Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label harian metro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harian metro. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Julai 2012

Betul ke Harian Metro Sindir Dr.Mursi?


Sebelum mahgrib aku ada nampak ramai orang sibuk2 cakap pasal kartun di atas. Depa cakap kartun neh biadap, kurang ajar, menghina dan blablabla.. oke. Aku perhatikan gak kartun neh. Lama aku teliti. Aku tengok atas bawah kiri kanan depan.. belakang takley sebab takley pegang dan bukan 3d kan. 

kah kah kah

Dan setelah melihat2 kartun neh tah macam mana tah aku berfikir.. apa benda yang menghina nye? Sindir tang mana? Dorang cakap piramid tue lambang kejahatan firaun. Meletakkan dr mursi kepada piramid bererti menyamakan dr mursi = ikhwanul muslimin = firaun.

Itu pandangan mereka. Pandangan pelukis kartun aku tatau. Niat pelukis kartun pun aku tatau. Tapi pandangan aku ketika melihat kartun neh ialah aku tak nampak apa2 perkara seperti menghina dr mursi. Kenapa? Aku ada pandangan yang tersendiri kat sini. Meh aku sharekan apa pandangan aku ;

1. Bila aku melihat piramid, perkara pertama yang aku fikir mengenainya ialah mesir. Walaupun piramid juga ada di negara2 lain. Tapi di mesir lebih popular sebab mereka memiliki piramid terbesar dan tertinggi dan antara salah satu bangunan yang di anggap keajaiban dunia. 

2. Aku memang bercita2 nak melawat mesir semata2 nak menghayati seni bina piramid dan pelbagai bangunan2 lama yang besar2 yang pernah dibina pada ketika itu. Kalau tengok discovery channel memang macam tak percaya ia dibina menggunakan tangan dan peralatan2 ringkas. [Maaf, lupa nama tools]. Dan bahkan aku juga kagum bagaimana firaun menggunakan kecerdikkan dia untuk memanipulasikan rakyat pada ketika itu.

3. Para pengkaji sejarah juga melakukan kajian bertahun2 sehingga kini sampai terkeluar pelbagai teori dan penaakulan bagaimanakah piramid dihasilkan pada ketika itu. Ini bererti piramid sememangnya antara karya agung dalam bidang senibina.

Ini juga satu persoalan bagi aku. Bila tengok dokumentari mengenai ia memang terserlah setiap satu batu2 neh bukan sahaja mempunyai ukuran yang tepat, bahkan susunan dia juga dianggap mustahil pada zaman itu sebenarnya tanpa sebarang bantuan teknologi. 

Ini perkara yang terawal aku ingat bila fikir pasal piramid. Aku tak terus fikirkan pasal firaun. Aku tak terus fikirkan firaun telah menghamba-abdikan rakyat pada zaman itu untuk membina piramid. 

Aku tak terus terfikir juga bahawa piramid ialah tempat di mana firaun bersemadi. Bahkan ada sesetengah piramid di anggap tugu bagi firaun2 tertentu. Bagi memanjangkan sejarah dari satu generasi kepada generasi yang lain bahawa raja2 tersebut ialah raja2 yang pernah tadbir negara mereka.

Tapi bila ada orang cakap piramid tue ada kaitan dengan firaun dan tiba2 aku fikir owhh ye tak ye juga ek. Sebab firaun lah piramid tue dibina. Dan ramai orang telah mati ketika piramid dibina.

Jadi kat sini piramid bukan sahaja boleh dianggap sebagai antara artifak sejarah yang agung, bahkan ia juga boleh di anggap sebagai lambang kezaliman firaun. Terserah bagaimana mata kita memandang dan bagaimana pula akal kita menafsirkan ia. 

Pada sudut kemanusiaan dan pada zaman itu dan sekarang piramid memang wajar di anggap sebagai bukti kekejaman penguasa ke atas rakyatnya.  Memaksa rakyat menjadi hamba abdi, untuk membina satu2 bangunan bagi menaikkan imej sendiri sememangnya satu perbuatan yang sangat keji.

