Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Jun 2011

Hot : Harian metro kejar gadis hilang dara..

Gadis Melayu ini BANGGA hilang dara
Sabtu, 4 Jun 2011

[HM] KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.

Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.

Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.

Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal.



Benda neh aku dapat kat facebook. Aku saja nak menyibuk sket. Aku dah mencari kat HM online pasal berita neh tapi tak jumpa. Maybe benda neh berita bertulis kot. So aku tak pasti lah. Pandangan aku pasal gadis neh aku dah tulis kat sini. Lantaklah korang nak cakap aku bela gadis neh ke apa ke aku no hal. Aku malas nak elobrate panjang2 pasal gadis neh pasal aku dah pernah ulas, Boleh rujuk je kat link tadi.

Cuma nya aku nak mengumpat sket pasal harian metro neh. Heheheh.. tak sangka aku. Dorang begitu eager kejar bahan pasal issue neh. Pergghh.. andai benar lah harian metro ada siarkan gambar gadis [seperti gambar di atas ] neh dalam paper dia, memang nampak sangat HM takde issue.

Bagi aku, pengakuan gadis neh bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan. Apatah lagi mungkin dia main2 je. Dan lagi satu dia tak bangga lah.. dia hilang dara. Dia cuma cakap..  tak perlulah nak terasa bohsia kalau dipanggil bohsia sebab ko bukan nya bohsia.. dan memang betul dia dah pernah main.. so what? Itu bukan bangga. Itu banggang. Baru betul. Bila dilihat usia nya masih muda dan mentah.. iaitu 14 tahun, kita patut bimbing dia. Bukan balun. Kalau nak balun pun.. balun lah ikut situasi. 

Ini tidak dok membalun budak2 mentah macam neh. Lagi lah dia akan fikir masyarakat suka menghukum dia. Suka menilai dia. Disinilah kesilapan masyarakat malaysia. Sebab tue bila orang mengandung luar nikah.. dorang jadi takut2. Buang anak sana sini.  Buang bayi sana sini. Campak macam campak baju. Pasal wujud masyarakat especially masyarakat melayu yang suka menghukum. Ikut laws islam.. kita tak hukum. Tapi kita bimbing. Kita tarik dia. Kita asuh dan didik dia.

Aku boleh cakap budak neh mesti tertekan. Aku pun takde cara nak contact dia. Tapi kalau dia baca neh.. dia boleh contact aku. Email je aku kat sini orderonline2010@gmail.com. Walau satu dunia sisihkan ko, aku takan sisihkan ko dik. Meh lah contact2 aku. Tak payah nak runsing2 isu dia ada dara ke takde dara ke. Anggaplah kesalahan dia neh pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Kalau budak2 usia 14 tahun pun dah takde dara.. sekarang so macam mana situasi di malaysia kelak? Apa langkah2 yang boleh kita buat untuk atasi benda neh? Itu patut focus dan highlight kita. Bukan kat budak neh. Sudah2 lah tue blame dia. Dia pun bukan orang lain. Sedara kita gak. Seislam kan? So.. apa lagi. Kasi bimbing lah. Kata masyarakat penyayang.. buktikanlah. Habis citer.

Share this

0 Comment to " Hot : Harian metro kejar gadis hilang dara.. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...