Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2017

Lukisan Sindir Amalan Bodek 'Hilang' Dari Pameran Balai Seni - Kenapa? Pembodek Najib Terasa Ka?

Dengan kemaskini. 

Selepas kehilangan karya tersebut kecoh di laman sosial, ia kembali semula dipamerkan di balai seni visual. Sebelum ini pelukis meluahkan perasaan karya pamerannya 'hilang' dari balai seni visual tanpa sebarang penjelasan diberikan. Luahan tersebut dikongsikan di laman facebook pelukis berkenaan.

Tulis sang pemilik karya, Suddin Lappo ;


Bodek

1. Dari seorang kawan, aku terima berita bahawa salah satu karya ku sudah ‘hilang’ di dinding pameran yang sedang berlangsung di Balai Seni Visual Negara. Iaitu pameran berkumpulan Sage: Ties of Tenggara. 

2. Aku langsung ke BSVN petang tadi untuk melihat sendiri, ya catan itu memang sudah tiada. Digantikan dengan sekeping foto karya dan disertakan bersama kapsyen “Karya ini diturunkan sementara bagi penyelenggaraan galeri.” 

3. Aku sedikit bingung, juga khuatir kalau karya itu sudah rosak, tercalar atau bagaimana? 

4. Sementara aku tidak dihubungi oleh mana-mana pihak sebelumnya. Dan cuma dapat tahu hal ini baru kemarin. 

5. Sebuah karya yang diletakkan di ruang awam, bebas untuk dibaca oleh penghayat. Aku sendiri sebagai pelukis, tidak mampu untuk memaksa penghayat menuruti makna dan konteks karya seperti yang coba aku sampaikan. 

6. Imejan yang kaku dan bisu itu bebas untuk ditafsir, ditelaah menurut pengalaman dan pengetahuan penghayat masing-masing. Kerana pelukis tidak selamanya bisa berada disamping karya untuk membetulkan persepsi khalayak. 

7. Maka disini aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit catatan tentang kenyataan dan latar karya tersebut. Supaya kau tidaklah fikir sampai berlebih-lebihan. 

8. Karya catan “The Subtitle” terhasil dengan meminjam imejan dari salah satu shot scene filem trilogy “The Godfather”, karya Francis Ford Coppola. 

9. Teks pada karya tersebut juga dipetik dari dialog watak utama, Don Vito Corleone, “I’ll make him an offer he can’t refuse” yang diterjemahkan secara kreatif oleh pelukis sebagai teks sari kata pada karya. Penghayat disaran untuk melihatnya sebagai sebuah layar filem. Cuma mungkin saiz karya tidaklah cukup besar seperti dalam panggung wayang. 

10. Inti utama yang cuba disampaikan adalah kritikan pelukis terhadap budaya bodek dalam masyarakat. Golongan lemah terpaksa (atau dengan rela hati) untuk membeli jiwa seseorang yang memiliki kuasa. 1

1. Ini dapat dilihat pada aksi/postur salam cium tangan. Ya, aksi ini pun boleh ditafsirkan dalam dua keadaan, sama ada sebagai rasa hormat, atau rasa tunduk (lemah) kepada kuasa yang lebih besar. 

12. Sama seperti salam seorang murid terhadap gurunya, atau anak terhadap ibu bapanya, pekerja dan majikannya, isteri dan suaminya, hatta salam seorang pelukis dengan kolektornya.. hahaha 

13. Itu saja. Selebihnya khalayak sendiri yang pandai-pandai menafsir makna. Pengkarya pula tidak punya kuasa untuk menghalang. Kerana karya itu bisu, dan fikiran manusia yang becok. Sekian.

----------------


Tak kan la puak-puak neh terasa. Mustahil. Mereka jenis tebal muka tak mungkin akan rasa tersindir atau terperli dengan karya tersebut. Mesti ada alasan lain neh.

Kah Kah Kah

Selasa, 18 Disember 2012

Kenyataan PDRM mengenai Polis Wanita yang menyamar di facebook.

Padan la kecoh. Memang kecoh sampai PDRM pun keluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu beb. 

Rujuk bawah. 


Ini bermaksud PDRM amek berat terhadap mana2 anggota PDRM yang cuba melakukan sesuatu untuk menambahkan persepsi buruk terhadap PDRM. PDRM dah tak boleh tanggung dah. Dengan macam2 insiden yang melibatkan kredibliti mereka, mereka dah tak boleh biarkan apa2 perkara menambahkan situasi yang sedia buruk.

KPN pernah keluarkan kenyataan bahawa masyarakat malaysia dah hilang kepercayaan terhadap pasukan keselamatan. Sebab tu masyarakat tegar menghina dan langsung tak respect polis2 di malaysia. Kenyataan dia tue mungkin merujuk kepada apa yang berlaku dalam BERSIH 3.

Apa2 yang POLIS buat benda baik pun masyarakat pandang tak baik. Statement simpati. Aku juga simpati bila dengar di tv3 time tue. Tapi setakat simpati je la. Lebih2 tak boleh. Sebab selagi PDRM sendiri tidak bertegas untuk ubah imej mereka di mata masyarakat malaysia maka selagi itulah mereka akan kekal di pandang negatif di mata masyarakat. 

