Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Mei 2011

Tarif elektrik naik setiap 6 bulan.



Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. 
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam. 
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016. 
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos. 
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan. 
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.


Kah kah kah


Naik setiap 6 bulan? Apa? Naik setiap 6 bulannn...??


kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


PADAN MUKA KITA SEMUA.. kah kah kah..


Sebenarnya nak membangkang pun kena ada ilmu. Tak boleh juga main taboh.. hehehe.. dah alang2 kerajaan pandai mengarut.. kerajaan kena buktikan apa yang dorang mengarutkan itu berdasarkan kepada fakta sebenar.


1. Apa harga sebenar bahan api? 


Rakyat perlu tahu apa harga sebenar bahan api. Dedahkan dokumen kalau berani. Jangan dok pandai potpet cakap bekalan mahal selagi tidak terbukti kerajaan beli dengan harga yang mahal. Sesiapa pun boleh mengaku beli itu ini dengan harga mahal tapi bukti takdak tak guna juga. Kerajaan dari dulu kalau bab2 pembayaran satusen pun taknak dedahkan kat kita. Mungkin kalau dedahkan mereka bakal kantoi. Macam isu apco lah. Benda neh dah biasa. Sampaikan rakyat malaysia nak cakap apa pun taktahu..


2. Gas asli datang dari mana?


Kerajaan beli gas asli tue dari mana? Cuba elobrate benda neh untuk aku fahamkan dulu betul2. Bukan ke kerajaan ada gas asli sendiri? Kalau ya kenapa nak menyamakan pengguna malaysia = pengguna antarabangsa = pembeli? Ko kan kerajaan, aku kan rakyat, salah ke ko bekal asal lepas keuntungan ko.. perlu ke ikut harga pasaran global? Kalau salah betulkan aku beb. 


3. FCTP = segala kos adalah tanggungan pengguna.


Nampak tak benda tue? Maknanya segala perubahan harga bahan bakar di pasaran global yang akan berlaku kelak akan ditanggung oleh pengguna malaysia. Bila naik for sure harga akan naik. Bila turun, for sure sampai mampos tiada tarif elektrik yang akan turun.


Sebenarnya bagi aku tiada masalah lah kalau kerajaan nak lambakkan rakyat dengan segala macam beban. Memang itu kepakaran barisan nasional. At least kasi lah reason dan fakta yang menyokong tindakan mereka neh terlebih dahulu. Bukan dok melalut harga bahan api mahal dan segala bagai. Bagi dokumen. Aku nak tengok sebab perlukan kepastian bahawa tnb rugi kalau tariff elektrik kekal di takuk lama. Setahu yang aku sedar dalam berita ekonomi yang aku baca 2 bulan lepas, tnb raih keuntungan berjuta2. So kalau dah raih keuntungan dari mana pula perkataan kerugian itu timbul?


Macam mana pula dengan IPP? Ramai rakyat malaysia tak tahu pun IPP tue apa. Sadis. Tapi kesian juga kadangkala. Maybe dorang belum ada minat nak ambil tahu pentadbiran negara kan. Meh sini aku elobratekan ringkas apa itu IPP ;


IPP = penjana kuasa bebas.


IPP = dikendalikan oleh pihak swasta.


IPP = dikendali oleh kroni besar barisan nasional seperti YTL dan lain2.


IPP = salah seorang pemilik kasino di pahang juga mendapat projek ipp neh.


Apa tugas utama IPP neh?


IPP = membekalkan kuasa tambahan.


Kenapa nak bekalkan kuasa tambahan? Kan ada TNB..?


Ya ada, tetapi untuk menampung situasi seperti breakdown, sistem tergendala, pemasangan / upgrading kabel/sistem/penyelenggaraan oleh TNB.. bila itu berlaku maka IPP akan amek alih tugas untuk bekal tenaga kepada pengguna.


Kenapa tidak TNB je handdle benda neh? Kenapa tidak TNB je cipta satu syarikat pro kerajaan [GLC] untuk bekalkan tenaga tambahan neh?


Semua jawapan neh ada dalam kocek kerajaan dan TNB. Mereka kena jawab sendiri. Aku punya jawapan senang je, iaitu nak salur keuntungan kepada kroni.


Adakah kita sering menggunakan tenaga tambahan dari IPP neh? 


Kurang pasti. Tetapi kalau guna pun mungkin dalam 5%-15% je. Tetapi di malaysia kita sudah ada 47% tenaga tambahan. Kalau 47-15 = 32% tenaga tambahan yang tidak digunakan setiap tahun.


Owhh okey.. so kena bayar ke kalau kita tak guna? 


Ya. kena bayar walau tak guna. Sapa bayar? TNB bayar.. guna duit kita. 


Adakah subsidi kepada ipp adalah SAMA maksud kepada bayaran tnb kepada IPP ? 


TIDAK SAMA. SUBSIDI IPP = cukai yang dikecualikan oleh kerajaan. PEMBAYARAN kepada IPP = keluar dari poket aku, ko dan kita semua.


Apa bukti IPP neh kroni kerajaan?


Tiada bukti, tetapi apa kata suruh kerajaan dedahkan perjanjian tnb dengan ipp kepada umum di parlimen?Perkara neh telah didesak selama bertahun2. 


Kesimpulan nya IPP = rakyat membayar kepada perkara yang tidak digunakan dan kerajaan melindungi mereka. Jika kerajaan sayangkan kroni kerana kroni bekalkan mereka wang bukan kah kerajaan patut lebih sayangkan rakyat kerana rakyat juga bekalkan kerajaan wang? Malah lebih banyak kerana rakyat ialah majoriti manakala kroni ialah minoriti. 


Ameno : Hidup dengan bn umpama macam tak boleh hidup.

Share this

0 Comment to " Tarif elektrik naik setiap 6 bulan. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...