagaimana perkara bagus seperti ini (lawatan ke pusat komuniti Kristian sempena sambutan Krismas) tidak dijadikan berita, tetapi bila menyindir, ia dilaporkan," katanya lagi. - 27 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...