Kes2 seperti polis rasuah, polis rogol, polis paw pendatang asing itu kes2 yang mana PDRM sendiri gagal selesaikan di kalangan mereka sendiri. Itu baru di kalangan mereka sendiri. Benda2 yang melibatkan mereka pun mereka gagal nak selesaikan. Ini mereka hadap kita percaya mereka akan jaga keselamatan untuk kita? Haram le.

Walaupun ada polis2 baik di malaysia bahkan aku rasa ramai tetapi kebaikan mereka tak boleh pergi ke mana2 sebab akhirnya mereka sendiri pun akan terjelepuk di tempat sana dan tak boleh buat apa2 perubahan untuk mengubah "masa gelap" polis malaysia.

Ini kerana selagi KPN menurut kepada perintah penguatkuasa, dan mengabaikan tuntutan rakyat, mengikut telunjuk pemimpin melebihi dari menjaga kebajikan anggota2 PDRM di bawahnya.. selagi itulah imej PDRM akan kekal negatif.

Harus di ingat, masyarakat hormat polis yang baik. Tetapi polis yang tak baik, orang gila pun takan respect.

Dalam pada itu aku nak pesan sket kepada bloggers umno. Korang tak perlu melatah kalau aku beria2 nak siasat siapa dalang yang melakukan penyamaran tersebut. Sampai buat posting bagai oke. Aku memang suspect orang umno punya kerja oke. Ikhlas aku cakapkan neh.

Sebab aku dah berani cakap jadi aku nak amek inisiatif la untuk selongkar benda neh dalam sedalamnya. Yang aku pelik korang sepatutnya menyokong aku dalam isu neh bukan balon aku. Bayangkan jika akhirnya yang buat tue ialah seorang penyokong pr? Tak ke maksudnya aku kena kerat leher aku tak pasal2?

Jadi y u melatah?

Ahh.. korang belum dibuktikan bersalah tetapi dah menunjukkan ciri2 seperti seorang pesalah?

Itu pelik.

kah kah kah

Sabtu, 7 Julai 2012

Jom sambut PM, boleh dapat kupon dan duit minyak free.


Jom geng. Kita ramai2 p sambut PM. Ada kupon dan duit minyak free taw. Pihak penganjur yang sponsor seme. Best wooooo..

Tapi korang kena bagi no ic dan nama penuh dulu arh sebelum boleh nak claim kupon dan duit minyak percuma oke. Senang sket nak check korang tue penyokong parti apa oke.

kah kah kah

Dah takde penyokong gamaknya. Sebab tue asyik kena sponsor duit untuk cipta, cari dan kumpul penyokong. Sponsor ka apa ka no hal janji tak guna wang pembayar cukai oke. Tapi kan daripada korang sibuk buang masa untuk meraikan PM, baik korang kumpul apa masalah2 yang korang hadap kat kawasan korang, taip elok2 dan serahkan kat PM time tue. Baru best woooooo

kah kah kah

Khamis, 5 Julai 2012

Siapa orang umno yang ugut wanita ini?

Dunno.

Jangan tanya aku sebab aku memang tak kenal. Kalau korang kenal korang leh bagitau aku sapa individu yang dimaksudkan. Gambar neh member facebook yang bagi sebentar tadi. Aku fikir cerita dia betul. Kenapa dia dikasari dan diperlakukan sedemikian? Hanya dia dan orang yang memperlakukan jek yang boleh jawab persoalan kita.

Baca kat bawah neh geng ;



Sapa tahu individu yang dimaksudkan meh lah pakat2 share sini. Nak juga aku tahu siapa dan kenapa dia layan wanita tersebut seperti tue. Takan tiba2 kena sawan nak mengamok plak.

kah kah kah

Rabu, 19 Oktober 2011

Umno neh apa pun tak boleh.

Hari neh aku apa pun tak boleh. Pedap. Aku kena amaran yang keras dari facebook untuk revoke akaun facebook aku buat kali ketiga sebab aku upload gambar budak kena bunuh. Hek eley. Gambar budak kena bunuh pun depa complaint pasal aku? Bodoh ka apa? 

Aku tatau sapa yang complaint tapi aku nak bagitau kepada orang yang complaint. Korang hidup boleh tak jangan jadi sochai dan patchisowai? Korang neh dah mula merapu gaban kalau pasal news pun nak report abuse kat facebook. Bodoh ka apa?

Gambar tue sebagai pengajaran kepada umat islam apabila mereka mengamalkan zina. Itu bukan aib. Aku bukan sebarkan aib bayi tersebut. Apa pula gambar bayi tersebut dikatakan aib? Sapa ada kutuk2 bayi tersebut? Kita nak bagitau kat sini bahawa zina itu merosakkan umat islam. Perlu wujud langkah2 bagi membanteras zina. Kalaupun korang rasa simpati pada bayi yang kena bunuh tue, janganlah report abuse kat gambar aku. Korang report dan complaint pada mak budak tersebut. Mak budak tue yang kelar anak dia. Aku cuma hightlight dari news atas tujuan sebaran betapa bahayanya kesan akibat zina. 