Pada sudut sejarah di zaman sekarang, kita belajar banyak perkara mengenai piramid. Yang buruk dan yang baik. Antara yang buruk ialah mengenai kekejaman firaun, antara yang baik ialah mengenai bagaimana hujah Alquran dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid. 

Tetapi belum tentu sudut pandang generasi sekarang mengenai sejarah piramid sama seperti sudut pandang generasi dulu bila mereka bercakap mengenai piramid. Mungkin selepas kejatuhan firaun, mungkin selepas islam itu hadir, mereka menganggap piramid itu satu ikon kezaliman. Tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka dan Allah swt.

Begitu juga pada sudut sains dan teknologi. Zaman dulu dan zaman sekarang. Piramid memang antara senibina yang wajar dikagumi. Bahkan ada banyak benda ahli akedemik belajar darinya. Sehingga menghasilkan pelbagai teknologi hanya berdasarkan kepada kewujudan piramid itu sahaja. Piramid memang antara lambang kemegahan mesir dan kebanggaan rakyat itu sendiri dulu dan sekarang meskipun di dalamnya terselit kejahatan firaun [sang penguasa].

Cara kita pandang satu2 perkara ialah berdasarkan kepada zaman di mana kita hidup. Berdasarkan kepada apa yang kita tahu mengenainya. Berdasarkan kepada apa yang kita mahu percaya. 

Bagi aku kartun di atas telah meletakkan mursi = sebagai salah satu antara benda ajaib yang berlaku di mesir. Sama seperti piramid di mata aku. Dan bagi aku lambang bulan dan bintang berada di puncak piramid = sebagai petunjuk bahawa mesir akan menegakkan islam di bawah pengaruh ikhwanul muslimin. Sama seperti jatuhnya firaun ditangan Musa a.s.

Piramid memang di anggap sebagai salah satu lambang terkemuka di dunia. Sama seperti firaun. Tetapi piramid lebih kepada lambang keagungan senibina rakyat mesir bukan seperti firaun yang di anggap sebagai lambang kezaliman. Dan seperti itulah mata aku mahu memandangnya. 

Sabtu, 4 Jun 2011

Hot : Harian metro kejar gadis hilang dara..

Gadis Melayu ini BANGGA hilang dara
Sabtu, 4 Jun 2011

[HM] KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.

Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.

Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.

Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal.



Benda neh aku dapat kat facebook. Aku saja nak menyibuk sket. Aku dah mencari kat HM online pasal berita neh tapi tak jumpa. Maybe benda neh berita bertulis kot. So aku tak pasti lah. Pandangan aku pasal gadis neh aku dah tulis kat sini. Lantaklah korang nak cakap aku bela gadis neh ke apa ke aku no hal. Aku malas nak elobrate panjang2 pasal gadis neh pasal aku dah pernah ulas, Boleh rujuk je kat link tadi.

Cuma nya aku nak mengumpat sket pasal harian metro neh. Heheheh.. tak sangka aku. Dorang begitu eager kejar bahan pasal issue neh. Pergghh.. andai benar lah harian metro ada siarkan gambar gadis [seperti gambar di atas ] neh dalam paper dia, memang nampak sangat HM takde issue.

Bagi aku, pengakuan gadis neh bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan. Apatah lagi mungkin dia main2 je. Dan lagi satu dia tak bangga lah.. dia hilang dara. Dia cuma cakap..  tak perlulah nak terasa bohsia kalau dipanggil bohsia sebab ko bukan nya bohsia.. dan memang betul dia dah pernah main.. so what? Itu bukan bangga. Itu banggang. Baru betul. Bila dilihat usia nya masih muda dan mentah.. iaitu 14 tahun, kita patut bimbing dia. Bukan balun. Kalau nak balun pun.. balun lah ikut situasi. 

Ini tidak dok membalun budak2 mentah macam neh. Lagi lah dia akan fikir masyarakat suka menghukum dia. Suka menilai dia. Disinilah kesilapan masyarakat malaysia. Sebab tue bila orang mengandung luar nikah.. dorang jadi takut2. Buang anak sana sini.  Buang bayi sana sini. Campak macam campak baju. Pasal wujud masyarakat especially masyarakat melayu yang suka menghukum. Ikut laws islam.. kita tak hukum. Tapi kita bimbing. Kita tarik dia. Kita asuh dan didik dia.

