Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Disember 2018

Rafizi Sahkan Pengguna Bayar Lebih Untuk RON95, Kerajaan Bersetuju Kira Harga Ikut Mingguan.

RAFIZI RAMLI | HARGA MINYAK

Harga minyak mentah jatuh mendadak minggu ini. Saya telah menyuarakan minggu lepas bahawa keadaan harga minyak mentah yang jatuh mendadak memerlukan formula harga siling yang ditetapkan disemak.

Saya dimaklumkan perbezaan (kiraan Kerajaan Persekutuan berbanding kiraan saya) berlaku akibat semakan yang berbeza: Kerajaan Persekutuan menyemak mengikut bulan, sementara saya mengikuti semakan mingguan.

Saya telah menulis kepada YB Saudara Lim Guan Eng, Menteri Kewangan agar semakan harga mengikut formula wajar dibuat mengikut minggu, agar harga yang dibayar rakyat cepat diselaraskan dengan harga semasa minyak mentah dunia.




Surat saya kepada YB Saudara Lim Guan Eng boleh dibaca di sini: https://rafiziramli.com/2018/12/mahu-meniaga/

Saya sertakan juga surat saya kepada beliau di bawah ini. Saya berharap perkara ini diberi perhatian dan diambil tindakan dengan sewajarnya.

YB Saudara Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 12
Blok Tengah
No.5
Persiaran Perdana
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA.

(melalui email: limguaneng@treasury.gov.my)

23 Disember 2018

YB Saudara,

KIRAAN HARGA MINYAK MENGIKUT MINGGU DALAM KEADAAN HARGA MINYAK MENTAH RENDAH

Saya mengikut kenyataan-kenyataan YB Saudara mengenai perkembangan harga minyak mentah dunia yang jatuh menjunam serta kesannya kepada rakyat dan kewangan negara. Saya juga ada berbincang secara berterusan dengan YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail, Menteri KPDNHEP mengenai penetapan harga petrol dan diesel.

2. Daripada kenyataan YB Saudara seperti yang dilaporkan pada hari ini, saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan memantau harga minyak mengikut formula APM (Automatic Pricing Mechanism) secara bulanan; iaitu harga minyak dunia dalam bulan Disember hanya akan mempengaruhi formula harga minyak RON95 dan diesel bagi bulan Januari.

3. Saya memahami kaedah ini sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak. Dalam keadaan harga mentah dunia tinggi, Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi untuk mengekalkan harga pada kadar RM2.20 seliter bagi RON95.

4. Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah dari harga formula.

5. Walau bagaimana pun, sejak beberapa minggu yang lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutamanya minggu ini.

6. Rakyat sudah terbiasa dengan pengiraan mengikut minggu seperti yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak. Malah, rakyat tidak tahu pun bahawa Kerajaan Persekutuan kini menyemak harga mengikut formula secara bulanan (atas sebab-sebab yang saya sebut di atas).

7. Mengikut formula, harga RON95 sejak beberapa minggu yang lalu telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter, seperti jadual kiraan mingguan di bawah:

Tarikh semakan harga mingguan Minggu rujukan harga MOPS95 diterbitkan AIP Harga minyak mentah Brent (Purata) Harga rujukan MOPS95 Jaminan keuntungan syarikat/ stesen minyak Harga RON95 mengikut formula APM
                                USD/tong  seliter  seliter   seliter(rm)
21/11/2018 18/11/2018  67.02   1.842   0.320   2.162
28/11/2018 25/11/2018  62.84   1.782   0.320   2.102
05/12/2018 02/12/2018  59.53   1.611   0.320   1.931
12/12/2018 09/12/2018  61.41   1.632   0.320   1.952
19/12/2018 16/12/2018  60.13   1.613   0.320   1.933

8. Oleh kerana kiraan Kerajaan Persekutuan menggunakan rujukan harga bulanan purata bagi November 2018 untuk menetapkan harga RON95 bagi Disember 2018, kiraan Kerajaan Persekutuan akan menunjukkan harga mengikut formula APM masih lagi lebih tinggi dari harga RM2.20 se-liter yang ditetapkan.

9. Saya secara konsisten telah menyuarakan pandangan bahawa kaedah terbaik dan yang paling adil untuk mengelakkan rakyat dari membayar harga minyak yang lebih tinggi dari harga pasaran adalah seperti berikut:

i. Memastikan ada subsidi untuk melindungi rakyat dari harga minyak mentah dunia yang naik melambung, iaitu dengan menetapkan harga siling. Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, Kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling.

ii. Menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia, rakyat akan menikmati penjimatan serta-merta.

10. Kerajaan Persekutuan telah pun melaksanakan langkah (i) dan harga siling telah ditetapkan pada harga RM2.20 se-liter. Walau bagaimana pun, semakan harga mengikut formula adalah mengikut bulanan pada ketika ini (disebabkan keadaan harga minyak mentah pasaran sebelum ini).

11. Oleh itu, untuk memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa harga minyak mentah, saya memohon supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyemak harga mengikut formula secara mingguan.

12. Ini akan membolehkan harga RON95 menyaksikan penurunan 20 sen untuk beberapa minggu akan datang.

Yang benar

RAFIZI RAMLI

Salinan Kepada:

YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Menteri KPDNHEP


------------------------------

RESPON KEMENTERIAN KEWANGAN SEPERTI DIBAWAH;




 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...