Disebabkan korang aku kena reman 24jam dari facebook. Apa pun aku tak boleh buat sebab ini amaran akhir dari dorang. Ikut pengalaman lepas aku, akaun aku neh mungkin akan direvoke pada bila2 masa. Tunggu aku upload 2,3 kali gambar dan terima report. Bila akaun aku neh kena revoke, semua gambar2 yang pernah aku buat di wall dan pages akan hilang terus. Sebab akaun peribadi aku dah di revoke. So posting2 especially gambar memang akan hilang. Kalau bab paste link tue aku tak pasti tapi yang sebenarnya aku dah pedap. 

Sebelum neh aku dah kena warning banyak kali dari facebook atas gambar2 yang aku upload. Neh seme pasal gambar2 yang menyakitkan ahti penyokong umno. Aku pun banyak kali gak nampak gambar2 yang menyakitkan ahti pr di upload di fb tapi aku tak pernah report kecuali gambar super impose. Even gambar super impose najib pun aku report abuse pasal aku memang tak suka kepada perbuatan tue.

Tapi masalahnya sekarang depa complaint atas gambar2 realiti dan benar. Itu pasal aku heran. Aku bukan sebarkan penipuan ataupun fitnah. Aku cakap benda betul. Kalau ko tak suka ko bidas lah aku kaw2. Yang ko guna jalan belakang mengadu kat facebook buat apa? Sikit2 mengadu macam budak kecik. Dasar lembik nak mampos.

Yang sebetulnya korang kalau tak suka sangat lebih baik berhujah. Kalau taknak hujah lebih baik berambos. Korang pun takan sakit ahti tengok kebenaran yang pahit dalam gambar2 tue kan? Dengan report aku berkali2 di facebook sebenarnya membuktikan korang neh spesis lembik nak mampos. Sudahlah takde idea nak lawan guna jalan belakang report2 pula. 

Bukan aku tak boleh buat account baru. Aku boleh je buat tapi fikirlah semua benda2 yang aku dah simpan dan buat kat account neh. Berapa kali lagi aku nak kena create account fb sampai korang berhenti jadi pengecut? Korang neh memang spesis lembik. Kelembikan korang pondan cam aku pun kalah. Sekian.  
Nota : Kat bawah neh video pasal najib makan makanan rakyat. Aku tak boleh upload dan sebarkan link neh di facebook. Malas aku layan facebook yang bersikap dikriminasi. Dia patut check dan tanya dulu pada pihak yang kena report kenapa mereka direport. Jelas aku telah dianiaya oleh korang2 yang bersikap pengecut dan lembik.




Ameno : Pengecut je suka guna jalan belakang

Khamis, 7 Julai 2011

Hot : Facebook dan Twitter Anwar ibrahim kena HACKED!

Kemaskini ;

Beberapa team hackers dah sound "Sang cracker" yang hack fb dsai. Sebenarnya individu yang hack account fb dsai ialah seorang neutral. Mengikut pengakuan dia sendiri. Dan dia akan hack account fb najib pula selepas neh.

Dipercayai dia hack acc fb dsai melalui alamat email dsai. Kat bawah neh respon hackers yang bengang dengan individu yang hack account fb dsai. Lihat bawah ;



Aku bukan menyokong tindakan hacker yang hack acc dsai neh tapi bagi aku neh perbuatan yang normal. Andai aku seorang hacker sekalipun sudah tentu aku hack acc najib. Siyes. Pasal aku anti dia kan. Usah kata najib, semua acc pemimpin kerajaan rasanya aku nak hack. Tapi yelah.. mungkin dari segi moral aku akan dikutuk sebab menghack acc orang kan. Aku tak dapat nafikan persepsi itu akan ada. 
 
Tak kira lah samada hacker pembangkang atau kerajaan kalau hack acc orang sudah tentu akan marah dan bergaduh. Enhh bergaduh? Motif hacker lovsec ialah takmo bagi orang bergaduh tapi neh.. arhh sudah. Aku takmo campur. Heh.

Aku kalau lambat tidur kan, mesti ada je benda2 yang akan muncul. Tah pape. Cam klue pula aku rasa. Hahaha.. Baru dalam sejam neh account facebook anwar ibrahim kena hacked. Dan aku rasa twitter anwar ibrahim pun kena hacked sekali. Siyes. Lihat bawah neh  ;




Konon nya hacked sebab tak suka politik dan taknak tengok orang melayu bergaduh2? Pelik lah alasan neh. Adakah orang melayu gaduh pasal politik je? Pasal makwe pun ada gak orang melayu bergaduh. Pasal kalah bola pun ada. Pasal merempit pun ada. Pasal meragut pun ada. Pasal membuli pun ada. Pasal makan kfc pun ada. Pendek kata mereka bergaduh atas sebab hak masing2 nak berbuat demikian bukan pasal politik. Politik cuma nampak besar sebab ianya melibatkan sistem pentadbiran negara.

Sedangkan kalau ko masuk dunia artis pun ko akan nampak artis2 melayu sesama melayu pun dok gaduh2 atas sebab tertentu. Jadi politik bukan lah asbab kepada punca pergaduhan dan perpecahan. Ini ialah perkara normal hidup di dunia. Tak mungkin tak bergaduh apa jua bangsa. Payah sungguh kalau nak hidup dalam dunia paranormal. Melainkan semua jadi malaikat yang patuh pada Allah swt. Mungkin boleh. Heh.

Akan update kelak.