Aku boleh cakap budak neh mesti tertekan. Aku pun takde cara nak contact dia. Tapi kalau dia baca neh.. dia boleh contact aku. Email je aku kat sini orderonline2010@gmail.com. Walau satu dunia sisihkan ko, aku takan sisihkan ko dik. Meh lah contact2 aku. Tak payah nak runsing2 isu dia ada dara ke takde dara ke. Anggaplah kesalahan dia neh pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Kalau budak2 usia 14 tahun pun dah takde dara.. sekarang so macam mana situasi di malaysia kelak? Apa langkah2 yang boleh kita buat untuk atasi benda neh? Itu patut focus dan highlight kita. Bukan kat budak neh. Sudah2 lah tue blame dia. Dia pun bukan orang lain. Sedara kita gak. Seislam kan? So.. apa lagi. Kasi bimbing lah. Kata masyarakat penyayang.. buktikanlah. Habis citer.

Rabu, 30 Mac 2011

Panas! Peminat sokong fasha sandha seksi !

Tadi aku selak fanpage fasha kat facebook. Sebenarnya untuk pengetahuan korang, aku dulu like fanpage fasha sebab aku "minat" dia. Then selepas beberapa bulan aku asyik komen, dia pun dah jemu agaknya lalu dia blocked aku. Aku kecewa tahu. Siyes. Terus terang dah neh. Harap fasha boleh unblock aku balik. Aku setia je minat dia per. Heh.

Peh tue aku nampak fasha posting benda alah neh, baca bawah ;

Lepas tue aku saja lah klik nak baca komen-komen kat bawah tue ;




Setelah aku membaca dengan teliti setiap komen-komen di atas, aku dapat menyimpulkan bahawa ;

1. Fasha sandha dedahkan aurat. Dan ia adalah hak fasha. Korang jangan sibuk kutuk.

2. Keseksian fasha adalah anugerah tuhan. Dalam erti kata lain, mungkin peminat maksudkan bahawa tuhan suruh fasha utk berseksi.

3. Kemenangan fasha dalam carta artis paling seksi ialah disebabkan anugerah tuhan terhadap fasha akibat fasha selalu difitnah macam-macam. Dalam erti kata lain, kalau anda difitnah, mungkin anda akan dapat hits undian tertinggi untuk artis paling seksi, artis paling suka minum arak, artis paling pandai mabuk, artis paling hebat menari disko dan sebagainyalah.

4. Orang islam boleh suka, berbangga dan meminati keseksian fasha sandha dan boleh mengucapkan tahniah kepada fasha sandha sebagai galakan dia menangi carta artis paling seksi di malaysia.

Hebat!!!!! Aku pun mao di puja seperti ini. Kalah "pujaan" terhadap Nabi saw itu sendiri.

Hebat!!! Peminat fasha pun seberani fasha rupanya..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Klik sini utk lihat sendiri jawapan fasha pasal keseksian dia.


Ameno : Mereka sedar ke apa yang mereka komen tue?

Isnin, 28 Mac 2011

Hot! Fasha artis paling seksi di malaysia!



Paper metro semalam telah membuat satu kajian [baca pengakuan metro di atas] berkenaan artis paling seksi di malaysia. Senarai artis seksi telah ditetapkan oleh harian metro sendiri.


Berdasarkan kepada cara harian metro membuat pemilihan, jelas harian metro memilih mereka kerana kesemua artis di atas memang terbukti mendedahkan aurat mereka secara berani.


Harian metro tidak memilih mereka atas sebab-sebab yang lain. Harian metro tidak memandang mata fasha sandha sebagai seksi, ataupun hidung rozita che wan sebagai seksi. Tidak. Sebaliknya kerana mereka tayang aurat. Buka dada. Banyak benda tersembul keluar. Benda tersebut WAJIB di tutup. Bukan nya WAJIB dibuka buat tayangan umum. Heh.


