Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Jun 2011

Tutorial : Tingkatkan page rank [Tips SEO]

Rehat sat.. kali neh aku nak ajar korang pasal teknik menaikkan page rank. Aku dah tahu menda neh dah lama gak [lebih kurang 3 minggu] cuma malas betul nak tulis. Adoii bila tak tulis kang aku rasa rugi pula.. so better aku note kan apa yang aku tahu mana lah tahu kot2 ada yang lagi pakar ke baca entry neh dan leh share2 sket ilmu SEO dia tue.

Hasil pembacaan aku dalam beberapa belogs [makna nya banyak blog lah tue yerk] aku dapati cuma ada tiga teknik penting je untuk menaikkan page rank korang. Punyalah banyak tipsi yang aku baca.. banyak belog aku jelajah.. cuma tiga teknik je neh yang betul2 berkesan untuk menaikkan page rank korang.

Page rank tue apa? 

Whoo.. taktahu yerk? Page rank = ranking blog anda. Ranking dibaca dari nilai 0 - 10. 0 = belum ada ranking. 1-10 sudah ada kedudukan yang mana 1 paling rendah, 10 paling tinggi.

Penting ke PR neh?

Neh satu lagi aku confuse. Ada cakap penting. Ada gak yang cakap tak penting. Tapi hasil analisa aku, PR neh memang penting. Blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi akan naik terlebih dulu di muka depan google setiap kali pengesearch [ayat apa neh weh?] type keyword yang mana keyword tue juga ada pada entry korang. Faham tak? Contohnya macam neh ;

Keyword : Najib botakchin

Blog 1 : PR 3 : Tajuk entry : Najib itu botak : Isi kandungan mantap.

Blog 2 : PR 6 : Tajuk entry : Najib, kenapa ko botak? : Isi kandungan biasa2.

Google akan indeks blog no dua tue terlebih dahulu sebab PR dia lagi tinggi dari blog 1. 

Apa? Tak adil? Nasiblah.. sapa suruh abaikan SEO ketika penulisan kan.. so kena tanggunglah. Kalau korang memang jenis tak kesah takpelah.. tapi bila search engine [google] detect entry korang di page pertama.. maka automatik ==> dapat traffic. Betul? Suka tak? Kalau suka kenalah rajin mahirkan diri bab2 SEO neh

Okey berbalik kepada tajuk asal entry neh.. aku bagitau korang tiga langkah utama untuk naikkan PR masing2.. aku pun tengah buat sebenarnya.. cuma tak menggunakan teknik neh secara menyeluruh lah..

1. Linkkan blog yang ada PR @ traffic tinggi. 

Maksudnya kat sini.. satu2 blog tue kalau korang tahu dia ada pr yang tinggi korang leh linkkan belog dia dalam belog korang. Tapi belog yang tiada pr yang tinggi tetapi ada traffic tinggi pun korang leh link gak juga. Apa benefits nya belog traffic tinggi nak masuk ke dalam belog korang neh weh? Menyemak je.. hehehe.. nanti dulu. Sabar dulu. Belog traffic tinggi = belog orang mesti baca.. betul? Bila orang selalu baca makna nya orang mesti selalu komen pasal belog tue. Bila orang selalu komen pasal blog tue.. nanti mereka akan search blog tue di google. So ini lah time nya bila dorang search blog tue dengan belog2 korang sekali keluar.. sebab ada link dengan blog tersebut.

Dari pembacaan aku juga.. blog traffic tinggi boleh menaikkan PR juga. Cuma PR neh dia update 3,4 bulan sekali. So kena sabar lah sket. PR naik = alexa naik. Alexa naik = PR belum tentu naik. Kena faham tue.
2. Buat backlink.

Benda neh aku paling malas buat. Backlink neh ialah korang soh member2 korang letakkan link blog korang kat dalam ENTRY belog dia. Boleh letak dalam macam2 cara. Samada dia letakkan ataupun korang manually letakkan. Kalau korang buat cara manual.. ialah cara korang mengkomen. Ko pergi sana sini komen2 then tinggalkan link blog ko kat belog orang. Ini pun boleh naikkan PR blog ko. Ada setengah blog mmg tak bagi ko letak link tp aku bagi. Lantak korang lah asal jangan buat benda yang aku benci sudey.. iaitu mencaci keluarga aku. Yang lain.. lantak2. Aku no hal. Aku biasa dah kena maki pun. 

Salah satu contoh backlink ialah contest. Kalau korang perasan ada contest2 yg mana pembelog [ayat apa neh weh?] akan letak url orang yang buat contest tue kan.. hah tue juga lah salah satu contoh backlink. Aplikasikan yang mana satu korang suka + orang suka. Jangan aplikasikan di tempat korang suka + tapi orang lain tak suka = gaduh pula kang.

