Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Ogos 2013

Rakyat Malaysia Boikot Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini.

Ada sesuatu yang mengalir dalam jiwa aku. Tapi aku tak tengok gambar Mahathir pula. 

Gambar Najib?

Kepala hotak kau.

Rosmah Mansur?

Ini lagi biol. Sudah2la tue nak mengenakan aku.

Kah Kah Kah

Macam neh. Ada beberapa pihak mula memerhatikan ada sesuatu yang tak kena pada sambutan kemerdekaan tahun ini. Bahkan ramai pihak mula mempersoalkan.

Eh nak MERDEKA kan neh? Tapi apsal takde orang pasang bendera pun?
Eh betul ke kita nak sambut MERDEKA? Apsal tak nampak kereta2 letak bendera?

KENAPA ek? Bahkan peniaga2 turut kecewa kerana jualan Jalur Gemilang pada tahun ini merosot dengan banyaknya.

WOW..

Ingatkan nak kecewa apsal ramai tak concern bab kemerdekaan. Rupanya nak concern apsal jualan aku merosot tahun neh. Cis. Dasar kapitalis.

Hehe.


Actually. Ini pemerhatian aku sendiri. Aku nak share. Kot2 kalau MERDEKA CENTRE rajin, dorang boleh buat SURVEY RASMI.

Dari apa yang aku tengok sekarang, ada beberapa sebab kenapa rakyat takde mood nak sambut kemerdekaan tahun neh.

JANGAN SALAH FAHAM.

Tiada plan. Tetapi ia berkembang sendiri. Mungkin A bersembang dengan B, lalu merebak ke C. Maka jadilah macam suasana sekarang neh. Rakyat mengabaikan sambutan kemerdekaan, mereka lakukan protes senyap tetapi cukup memberikan kesan kepada pihak2 tertentu sehingga ia menjadi tanda tanya.

Kenapa ek? Apa yang aku nampak ialah ;

1. PR kalah. BN menang.

Ya, hari kemerdekaan bukan isu politik. Apa kaitan pula dengan kemenangan BN dengan sambutan kemerdekaan? Itu kan yang terbit di akal ko? Ye kan aje pasal aku confident aku betul. Muahaha.

Sebenarnya BN telah lama mempolitikkan hari kemerdekaan. Raikan kemerdekaan seolah2 meraikan UMNO. Mana penyokong2 PR suka macam tue. Tambahan pula ramai penyokong2 PR masih berduka cita atas kekalahan PR pada PRU yang lepas. Mana mereka ada mood nak meraikan hari kemerdekaan. Gagal merampas PUTRAJAYA setelah 5 tahun, lebih atau kurang, sebenarnya masih berbekas dalam diri penyokong2 PR. Disebabkan itu rata2 penyokong2 PR takde mood nak melayan kemerdekaan tahun neh. Mereka boikot. Kalau pun mereka layan, mereka akan up isu2 pasal pejuang2 kemerdekaan dari PKMM, API, dan lain2 asalkan bukan dari UMNO untuk meraikan kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

2. Mesir bergolak.

Ya, ada di antara dari mereka yang boikot kerana situasi di Mesir sekarang neh. Mana ada mood nak sambut pasal merdeka beria2 sedangkan saudara seislam menderita kat sana. Sebenarnya aku ada persoalan sikit. Kenapa MESIR? Maksud aku, PALESTINE, SYRIA, umat2 Islam di Myammar, Thailand dan Philippines pun ada yang kena TINDAS, tapi tak la pula mereka2 nak BOIKOT sambutan kemerdekaan.. aku sedikit keliru dengan tindakan terpilih neh. Sebab tue persoalan seperti neh timbul. Ia soalan. Bukan tuduhan. Jadi jangan nak emosi melulu pula.

3. Banyak masalah yang di fikirkan.

Harga barang makan naik dan makin mahal, elektrik pun nak naik lagi, GST on the way pulak, TPPA lagi, masalah jenayah yang tak berkesudahan, kebanjiran warga asing, hutang pula makin lama makin banyak dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan tak setimpal dengan apa yang mereka dapat tiap2 bulan. Mana nak bayar hutang kereta lagi, pendidikan lagi, makan lagi. Nak kahwin pun susah. Hantaran makin mahal. Nak simpan duit beli rumah entah dapat ke tidak. Pendek kata setelah digabungkan semua masalah2 di atas neh mereka tak rasa mereka MERDEKA pun di negara neh. Makin pening lagi la ada.

MERDEKA?
MERDEKA?

MERDEKA waklue. Aku pening dengan masalah yang menimbun lagi la ada. ENOUGH.

4. Cara sambutan yang di anggap sekular.

Ya, ramai rakyat Malaysia yang muslim protes cara sambutan kemerdekaan yang di anggap sekular dan mengarut. Konsert konon. Melalak sana melalak sini then MERDEKA. Lepas 9 bulan trend buang bayi. Lepas tue sembang kencang bab MALAYSIA IALAH NEGARA ISLAM. Negara ISLAM apa jadah macam neh? Owh kami memang negara Islam. Tengok perlembagaan kami tue, islam agama rasmi kan ? Maka negara kami negara islam le. Takyah mengucap, tak yah bersolat, tak yah berpuasa, tak yah buat apa2 ko jadi lah islam berdasarkan kata2 dan tanda kat IC masing2. Itulah dia maksud ISLAM pada masa kini. Mudah gile.

5. Sejarah yang disembunyikan.

Ada juga yang tiada mood nak raikan kemerdekaan disebabkan terdapatnya sejarah2 yang diselindungkan oleh kerajaan kita. Bagi mereka, bukan UMNO je yang patut di highlightkan dalam sejarah kemerdekaan negara bahkan ada ramai lagi pihak2 yang membantu kepada kemerdekaan Malaysia. Mana mereka? Mana nama2 mereka? Kenapa mereka disorokkan dari pengetahuan kita? Adakah usaha mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tidak perlu di iktirafkan kerana mereka bukan UMNO? Adakah pengorbanan, air mata dan nyawa mereka tak perlu dihargai hanya kerana mereka bukan UMNO? Adakah perjuangan2 mereka ialah tidak perlu di ambil tahu hanya kerana mereka bukan datang dari golongan bangsawan, kaya raya, berdarah raja, dan bukan berpartikan UMNO?

Setelah mengabungkan kesemua perkara2 di atas, ada pihak yang radikalnya tidak mahu meraikan hari kemerdekaan selain UMNO ialah kerajaan pusat di negara ini. Ada pula pihak2 yang beranggapan bahawa mereka hanya akan merdeka jika BN ditumbangkan.

Namun aku percaya, mereka akan menyambut hari MALAYSIA pada 16 september ini secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan rakyat yang menumbangkan ego BN yang pada awalnya beranggapan 16 september tidak patut di anggap sebagai cuti umum.

Biasalah, asalkan ia untuk perli UMNO, mereka memang akan berkobar2 untuk buat. Apa pun aku cadangkan akhbar macam SINAR HARIAN patut buat survey online pasal neh. Dapat resultnya baru la kita boleh bercakap dari segi fakta pula. Skala pemerhatian aku kecik. Tak boleh di jadikan rujukan utama.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...