Ameno : Balas dendam kot.

Sabtu, 18 Jun 2011

Facebook citrawarna jadi bahan lawak antarabangsa.


While anything is possible, spending US $590,000 on six Facebook apps doesn’t make much campaign sense. So for an app like Citrawana (one of the six) to costs close to US $100,000, this is impossible since the app is pretty straight to the point. The money paid is seriously unjustified. It should cost anywhere between $ 12,000 – $ 15,000 inclusive of two iPads being given away as prizes. These costs would include (to quote directly) – “creative works, concepts and ideas, design, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching of application, system server development and maintenance, and development of database from the contest”.
Based on the minister’s statement, what’s important to note is that the cost does NOT include campaign management, monitoring, Facebook ads, or fan recruitment through Facebook and Google. In most cases, the costs can escalate quite rapidly if a key deliverable is fan count. If there’s a target to acquire one million US fans for the page (this could be a realistic expectation since the client is a Tourism client) where the CPC is US $1.10 (on average) then it might be a good deal. If I were to make a guess, I think it would make sense if $90,000 includes the development of six apps with the remaining money spent on media (buying ads) to propagate and rapidly increase engagement.
What’s shocked me is something different altogether. The agency hasn’t used the basic mechanics involved in Facebook fans acquisition. For instance, a user can play the game without ‘liking’ the page. There’s a micro-leaderboard but no global leaderboard. How would the user be motivated if he doesn’t know where he stands globally? And honestly, it’s extremely difficult to get 50,000 points which will only encourage the users to give up soon.
Also, the developer hasn’t used any ‘virality’ at all in the app. For instance it doesn’t prompt the user to share their score as an update, it doesn’t have an option to ‘challenge’ and invite your friends to join the game etc. There’s a lot that could’ve been done with the app, but it looks like the development agency has missed out on the core features to make the app go viral and hence increase fans and awareness.

Komen di atas neh ialah diberikan oleh seseorang yang pakar dalam bidang neh. Lihat bawah. Ini gambar nya ;



Dia neh ketua bagi KDRS India. KDRS india neh sebuah firma perniagaan yang mana membantu perkara2 yg kaitan dengan facebook page india. So ini memang kepakaran dia. Point penting yang aku translate ke dalam bahasa melayu ;

Dia bagi nilai dalam US, aku rasa dia convert kot. Aku guna nilai rm1.8juta ye. 

1. rm1.8 juta membuat 6 kempen fb tidak masuk akal.

2. Aplikasi permainan citrawarna yang ber kos rm300k adalah tidak sepadan dengan nilai nya kerana games tersebut agak mudah di buat.

3. Pembayaran wang kepada syarikat tersebut utk membina aplikasi ini adalah sangat tidak konsisten dengan nilainya.

4. Apa yang penting, berdasarkan kepada kenyataan menteri itu sendiri, kita lihat bahawa kos tersebut tidak termasuk untuk pengurusan kempen, pemantauan, iklan fb, penambahan fan baru melalui fb ataupun google. Bagi saya jika anda katakan ia bernilai rm273,+++.++ untuk 6 kempen fb adalah lebih masuk akal. Ini termasuk untuk pembangunan 6 aplikasi dan baki selebihnya digunakan untuk pemasaran [membeli iklan] bagi mempopularkan product dan keterlibatan orang ramai.

5. Mekanisme asas dalam fb juga tidak digunakan di mana sesiapa boleh main game tersebut tanpa perlu LIKE page. Sedangkan ini adalah mekanisme asas dalam pengiklanan di fb. Ada leaderboard mikro tetapi tiada leaderboard global.

6. Game yang tidak mesra pengguna. Tiada apa2 hubungan dengan rakan2 fb yang turut sama main game tersebut. Tiada daya penarik. Score yang susah. Tidak boleh kongsi markah di wall masing2. Tidak boleh jemput rakan2 main game. Pendek kata kalau korang tgk sini korang akan faham apa yang aku maksudkan.

Kesimpulan nya? Kerajaan bodoh piang baru sahaja memalukan kita di mata dunia. Artikel asal di petik dari sini.

Ameno : Ng yen yen dah tertekan bila banyak menteri pun boh layan dia.. kah kah kah

[ADS] Promosi P1 disini.

[ADS] Maxis ada aplikasi baru lah untuk BB. Klik sini.

[ADS] Contest ipad2 kat sini.

Jumaat, 17 Jun 2011

Persatuan gay malaysia kebangsaan di facebook.


Di atas ini ialah persatuan gay malaysia. Mereka ada facebook. Selaku gay aku pun taktau ada group special untuk gay. Aku agak kecewa kerana lambat tahu kewujudan group neh. 

kah kah kah

Dalam kotak pemikiran aku ada macam-macam andaian iaitu ;

1. Page neh saja di buat untuk troll orang. Biasanya geng2 provoker memang suka create page2 macam neh especially yang atheis.Siyes. Aku ada account menyamar untuk purak2 kawan dengan atheis neh beb. Dorang memang cukup suka untuk provoke2 orang islam. Ketika berhujah dorang akan tampilkan hujah2 dorang yang pro kristian. Bagi yang taktahu akan fikir puak2 atheis neh pro kristian. 

