Rabu, 25 Mac 2015

Keluar Duit Di ATM Maybank Juga Kena GST, Tapi Bagaimana?

Nak bayar bil juga akan dikenakan GST. Betul ke?

Betul. Jika pembayaran bil tersebut dikenakan service caj oleh bank masing-masing, maka setiap transaksi akan dikenakan GST di atas caj perkhidmatan.

Tak kira apa-apa bil sekalipun melainkan zero caj perkhidmatan maka zero la caj GST. Jadi tolong semak dengan bank masing2. Macam aku guna MAYBANK. Dan di MAYBANK bayar bill takde charge. So aku boleh lari dari GST kat sini.

Hehe.

Oke, sebelum neh kita agak keliru sikit tentang ATM. Betul ke jika kita keluarkan duit melalui mesin ATM (bukan MEPS) akan dicaj GST?

Maksudnya, aku ada kad MAYBANK, dan jika aku keluar duit di ATM Maybank aku akan dikenakan GST.

Betul ke?

Jawapannya betul.

Aku baru aje bercakap dengan salah seorang pengawai perkhidmatan pelanggan di Maybank dan ini disahkan oleh pihak mereka sendiri. Tapi bagaimanakah caj ini akan dikenakan? Ini yang korang kena faham betul2.

1. Had untuk keluarkan duit di ATM MAYBANK bagi pemegang kad MAYBANK hanya 4 kali sebulan. Jika pengeluaran kali kelima akan dikenakan caj perkhidmatan dan caj GST.

2. Caj perkhidmatan untuk pengeluaran kali kelima ini sudah diperkenalkan sejak tahun 2004. Mungkin ada yang tidak aware.

3. Caj perkhidmatan untuk pengeluaran kali kelima ini berjumlah 50 sen. Dan 50 sen ini akan dicukai GST.

4. Caj perkhidmatan 50 sen oleh pengeluaran kali kelima di ATM MAYBANK bagi pemegang kad MAYBANK hanya boleh di elakkan jika ;

- Baki kad melebihi 5,000.

- Nak keluarkan duit 1,500 dan ke atas dalam satu pengeluaran.

5. Jika tidak, setiap transaksi yang kelima selepas empat transaksi pengeluaran, korang akan dikenakan caj perkhidmatan.

6. Setiap bulan setiap pemegang kad ATM MAYBANK mempunyai 4 kali akses percuma untuk keluarkan duit di ATM MAYBANK.

7. Jika kuota ini sudah habis digunakan, maka pengeluaran kali kelima itulah yang akan dicaj perkhidmatan dan seterusnya dicaj GST.

Harap ini jelas.

Bagaimana nak elak GST mudah jek.

Jangan keluar duit lebih dari 4 kali di ATM MAYBANK melainkan korang punya account ada baki melebih 5,000 ringgit.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...