Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Ogos 2013

Sejarah Kemerdekaan Versi Rakyat Yang Korang Semua Mesti Ambil Tahu.

Kami pergi ke kampung2. Melayu2 tidak mahu merdeka. Bahkan tidak tahu apa itu merdeka. Mereka tidak faham. British ada senjata. Buat apa merdeka?

Bapa saudara saya juga menentang saya ketika itu. Ramai orang2 yang benci. Mereka tidak tahu erti kemerdekaan..

Rupanya takde orang putih pun boleh.. tapi melayu2 ingat takde orang putih kita mati..

Berikut adalah beberapa perkara yang aku tonton dalam video kat bawah. Ia menceritakan bagaimana sikap orang2 melayu mengenai kemerdekaan negara pada asalnya. Majoriti menolak. Tetapi pejuang2 kemerdekaan negara kita tidak pernah putus asa.

Mereka bagi penerangan. Mereka edar risalah. Mereka buat suratkhabar. Mereka buat perjumpaan. Mereka bangkitkan kesedaran. Mereka naikkan semangat. Mereka sedarkan melayu2.

Oi. Ini malaya melayu punya. Bukan orang putih punya. Kita bukan lawan orang putih bila nak tuntut kemerdekaan. Tapi kita amek balik apa yang kita punya.

Antara yang aku kagum juga dalam melihat pejuang2 aktivis kemerdekaan ialah bilamana salah satu akta ataupun perkara yang terkandung dalam perlembagaan rakyat ialah semua orang di malaysia ialah MELAYU. 

Maksudnya apa?

Cina = MELAYU.
India = MELAYU.
Orang putih = MELAYU.
Melayu = MELAYU.

Semua ialah MELAYU. Ini yang dibuat oleh orang Indonesia sekarang. Semua rakyat Indonesia ialah BANGSA INDONESIA.

Jika perlembagaan rakyat itu menang maka pada hari ini semua rakyat MALAYSIA ialah MALAYSIAN. Bukan lagi berpecah2 macam sekarang.

Bayangkan cina pada ketika itu yang dikatakan racist pada hari neh, demi untuk merdekakan negara dari penjajah, mereka lepaskan jatidiri dan nama bangsa mereka untuk tanahair. Kita tidak tahu. Siapa kita nak menilai niat mereka. Ketika itu hubungan sesama rakyat tak kira bangsa akrab. Mungkin cina dan india ketika itu faham sangat MALAYA ini memang MELAYU yang punya. Mereka datang. Mereka menetap. Dan kemudian lahirkan anak2 di sini. Dan anak2 mereka dah anggap MALAYA ini tanahair mereka. Mereka rasa ada tanggungjawab untuk bebaskan negara dari penjajah. Mereka juga mahu di raikan sebagai rakyat di negara ini. Jika ia memerlukan mereka untuk mereka mengakui mereka MELAYU maka ia tiada masalah janji mereka ialah rakyat yang di iktirafkan di negara ini.

Siapa yang gagalkan rancangan perlembagaan rakyat? Kalau kita selusuri sejarah, jawapan dia BRITISH memberikan kemerdekaan kepada UMNO. Sedangkan yang mati tergolek, kena bunuh, kena tangkap, kena tindas, kena sekat, kena lawan, yang bergerak dari kampung ke kampung, yang menyebarkan semangat nasionalisme, yang buat perlembagaan rakyat, yang cipta hari hartal, yang melawan penjajah, bukan datangnya dari parti UMNO. Ia dari parti2 haluan kiri, yang di anggap kiri oleh BRITISH disebabkan radikal dan kuatnya semangat mereka memperjuangkan kemerdekaan negara.

Telah termaktub dalam sejarah UMNO dipilih oleh BRITISH untuk memberikan kemerdekaan kepada negara ini. Ini kena diakui. Tetapi apakah ini hanya perlu akui ini sahaja? Untuk lebih adil, alangkah baik jika kita mengakui semua perkara yang benar2 telah berlaku ketika itu? Kebenaran separuh2 tidak adil. Kebenaran penuh baru la betul.

Slogan UMNO ketika itu hidup melayu.
Slogan parti PKMM ketika itu MERDEKA.

Dengan hanya menceritakan kebenaran, itu tidak menjadikan kita manusia yang tidak bersyukur ataupun sedang menentang UMNO dan menafikan kebaikan UMNO yang ada menyumbang sedikit sebanyak dalam kemerdekaan negara ini.

Apa yang kita harapkan, tolong iktirafkan semua pejuang kemerdekaan sama rata, sama adil. Jangan diketepikan mereka hanya kerana mereka bukan datangnya dari parti kita. Setiap dari satu aktivis2 kemerdekaan itu ada jasanya yang besar pada kita, mereka wajar diraikan dan kami rakyat Malaysia berhak mengenali mereka.

Aku juga cadangkan korang jangan miss part 3. Bagaimana propaganda media berterusan sampai ke zaman sekarang. Dulu mereka alat british, sekarang? Lue fikirlah sendiri. 

Tonton video2 kat bawah neh hah ;

Part 1.



Part 2



Part 3



Part 4

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...