Padahal dorang cuma nak laga2kan umat islam dan orang kristian. Itu cara dorang provoke. Mula2 aku taktahu. Tapi bila aku berhasil menyiasat menggunakan account fb menyamar aku.. baru aku tahu taktik dorang. Owhh rupanya macam tue. Tapi puak2 atheis yang suka provoke malaysian muslim kat fb neh tak ramai. Pusing2 orang tue juga walaupun berbeza akaun. Dan dorang tue pun dah dapat trace aku sapa. Pasal aku dah lama tak gunakan account tue. Kah kah kah. Padan muka korang. Berlagak pandai sangat. Jangan lupa Allah swt maha pandai. Ilmu korang tue pun datang dari dia.

2. Page neh dicipta oleh orang indonesia. Tujuannya? Nak tengok orang malaysia makin hamun dalam page tue lah kot. 

3. Memang puak2 gay yang buat group tue. Sukar aku nak percaya. Takan dorang bodoh piang nak tunjuk depan2 dorang tue gay? Tapi mungkin juga bila nafsu dah memuncak kan. Biasalah gay kan pengecut nak mengaku gay. Cubalah jadi gay yang berwawasan dan berani macam aku. Slumber je aku mengaku gay kan? Hidup mesti mao berani.

kah kah kah

Selain dari group2 neh, ada group2 gay yang lain gak beb. Cuba tengok bawah ;
  1. Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan
  2. Terengganu Gay Club
  3. Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia
  4. Persatuan Gay Berkumpulan
  5. Persatuan Belia Gay Malaysia
  6. Persatuan Gay Malaysia
  7. Persatuan Gay Melayu
  8. Persatuan Gay Perak
  9. Persatuan Gay Sejati
  10. Persatuan The Gay
  11. Persatuan Gay Berwibawa ILPKL
  12. Persatuan Gay Club (PGC)
  13. Persatuan Gay Serantau
  14. Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia
  15. Persatuan Gay SeMalaysia (PGS)

Hah banyak tak? Dengar citer rilekscrew nak menghapuskan mereka2 neh. Korang leh baca kat sini detail. Kebetulannya pun aku ada masa lapang malam neh. Aku berbesar ahti lah nak melayan gay2 neh malam neh. Hari neh off politik lah yerk.

kah kah kah

Link perbualan gay2 semalaysia disini

[ADS] Adakah anda pengguna blackberry? Lihat sini  ada sesuatu dari maxis untuk anda

[ADS] P1 ada promosi broadband menarik untuk anda. Klik sini

Ameno : Ini betul2 men-GAY-ing kat fb neh. kah kah kah

Iklan Dalam Media Sosial: Kementerian Hanya Belanja RM250,000 Bukan RM1.8 Juta


Kementerian Pelancongan hanya membelanjakan RM250,000 daripada keseluruhan peruntukan RM1.8 juta dalam kempen pelancongannya dalam media sosial bagi kempen pelancongan permulaan melalui medium itu, kata menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
"Kita memulakan kempen itu dengan RM250,000 dan akan ditingkatkan apabila kita bersiap sedia. Jadi ia lebih daripada hanya Facebook.
"RM1.8 juta belum habis lagi. Saya telah mulakan untuk kempen pertama, saya ada enam kempen dan baru satu yang bermula, kita belum habis lagi" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Ng berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Angggota Parlimen Rasah daripada DAP Loke Siew Fook semalam kononnya kementerian itu membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan Lok itu dengan menyatakan bahawa wang itu dibelanjakan oleh syarikat yang mendapat tender itu, Ideal Creations Sdn Bhd, untuk mewujudkan dan mengendalikan dan memantau kempen pelancongan dalam media sosial melalui iklan bagi acara-acara kementerian.

Setelah di asak bertubi-tubi dalam beberapa hari neh ng yen yen akhirnya mula mengeluarkan suara babak-babak penafian. Takpe. Citer neh macam neh. Ketika isu neh baru2 meletup. Aku ada jelajah website tourism malaysia untuk mendapat data pentender yang dapat projek neh. Sebab nyy [ng yen yen shortform] cakap tender neh tender terbuka. Ada 5 syarikat yang terpilih. Dan syarikat yang terpilih untuk tender facebook rm1.8juta ialah impact creations. Bukannya ideal creations. Ke dorang dah tukar nama syarikat pula?? Ke anak syarikat kepada impact creation? Ker aku yang salah baca? Lue fikirlah sendiri.

Kalau di ikutkan kenyataan nyy awal minggu neh dia cakap kementerian pelancongan membelanjakan rm1.8juta untuk pikat golongan belia menerusi rangkaian media social. Korang leh baca sendiri kenyataan dia kat sini.

Dalam kenyataan yang aku bagi link kat atas tue, nyy juga mengakui bahawa rm1.8juta daripada bajet 30juta wang kementerian pelancongan akan digunakan bagi tujuan ini. So disini persepsi masyarakat bahawa kerajaan akan belanjakan rm1.8juta untuk fb adalah perkara yang benar. Bukan emosi + marah semata2. Cumanya dari 1 kempen kini beralih kepada 7 kempen. 7 kempen fb = rm1.8juta. Ianya juga tidak berbaloi. 