3. Teknik mesra SEO. 

Yang neh kat mana aku cedok tah. Aku copy paste letak dalam note. Peh tue dah lama2 aku lupa nama belog tue. Sorry la. Kepada sesiapa pun anda aku ucapkan thanks. Keberkesanan benda neh belum terbukti bagi belog aku sebab aku baru buat dalam 3 minggu neh kot. Benda neh makan masa macam aku cakapkan. Tapi tak rugi cuba. Buatlah kalau rajin.

Teknik SEO neh ada macam2 cara. Kali neh aku share kan dua sekali. Hopefully korang faham lah. Kalau tak faham tanya je. 

Mula2 pergi ke dashboard -> design -> edit html -> expand widget -> Cari perkataan kat bawah neh ;
 
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>

Apa? Takde? copy + paste sendiri.
Apa? Ada.. tapi incomplete? Jadi complete kan mana2 yang tak complete.

Bersama2 benda di atas tue, korang kena copy benda neh gak ;

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>

Kalau takde, kasi ada kan. Kalau dah ada, bagus. Biar je benda neh kat situ. Tengok gambar ;



Kat situ ruangan / tempat yang sesuai untuk korang paste. Asalkan sebelum <head/> <-- ditutup. Aku prefer letak atas2. Mudah bagi aku.


Kedua2 benda neh akan membuatkan PR korang meningkat meskipun makan masa. Sabar je ye. Tujuan dia ialah search bot apabila melakukan bacaan ke dalam belog korang.. dia akan mengorek semua sekali perkataan yang terdapat dalam belog korang untuk di padankan dengan keyword = word yang orang search through google.

Okey faham tak? Tak faham tanya ye.. jangan pandai2 buat. Kang rosak segala bagai template belog korang kang naya. Apa2 hal kalau ragu2 dan was2 save dulu template korang sebelum dok ubah itu ini.

Ya, ya aku pun baru buat semua teknik2 neh. Ranking alexa memang aku naik. Dulu beribu kini beratus. Last aku check 9ratus lebih. Terkini taktahu berapa. Tapi ranking alexa neh boleh turun naik. Bergantung kepada traffic dan jumlah update blog. Semakin lambat, kurang, perlahan korang update belog maka semakin susut lah ranking korang. Kalau korang update hari2, insya-Allah ranking alexa naik atau tetap. Tapi PR korang pula stabil. Dont worry. Kalau korang dah dapat PR tiga, maka kekalkan PR tiga sampai bila2 meskipun korang jarang2 update belog macam dulu. Tapi PR aku masih 0. Aku baru nak belajar main2 teknik SEO neh. Jadi aku perlukan banyak ilmu untuk naikkan PR. Ranking PR juga bergantung kepada usia blog. Kalau agak2 belog baru 8 bulan macam aku toksah mimpi lah nak PR tinggi2. 1-2 tue dah mencapai tahap kemajuan lah beb. Tapi aku punya 0 lagi neh apsal hah? Hahaha..

Untuk pengetahuan korang PR = alexa = traffic = SEO semua neh saling kaitan. Nak elobrate macam mana yerk.. lebih kurang macam part telefon. Untuk membentuk telefon korang kena ada part2 kecil kan? Baru leh jadi telefon kan? Lebih kurang gitulah.. kalau korang memang serius berblog korang leh amek tahu benda neh.. ada gak yang jual info2 mcm neh padahal boleh dapat percuma je. Korang takyah lah buang masa beli2 benda neh [sorry e-bookers'] sebab aku akan tulis seme benda neh percuma je kat sini. Hahahaa..

Apa yang aku tahu, kita aplikasi sama2 then in the end of the day leh sama2 share testimoni.. ye tak? Okeylah sebelum aku nak tamatkan bebelan aku korang ce rajin klik sini.. ===> Vote me

Last info : keyword harus di eja dengan betul. Misal kata korang tengah mengumpat najib.. so tuliskan nama najib as najib. Jangan pandai2 tulis jibby lah tuya lah segala bagai.. sebab orang2 yg cari info pasal najib takan tiba2 nak eja nama najib seperti jibby ke apa ke kan? Yang lain nak melalut lantak lah.. tapi keyword = kata kunci = tajuk entry = benda yg jadi topik penulisan = ejaan kena betul.

Ameno : arhhh penat bhaiiii.....

Share this

0 Comment to " Tutorial : Tingkatkan page rank [Tips SEO] "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...