Aku tak faham tujuan harian metro buat benda alah neh. Orang kalau buat kajian mesti nak mencapai sebab tertentu. Tetapi apa yang harian metro neh nak capai, aku taktahu. Berdasarkan kepada cara wartawan harian metro neh menulis mengenai topic di atas, mereka takde pun nak serap unsur2 dakwah. Mereka malahan bangga bila kajian mereka mendapat sambutan yang hangat.


Katakanlah aku wartawan dan aku buat kajian di atas. Hasil keputusan kajian tersebut aku serahkan kepada artis untuk mereka komen, kemudian hasil komen tersebut aku beri kepada mana-mana pakar motivasi agama untuk komen balik. Kemudian aku siarkan ke dalam paper, dan tengoklah reaksi artis2 neh, kalau mereka tak malu, tak terjun bangunan, ataupun tak tutup muka selama lapanbelas bulan, memang sah, sahlah artis tersebut dan malaikat ilham sudah tidak bersahabat akrab lagi. Heh.


Tetapi harian metro seperti mengalakkan mereka untuk bertambah seksi seksa lagi. Komen artis dan peminat mereka pula sangat tidak matang. Cuba kalau harian metro buat kajian macam neh ;


1. artis paling rajin berdakwah
2. artis paling sempurna tutup aurat
3. artis paling layak jadi contoh masyarakat
4. artis paling bijak bergaya tanpa tayang aurat
5. artis paling pandai mengaji
6. artis paling cerdik bergaul tanpa perlu pergi disko
7. artis paling sopan dalam penampilan tanpa warnakan rambut


dan blablabla.. sebagainya. Cuba buat. Kami nak tgk siapakah pemenang. Adakah dari 1 - 7 jawapan nya ialah wardina saffiyah? Ataupun hafiz hamidon? Ataupun mungkin irma hasmie? inteam? rabbani? raihan? akil hayy? waheeda? silap2 maher zain pun termasuk skali ye tak?


Dan akibatnya, artis2 yg tak menang ataupun tidak tersenarai akan rasa malu yang amat. Ya ampun.. teruknya persepsi wartawan dan peminat terhadap aku. Sedikit sebanyak ini akan membuatkan mereka rasa terhina dan tersisih. Ini tidak, buat undian mencari siapakah paling seksi nampaknya tidak memberi apa2 kesan sebaliknya mengalakkan mereka dan membuatkan mereka sedar yang mereka sebenarnya ada followers dan diminati kerana keseksian.

Ada orang fikir, alah sekadar seksi, biasalah dalam industri hiburan tanahair. Bagi mereka maksiat dan hiburan satu entiti. Siapa cakap industri hiburan ialah industri maksiat? Sendiri yg memaksiatkan hiburan. Sendiri yg salah. Jangan pandai2 kata hiburan itu maksiat. Sendiri yg cari peluang buat maksiat melalui hiburan. Bukan tak boleh buat industri hiburan menjadi industri dakwah.


Cuma mereka [majoriti pemaksiat] dalam industri hiburan je takmo. Bagi mereka pengukur industri hiburan malaysia haruslah berasaskan hollywood ataupun bollywood. Tak pernah ada akal nak menjadi ikutan orang. Hanya ada akal untuk mengikut orang. Melayu or me-LAYU? Phetatic. Heh.


Kajian di atas bukan tak boleh buat. Buatlah. Tapi kena cipta tujuan juga. Bukan buat untuk mengalakan artis seksi. Tapi harian metro buat untuk membuatkan artis merasa seronok ble mereka di iktirafkan seksi. Boleh pula artis rasa bangga bila di iktirafkan seksi. Namun, rozita che wan nampaknya tak bangga ble di iktirafkan seksi. Mungkin atas faktor usia, maka jawapan rozita lebih matang.


Jawapan tak matang fasha neh memang spero. Otak dia memang totally out. Jenis manusia tak boleh pakai. Jenis artis yang tak boleh di puja. Melainkan dia insaf dan ubah diri macam wardina dan irma hasmie.


Kalau dia jadi macam tue, kemuliaan sendiri akan terbang kat dia sebab orang2 islam di malaysia neh sangat cool. Kita tak kesah pun sejarah lampau mereka. Kita hanya pedulikan perkara terbaru mereka. Dan jika mereka baik, baiklah pandangan kita. Dan jika mereka seteruk fasha, maka teruklah bahasa maki kita kepada mereka. Nasiblah. Sapa suruh seksi berani mati? Heh.