Dalam erti kata lain ianya mahal nak mampos. Kementerian bukan nya tak boleh fikir bagi cerdik sikit. Cuma taknak fikir cerdik pasal nak main kroni. Kalau nak, memang boleh fikir cerdik. Upah orang untuk manage senndiri kempen lagi bagus pa. Bila orang tamak fikir duit ja apa2 idea cerdik pun jadi tak cerdik. Itu pasal rakyat marah

RM250,000,00 untuk 1 fb + games bodoh itu sebenarnya juga tidak berbaloi. RM100,000.00 pun tidak berbaloi. Apa yang berbaloi ialah kementerian pelancongan upah developer +  kakitangan untuk jaga dan manage fb kerajaan. Kalau boleh tubuhkan aje unit media sosial kerajaan. Biar semua kementerian bagi tugas kat unit media neh. 

Nak buat contest ke, promote fb kerajaan ke, update twitter ke, war2kan program kerajaan ke, bina game ke, apa ke, semua boleh. Kan lagi bagus bagi peluang pekerjaan kepada orang ramai daripada hanya satu syarikat je yang dapat makan besar tapi hasil yang ditunjukkan sangat sucks?

Betul tak apa yang aku cakapkan neh? Idea free je neh nyy. Kalau nak bagi kredit bagi lah, aku tak kesah dapat duit kerajaan neh.

kah kah kah

Ameno : orang cerdik yang tamak buat keputusan tak cerdik.

[ads] Main game castrol neh kalau teringin nak menang ipad2. klik sini
[ads] P1 ada buat promosi broadband, klik sini untuk baca promosi tersebut.

Selasa, 14 Jun 2011

RM1.8juta : Syarikat ini dibayar untuk jaga facebook citrawarna.

Fack! Patutlah mahal nak mampos. Ingatkan kerajaan dok bayar gaji kakitangan awam sampai mencecah kos rm1.8juta untuk kos operasi update facebook tiga tahun. Itupun semata2 facebook aje weh. Rupanya dorang bagi tender kepada pihak ketiga untuk kendalikan facebook. Kebangangan apakah ini? Adakah aku bukan bermimpi? Untuk main facebook pun menteri bingai nak mampos bayar orang rm1.8juta untuk tiga tahun? Ini memang betul2 celaka nak mampos. Membazir. Buang duit. Haramjadah. Baik ko bagi aku duit tue lagi baguslah woit. Dah lah games pun tah pape2. Bangang!


rm1.8 juta / 36 = 50 ribu sebulan. rm50ribu sebulan untuk kendalikan facebook percuma. Korang rasa berbaloi ke? Aku taktahu lah apa kewajaran nya ketika menteri bingai neh buat tindakan bingai. Aku fikir dia patut sumbang duit tue kat aku sebab kalau dibandingkan dengan fans group citrawarna yang dibayar rm50ribu sebulan dengan fans group yang aku buat tanpa apa2 bayaran terbukti aku menang dari kecekapan. Heh.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. -malaysiakini-



Berbalik kepada syarikat yang dapat tender neh pula terdapat spekulasi bahawa syarikat neh ada kaitan dengan ng yen yen. Tetapi belum lagi ada bukti sahih yang boleh mengheret ng yen yen dalam kancah rasuah + penyelewengan. Ng yen yen ada buat statement bahawa syarikat ini ialah syarikat 100% bumiputera dan tiada kaitan dengan dia. Dan dalam masa yang sama aku try cari tapi tak jumpa lagi website syarikat yang dapat tender neh. Tapi biasalah beb. Taktik2 macam neh aku dah selalu nampak. 

Ko buat syarikat. Tapi ko letak nama orang lain. Then ko apply tender. Then lulus. Then untung sama2. Ceh. Taktik macam neh dah biasa di gunakan oleh menteri2 BN. Tinggal lagi bukti dokumen sukar diperolehi sebab rakyat marhaen bukan nya ada duit berjuta2 nak rasuah sana sini bagi mendedahkan bukti. 

Itu belum lagi masuk orang2 yang tak berani bercakap benar samada kena bayar ataupun di ugut segala bagai. Sebab tue aku cakap selagi mana bn memerintah selagi itulah korupsi berlaku. Cara mana nak hapuskan benda neh hanya dengan hapuskan bn. Pedulikan suara2 sumbang yang mengatakan bahawa kalau PR pegang negara pun sama juga. Itu semua dusta. Yang pasti kalau PR pegang yang rasuah akan lari lintang pukang. Cumanya.. adakah rakyat malaysia benar2 benci rasuah untuk menyokong sebuah perubahan? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : 50k utk kerja sia2. Mak menteri bodoh piang.

Nota : Untuk share di fb gunakan link ini ==>  http://gengblogger.com/v/501105

Isnin, 2 Mei 2011

Tutorial : Facebook colourful.

Aku taktahu apa tujuan aku buat toturial neh. Mula-mula aku rasa kelakar lepas terai benda alah tue. Peh tue aku rasa arhh seronok gak. Boleh terai kat semua tempat. Bukan kat facebook je. Kat google pun boleh. Habis seme jadi color2. Kelakar pula. Tapi seronok sekejap boleh lah. Agak2nya kalau nak kekal bercolorful macam neh baik tobat tak yah main facebook lagi. Sakit mata dowh. Sekejap2 boleh lah. Sekadar rasa seronok-seronok. 

