Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Disember 2018

Indonesians Bengang Dengan Tuduhan Ustaz Ahmad Dusuki Ke Atas Band Seventeen Kononnya Buat Maksiat..

SOSMED | Ustaz Ahmad Dusuki dikecam lagi. Kali ini berhubung dengan kenyataannya mengenai musibah yang menimpa band seventeen ketika kumpulan itu mengadakan persembahan di atas pentas.

Ustaz Ahmad Dusuki menulis;

"Bayangkan kematian menyentap saat sedang begini? Inilah yang terjadi kepada kumpulan band muzik yang sedang membuat persembahan pada malam tsunami menyentap!!

Angka kematian bencana tsunami di pantai Selat Sunda (di antara kepulauan sumatera dan jawa) hingga kini meningkat kepada 150 orang serta mencederakan 600 orang. Usahlah melakukan maksiat!!! Kerana maksiat itu menarik azab," katanya dalam satu kenyataan.

Selepas habis menyampaikan kenyataan itu, Ustaz Dusuki turut meminta derma bagi membantu operasi Maahad Tahfiz An Nabawi, yang mana rata-rata netizens beranggapan ia adalah perangai yang tidak sopan. Sesudah mengecam kematian orang dan mengaitkan pula dengan dakwaan kemaksiatan, slumbernya pula meminta derma. Satu akhlak yang boleh dipertikaikan, kata netizens lagi.

 
Respon orang Indonesia terhadap post Ustaz Dusuki itu bagaimanapun berbelah bagi meskipun kebanyakkannya memilih untuk mengecam dan mendesak Ustaz Ahmad Dusuki menarikbalik dan membetulkan tuduhannya itu.

Seharusnya bersimpati dan bukannya buat tuduhan jahat..


Tersinggung dengan tulisan Ustaz Dusuki, kapsyen menjijikkan, seharusnya tulis yang baik-baik sebagai agamawan.. jangan ingat dah confirm masuk syurga


Tarik balik, jaga sikit perasaan orang yang kehilangan keluarga..


Warganet Malaysia juga rata-ratanya bersetuju dengan sentimen yang dirasai oleh orang Indonesia. Bagi mereka, tindakan Ustaz Dusuki itu memalukan negara dan agama. Malahan ada yang membandingkan komen beliau dengan respon agamawan tersohor, Mufti Ismail Menk.


Zack Mohd Hashim : Aduhai la ustaz Dusuki,

Sebagai seorang ustaz dan ulama PAS sepatutnya ustaz lebih peka dalam menjaga sensitiviti sedara sesama islam. Sekurang kurangnya ucapkanlah takziah pada sedara Islam kita andai mereka ditimpa musibah.. ini tidak, lagi ustaz tambahkan kesedihan dengan melabel mereka itu semua buat maksiat.

Band ni banyak mengeluarkan lagu mengingati Tuhan. Mereka hilang isteri, rakan dan orang yang tersayang bukan hilang anak patung atau barang mainanan ustaz.. Kenapa cakap bala daripada ujian? Bukan ke kasih sayang Allah lagi besar dari kemurkaannya? Macam ini ke orang penuh dengan ilmu agama menilai? I cannot brain la dengan sikap you ustaz 😑

Tak semestinya korban tsunami itu kaki maksiat ustaz.. kalau begitu adakah mayat makcik yang dijumpai masih bertelekung ketika tsunami di Acheh dulu tu ustaz nak cakap makcik tu terima bala kerana maksiat juga? Kalau nak ikut logik akal ustaz ni maknanya banjir besar di Kelantan dulu tu bala Allah jugak ke?

Bersyukurlah kerana kedudukan Indonesia yang melindungi Malaysia dari bencana seperti tsunami ustaz... Janganlah jadi penunggang agama tak bertempat.. Islam tak ajar kita jadi macam ni.

Lepas ustaz dah cop and label orang macam-macam akhir sekali ustaz mintak derma. Memang power la perangai ustaz...

Ni saya nak tanya dah cukup ke derma tu ustaz?

*Takziah buat keluarga mangsa tsunami.


Dizzy Frizzy Salleh : Jahanam la lu ustaz, gua pergi umrah ngan lu OK, jadi imam, jadi plak camni, apa dah jadi dengan ramai ustaz di Malaysia ni, ingat ustaz kau dah menyinggung orang seni seperti kami!!!!.

Ryan Dany : Orang tu cari makan dg bernyanyi...bukan menari bogel.Kita xtahu amalan kumpulan tersebut sebelum membuat konsert adakah Rizki yg mereka dpt haram?.Jangan mudah kecam kerja orang lain.Takziah buat semua mangsa.

Wan Ismail Naqiuddin : Kenapa tidak ustaz mengajak semua follower sama2 mendoakan arwah2 yg telah pergi? Sy yakin doa dr seorg ustaz pasti dimakbulkan ALLAH. Marilah kita doakan mrk. Iktibar drpd kejadian pasti dpt direnungi oleh mrk2 yg punya mata hati. Pengakhiran hidup kita semua, hanya ALLAH Maha Mengetahui... sama ada ia terlindung atau terdedah drpd pandangan kita. Semoga kita semua dilindungi ALLAH.

Rizuan Nordin : Ustaz, tentang penulisan bagus, namun bila ustaz kaitkan dengan video ni serta maksiat saya terfikir 3 perkara.

1. bagaimana ustaz kaitkan antara kedua ini dan boleh kongsikan juga dalil subut dan dalalah qatie?

2. Dimana sensitiviti ustaz ketika tragedi ini sedang berlaku.

3. Adakah kedudukan ustaz berada lebih daripada mereka yang telah pergi dan bagaimana ustaz menentukannya. Saya berharap ustaz boleh kongsikan pencerahan beserta subut dan dalalah.

Maaf, saya cuma tidak berkenan ada kaitan dakwah penulisan ustaz dengan acara tersebut sahaja

Wan Fendy : Konsert dinegara barat lagi teruk, sampai berbogel, tapi tak kena bencana alam, sebab kawasan jauh dari kawasan bencana.

Halim Ismail : Allahu ustaz.. cakap yang baik baik sudah la.. cakap ambil iktibar dengan kejadian sudah.. ini terus hightlight maksiat..!!! Dalam 150 orang yang terkorban tu kompom semua buat maksiat ker ustaz..?? Allahu..

Abu Amru : Benci kepada maksiat adalah tanda iman.

Tapi menahan lidah/jari dari memberi komen ke atas kematian seseorang, itu tanda adab dan akhlak yang tinggi. Itu juga sunnah Nabi.

Nabi berpesan :

لا تسبوا الأموات فتؤذوا الأحياء (ابن حبان - صحيح)

"Janganlah kamu menyebut keburukan orang yang sudah mati, kerana kamu akan menyakiti perasaan waris mereka yang masih hidup."

Zhafir Hisham : Sebagai orang Malaysia, saya ingin minta maaf kepada orang Indonesia khususnya di kawasan tsunami itu kerana ada rakyat Malaysia yang cetek empatinya. 


Ustaz Ahmad Dusuki bagaimanapun tidak membuat apa-apa respon balas berhubung kecaman yang diterimanya sejak semalam setakat ini. Ustaz juga tidak menjawab kepada kritikan-kritikan orang Indonesia ke atasnya. - 26 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...