Baca kenyataan si fasha kat bawah neh ;




Seksi anugerah semulajadi? Bangang kah dia? Seksi ialah sendiri pandai2 nak buka aurat. Bukan anugerah semulajadi. Sebaliknya anugerah nafsu. Lue ikut nafsu. Dan dia siap cakap seksi itu tak boleh dinilai secara serong dan negatif. Adoiii rosak betullah minah neh.


Woii fasha sandha,


kalau lue tutup aurat, dan orang masih panggil lue seksi lagi, aku boleh faham jika ketika itu seksi dikatakan anugerah semulajadi. Mungkin tang mata ke, tang bibir ke, apa2 lah yang berkaitan.


Tapi masalahnya ko tayang aurat. Tang mana satu aku nak pandang positif wahai pompuan bongek [fasha, jika ko dah bertaubat kelak, mohon ko maafkan aku] ? Aku tak mampu. Aku cuba juga semalam. Tapi hasilnya aku tergelak sorang2. Then aku ditegur oleh seseorang.


orang menegur : Apahal neh? tiba2 gelak je macam org tak betul. apa yg paper tue tulis?


aku : takde apa, lawak sangat. fasha sandha soh org jgn pandang negatif atas imej seksi yg dia bawa


orang menegur : kalau tak pandang negatif, nak pandang apa? pandang t**** dia ke? pompuan bodoh mcm tue jangan bacalah citer2 dia. buat dapat dosa je. tgk gambar dia pun dah dapat dosa. lagi baca citer dia buat apa? tue pasal anak2 muda zaman sekarang terikut2 buka sana buka sini. pasal ada sifu macam dia. mengalakkan lagi org buat maksiat.


aku : hahahhaha... saja je aku baca.


orang menegur : yelah. saja2 je ko dapat dosa nanti.


Hampeh. Aku kena ceramah. Setepek kat dahi aku. Neh dia belum tahu aku mengumpat fasha dalam blog. Kalau dia tahu, mesti kena ceramah punya. Confirm!


Beginilah akibatnya kalau kita berkawan ataupun bersedara dengan orang alim. Kita nak buat jahat pun rasa takut.  Bukan takut kat Allah swt je. Kat manusia sekali. Takut kena mengata dan takut kena marah.

Tapi si fasha neh dah hilang rasa takut. Rasa malu usah cakaplah. Dah lama pupus gamaknya. Takut pada Allah swt langsung tak wujud. Takut pada tohmahan manusia pun dah lenyap. Kalau kita maki dia, dia cakap dia dapat pahala. kah kah kah.. pompuan bodoh.


Dia fikir buat maksiat tue dapat pahala ke? Dia tak fikir perlakuan maksiat dia akan mendatangkan maki. Bukan dia takde buat apa2 kita terus maki. Tak. Pasal dia terang2 buat maksiat, kita maki lah sebab pemimpin kita pun tak peduli nak hukum dia. Dia dapat saham neraka, pemimpin pun dapat saham neraka.Takde yang terlepas. Dari bersubahat sampai bersahabat seme kena heret sekali. Heh.


Dan kepada peminat2 fasha bongek. Korang berhentilah minat artis bangang macam neh. Aku sebenarnya taktahu kenapa korang minat dia. Tetapi kalau minat dia semata2 kerana tubuh badan dia yang seksi tue aku cadang rentikanlah. Cuba bayangkan tubuh badan fasha tue ialah ular. Cepat. Bayangkan. Masih minat lagi tak? Itulah dia ular yang akan datang membelit kat kubur kita nanti.


Ular belit aku pasal aku mengumpat fasha. Ular belit korang pasal korang puja fasha. Mungkin ular aku kecil. Pasal sehebat2 aku mengata fasha pun, aku mengata atas perbuatan jahat dia. Daripada korang sehebat2 korang memuji fasha, korang memuja kemaksiatan dia. So apa citer?


Ameno : Main ular kena patuk whorr..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...