Korang nak tahu aku main apa tadi. Meh aku kasi tunjuk. Aku main benda alah neh. Tengok bawah ;



Arhh sudah. Seme jadi color2. Hehehe. Kaler kuning buat sakit mata aku siot. Selain dari links korang bertukar menjadi warna - warni.. korang nya links juga akan blink-blink. Cara nak main permainan neh mudah je. Pasal apa aku panggil permainan sebab benda neh orang takde kerja macam aku je layan.
Kah Kah Kah..

Mula-mula korang buka facebook korang.

Then copy code kat bawah neh  ;

javascript:i=0;c=["red","green","blue","yellow","magenta","orang e"," pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i % document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("-=[Colorful Facebook, permainan dari AmenoWorld]=-")
Then pergi balik ke facebook korang tue. 

Pergi kat url. Then klik kanan. Peh tue pilih paste and go. Nanti dia keluar satu kotak, tekan je ok. Tengok bawah ;




Then dia jadilah macam paparan di atas. Siap.

Arhh sudah.. nak facebook yang asal balik? Mana aku tahu. Dia takley tukar format balik lah. Seumur hidup lah korang berblink-blink macam tue.. Kah Kah Kah.. 

Takde arhh aku gempak je lebih. Demam kepop aku dah kebah neh. Kalau korang nak facebook yang asal refresh je balik nanti dia hilang arh seme2 tue. Kalau korang memang spesis suka kenakan member2 korang, tutorial neh memang best. Korang leh colorfulkan facebook member korang dan tipu dia cakap fb dia kena virus.. kah kah kah.. tengok dia terkena tak dengan penipuan korang tue.. kah kah kah.. errr jap. Apsal aku ajar korang menipu neh? Takan jangkit virus menipu dari eskay pula? Arhh sudah. Kena cari penawar neh.

Ihsan dari sini

Ameno : Kaler maler..


Khamis, 28 April 2011

Tutorial : Masukkan comment box FB dalam blog anda

Entry special neh untuk sahabat fb yang bertanya. Dah alang-alang dia tanya aku pun terus tulis kat sini. Senang. Boleh share dengan sahabat-sahabat yang ada blog. Mungkin dorang berminat nak buat macam yang aku buat. Aku mula-mula buat neh pun tiru malaysiakini. Hehehe.


Aku rasa ianya menyenangkan orang yang nak komen kat belog aku. Bukan semua suka nak buka2 ruangan komen untuk komen kan. So ini memudahkan bagi mereka yang nak komen cepat.


Mula-mula korang kena masuk sini ;


http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/ <-- klik je sini.


Then nanti dia muncul macam gambar kat bawah neh ;






1. Korang kena masukkkan url entry blog korang. Setiap entry berbeza url.


2. Pilih berapa komen yang dipaparkan. Biasa aku pilih 5 je. Takley panjang2 sangat. Nanti sampai ke bawah jadi panjang pula entry aku karang. Kalau mereka nak baca komen lain2, mereka akan klik sendiri untuk view semua komen lah.


3. Yang neh lebar. Aku biasa pilih 400. Tapi standard fb tetapkan 500. Suka ahti korang nak pilih apa pun.


4. Yang neh ikut suka ahti masing2 lah. Aku pilih light aje. Dia ada dua option light @ dark.


5. Then click code. Tunggu box akan keluar. Macam bawah neh ;






6. Copy benda tue.


7. Pergi ke entry blog korang ataupun dashboard - edit post - edit


8. Dah pilih edit kan?


9. Then pilih edit html ;






10. Pergi kat akhir post macam kat bawah neh ;






11. Then paste.


12. Klik publish post. Settle.


Nanti jadilah macam yang aku biasa buat tue. Hehehe..


Senang kan? Ingat ya point penting ;


1. Setiap satu entry mempunyai url berbeza, so kena buat ulang2 lah untuk entry yang berbeza.


2. Hanya letak kat bawah post je. Jangan letak atas. Aku tak pernah buat pula. Taktahu jadi ke tidak. Hehehe


Ameno : Lagi 2 tutorial aku nak buat sebelum bahan umno neh. Hehehe

Ahad, 24 April 2011

Betul ke ada orang boleh view profile kita?

Perasan tak semenjak dua menjak profile facebook kita ditagged dengan event macam kat bawah neh ;


Kononnya kita boleh tahu sapa yang jenguk profile kita. Malahan kita juga boleh kesan sapa yang paling yang blocked kita dari profile mereka. Betul ke benda alah neh? Sebenarnya tak betul. Ini adalah SPAM. Facebook menjelaskan bahawa ;

1. tiada aplikasi yang boleh buat kita tahu sapa yang view profile kita

2. tiada aplikasi yang boleh buat kita tahu sapa yang blocked kita.

Kat bawah neh kenyataan dari facebook faq yang aku petik ;


Kalau nak tahu benda neh asyik gangu kita berkali2 kalau kita tak layan @ ingore untuk buat benda neh. So apa yang perlu korang buat ialah report aplikasi neh. Selagi korang tak remove, report dan block sekali itulah benda neh akan SPAM facebook korang tanpa henti. Kalau korang tak join @ ingore pun dia masih gangu. Kalau korang fikir, arhh takpelah aku klik yes je lah benda neh akan berhenti maka korang silap. 

