Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Ogos 2013

Malaysia Juara Ramai Orang Gemuk Bukti BN Pemerintah Yang Bagus.

Cukup makan? Bukan. Sebenarnya terlebih makan. Sangat senang untuk mendapatkan makanan sampai terlebih2 bukti BN ialah kerajaan yang bagus. Betul tak?

Tak betul ke?

Betul le kot.

Hehe.

Confirm orang2 umno akan jadikan ini hujah dorang. Kalau nak tahu CAP = Persatuan Pengguna PP telah mengeluarkan kenyataan bahawa ;

1. Di kalangan negara ASIA TENGGARA, Malaysia adalah negara yang paling banyak orang yang menghidap obesiti = gemuk = berat badan berlebihan.

2. Di kalangan negara ASIA, Malaysia berada di tangga yang ke enam.

Wowww

Apakah faktor senang dapat makan ataupun kerana makan berlebihan ataupun kerana jumlah pengambilan kalori menjadikan orang2 kita lebih banyak yang menghidap obes?

Kalau kita tengok zaman sekarang. Banyak makanan segera + makanan yang di cucuk dengan bahan tertentu supaya tahan lama.

Ayam contohnya. Kena cucuk nak bagi cepat besar. Tak silap aku dulu pernah ada keluar kat berita antara faktor2 orang sekarang gemuk sebab makan ayam yang di suntik.

Bahan suntikan itu bukan sahaja boleh gemukkan ayam bahkan orang juga. Sejauh mana kajian neh benar takla aku tahu. Cuma mungkin ada juga kaitan nya kesihatan kita.

Yelah.

Ingatkan beli ayam tak makan makanan segera bebas dari unsur2 / bahan2 suntikan. Tapi ada juga. Mungkin kita makan tak banyak. Tapi kalau kalori tue tinggi pun bahaya juga.

Contoh makan nasi sepinggan boleh jadi kalori sama banyak macam makan dua potong kek coklat berkrim. Padahal makan kek tak la kenyang macam makan nasi.

Kalau makan burger Mcdonald tue lagi dasat. Ada satu2 burger tue sampai 1,100 kalori dia. Mak aii. Tue baru burger. Tak masuk air + kentang. Elokla boikot. Alasan kesihatan.

Begitu juga dengan MAGGIE. Satu MAGGIE tue kalori dia dekat 500. Masuk telur dan sayur. Baik makan nasi je la. 500 pun dah tentu2 kenyang jika nasi.

Tapi aku cakap je la pandai. Kalau suruh pilih antara nasi dengan maggie, maggie gak aku baham. Macam haram.

Kah kah kah

Bila banyak orang gemuk maka ubat kurus pun mula la laku macam goreng pisang panas. Kebanyakkan mangsa ialah wanita.

Orang kita neh memang pelik sikit.

Perempuan gemuk kena ejek.
Laki gemuk steady jek.

Perempuan nak kurus kena ejek tak bersyukur.
Laki nak kurus steady jek.

Perempuan hisap rokok biadap dosa bagai.
Laki hisap rokok steady jek.

Kesian perempuan. Serba sedikit tak kena. Dah la asyik2 kena ejek sebagai penghuni neraka terbanyak jek.

Hehe.

Apa pun aku harap sesiapa yang rasa diri tue obes tapi sihat tak payah susah2 turunkan berat. Macam Rosmah. Rosmah steady je. Sebab dia sihat. Tapi sesiapa yang obes dan tak sihat, turunkan la berat badan. Bukan sebab orang ejek2 tapi untuk kesihatan diri. Tak berbaloi untuk kurus jika akhirnya kita sakit. Sebab tue nak jadi gemuk atau kurus pastikan keyword dia ialah kita sihat. Itu yang paling utama.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...