Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 September 2012

Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.


Aku mengalami kesukaran untuk memahami kenapa. Kenapa agaknya jabatan pengangkutan jalan buat perkara seperti itu. Sebenarnya, ikutkan pemikiran aku, aku setuju dengan idea A.E.S iaitu satu sistem = perangkap laju yang diaplikasikan untuk mengajar pesalah2 trafik. 

Aku setuju. Memang setuju. 

Cuma aku tak boleh terima cara ia dilaksanakan. Idea yang baik tetapi tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul, pun tak guna juga. Daripada harga alat dan sistem, daripada syarikat yang dibekalkan tender, daripada cara ia diproses dan diuruselia sehinggalah kepada pemasangan papan tanda, terus terang aku cakap bermasalah.

Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal.

Kerana apa?

Tukang pelaksana idea = tukang perancang = ialah mereka2 yang bermasalah.

Terkini mereka melaksanakan satu langkah. Langkah itu ialah memasang papan tanda AES. Jika dinilai dari sudut undang2, ini idea bahlol. Tetapi jika dinilai dari sudut pemikiran mereka2 yang seringkali langgar peraturan jalanraya plus bn haters, idea neh idea yang bagus. 

Kerana apa?

1. Mereka akan alert di lokasi2 mana yang ada perangkap AES.

2. Mereka akan berhati2 di kawasan tersebut.

3. Mereka tidak akan membiarkan diri mereka di saman.

Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Akan mengubah gaya pemanduan mereka? Mungkin ya jika 100%  jalanraya di malaysia dipasangkan dengan sistem tersebut. Tetapi itu tidak akan berlaku. Ini kerana sejak awal lagi PDRM bukan mahu mengubah dan menghukum mereka2 yang seringkali memandu melebihi had laju sebaliknya PDRM hanya mahu buat wang dan tolong rakyat buang wang. 

Bagaimana papan tanda ini mampu mengubah dan menghukum mereka2 yang benar2 suka memandu laju? Jika 1 atau 2 kilometer, ko dah ingatkan mereka ;

Heyy di depan tue ada perangkap laju, please slow down your vehicle dude, in order to prevent you from being summoned. 

Seriously? Ada perangkap di hadapan? Oke fine, i will slow down my car.

Then after 3km, ko fikir dorang akan apa? Akan terus memandu mengikut had laju yang ditetapkan? Adakah ko benar2 berfikir seperti itu? Seriously ??????


Kemon.

Ko tidak berfikir. Pesalah trafik berfikir. Selepas 3km mereka akan memandu seperti biasa. Sambil bersiul mungkin. Dan sesetengahnya sambil tersenyum. Mengutuk kebodohan dan kebangangan korang. Undang2 dibuat bukan untuk menjadi perhiasan.

Tetapi mungkin juga ia akan dijadikan modal politik oleh PDRM. 


Hai, malaysians. You all yang menentang AES [which is kita menentang cara ia dilaksanakan, not the idea itself] nampaknya boleh sorokkan muka dalam guni. Kerana setelah kita melaksanakan sistem neh, nampaknya di kawasan2 aka jalan2 tertentu, kadar kemalangan, langgar lampu isyarat dan langgar had laju telah berkurangan sebanyak 50%. Bravo PDRM kerana melaksanakan idea yang pr kutuk kaw2.

Helllooo..

Ada papan tanda di hadapan yang alert i pasal kamera blablablbala tue ???


Sistem A.E.S memerlukan banyak penambahbaikkan. Aku setuju jika PR kekalkan sistem neh setelah mengambilalih putrajaya. Namun harus lakukan beberapa pindaan sehingga mencapai matlamat yang disasarkan. Iaitu membentuk pemanduan berhemah. Bukan membentuk keuntungan. Pemandu malaysia perlu diajar. Mereka harus dibimbing untuk menjadi berhemah. Jalanraya bukan untuk kegunaan peribadi. Ia hak kita bersama.

Namun dalam masa yang sama aku memuji sedikit kebodohan PDRM. Oleh kerana sistem AES belum lagi mencapai tahap yang ia patut dilaksanakan, maka eloklah papan tanda peringatan ini digunakan. Walaupun idea ini kurang cerdik tetapi ada maafnya lagi. 

Sekurang2nya ia mengajar kami, rakyat malaysia untuk berhati2 di jalan2 tertentu. Walaupun kami tak mampu halang duit kami dari sampai ke tangan2 pemerintah yang zalim, tetapi yang neh insya-Allah, kami mampu halang. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...