Korang pula akan menjadi SPAMMER dan mengangu kehidupan orang lain tak pasal2 dan mungkin jadi bahan orang untuk maki korang. So cara  terbaik remove, report dan BLOCK. Kalau tak ia akan mengangu. Satu hari dekat berpuluh2 benda neh muncul kat notification aku. Nasib baik notifation dah tak macam dulu. Kalau tak lagi pening nak layan.



Ameno : Aku baru lepas remove event. Tapi aplikasi yang nak direport tue baru nak dicari, untuk diblocked terus dari fb aku. Semak je weh.

Entry segera : Page kutuk cina babi di facebook pula!

Kalau hari tue ada page yang kutuk orang melayu di sini dan sini.. Kini muncul pula page yang kutuk orang cina. Tujuan mereka buat page tue sampai sekarang aku tak faham. Dan aku memang malas nak faham. Apa yang aku tahu page neh hanya akan memupuk semangat kebencian sesama kita. Lihat bawah ;


Arhh sudah. Ko nak bawa semangat kebencian ko kepada orang cina dihadapan public pula. Tapi yang heran tue dia dok kaitkan dengan page bawah neh ;


Untuk rekod page kbsb = kami benci saiful bukhari takde kena mengena dengan orang yang create page di atas neh. Apa aim dia dok heret jenama kbsb aku pun taktahu tapi aku takan lepaskan dia kerana membabitkan aku dan seluruh admins kbsb tak pasal2.

Aku takut orang ingat aku yang create page tue. Aku cuma benci perlakuan fitnah saiful dan bukan saiful apatah lagi orang cina. Mangkok pecah manalah yang buat page bodoh neh. Woitt jom kita kasi report ramai2. 

Untuk report klik sini

Cari pendapatan online perlu tahu caranya. Baca sini.

Ameno : Aku rasa neh antara entry ekpress aku neh.. heheheh

Rabu, 20 April 2011

Hot : Selamat tinggal facebook.

Assalamualaikum pada pemilik blog Ameno World..Tujuan saya mengirim
emel ini adalah untuk meminta pandangan saudara berkenaan saya tidak
dapat mengakses laman-laman sosial di internet tetapi dapat mengakses
laman lain pada hari ini..Saya pelik kerana saya dapat mengakses
facebook menggunakan proxy website tetapi tidak dapat mengakses secara
terus..Kebelakangan ini saya memang aktif dalam memberikan komen dan
pandangan di facebook di page anti kerajaan dan sebagainya. Adakah
kemungkinan disebabkan itu perkara ini berlaku pada saya??saya
menggunakan broadband celcom dan 2 3 hari lepas saya dihubungi oleh
pusat celcom ingin membuat survey berkenaan penggunaan internet dan
katanya maklumat saya tidak akan didedahkan..dia tidak meminta no.ic
atau alamat penuh..sekadar bertanyakan negeri,bandar,mukim dan kampung
selain soalan isi rumah dan bilangan pengguna internet di rumah. Saya
dapat mengakses melalui handset tetapi tidak dapat komen di page
selain hanya wall saya sendiri sahaja..saya melihat hari ini di page
Rosmah Mansur:sila minta maaf pada umat islam berkenaan berkenaan
laman sosial kerajaan malaysia yang saya boleh akses iaitu
rilek.net..twitter saya masih boleh akses tetapi saya tida akaun
twitter...saya kemukakan bukti di attachment..selain itu seperti yang
diheboh-hebohkan iaitu emel 1malaysia akan digunakan sepenuhnya tidak
lama lagi..saya bimbang rakyat malaysia tidak akan dapat akan dapat
mengakses semua emel yahoo,google atau hotmail atau mana-mana laman
sosial lagi selepas ini seperti yang saya alami ini..mungkin dibuat
berperingkat sbb itulah masih ramai yang boleh akses facebook..mohon
jika perkara ini penting dibuka perbincangan di blog saudara...kiranya
boleh laporkan pada facebook berkenaan rilek.net yang meniru facebook
supaya menyaman kerajaan malaysia...saya kira saya tidak dapat
mengakses facebook lagi selepas ini...saya amat marah akan keadaan ini
dan sampai mati saya tidak akan mengundi kerajaan BN yang bangsat
ini!!

Ini adalah kiriman email yang aku terima. Dan di bawah ini adalah attachment yang dia cakapkan tue ;




Aku tak dapat nak siasat kesahihan cerita dia sebab ini adalah kes yang pertama dan aku pula tak berani nak buka laman web rilek.net tue. Silap2 ia virus untuk blocking kita dari access fb arh sudah mampos aku kang.

Namun aku buka topic neh untuk perbincangan dan pandangan umum. Lagipun itulah harapan pengirim email neh. Kalau ada apa2 yang korang rasa leh share sini, share lah. Mungkin ada cara / tips nak atasi masalah penulis email neh.

Ameno : Dulu aku guna broadband aku takley buka website topengperakunmasked, mmg celcom sekat access ke blog tersebut. Tapi kalau sungguh broadband celcom sekat access ke facebook secara berperingkat dan dibuat secara sembunyi2 mmg tak mustahil tapi takan lama. Orang akan perasan gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...