Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Disember 2018

Berhenti Jaja Cerita Hutang & Focus Tunaikan Janji Kata Daim Kepada PH.

MALAYSIAKINI | Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengulangi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya, kata Daim Zainuddin.


Bercakap kepada pemberita hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata sesiapa saja akan jemu sekiranya mendengar tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan setiap hari.

Beliau juga mengingatkan PH bahawa pengundi mungkin menolak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat.

"Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan.

"Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan,"
kata Daim ketika ditemui pada program bersama penduduk Felda di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor hari ini.

Daim, yang merupakan kenalan rapat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan, berkata, kini sudah tiba masanya PH menunaikan janji manifesto pilihan raya.

Katanya, manifesto itu merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan tumpuan kerajaan.

"Boleh buat bukan tak boleh buat. Tumpukan perhatian pada manifesto ini. Mungkin perlu sedikit masa tapi perhatian perlu diberikan.

"Menteri mesti selesaikan masalah. Semua tahu masalah, tapi kalau mahu cerita hari-hari kita pun jemu,"
katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya pada program itu, Daim menyebutkan bahawa kerajaan PH perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sekiranya tidak, katanya, pembangkang akan menjuarai isu berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Daim berkata rakyat mungkin akan menolak PH sekiranya gabungan itu gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya.

"Mungkin. Jika tak tunai janji, mungkin (rakyat) tukar (kerajaan). Rakyat berhak tukar,"
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...