Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesir. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2013

Tentera Mesir Bakar Kanak2 Sedang Tidur.

Boleh nampak betapa gila nya cara dorang berfikir. Ada ke nak suraikan perhimpunan dengan bakar kanak2 dan bakar hospital?

Yang aku heran. Menteri2 Mesir boleh menpertahankan tindakan gila dorang dengan bagi alasan bahawa inilah yang terbaik dilakukan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan lebih dari sebulan..

Gila nak mampos.

Ada ke bakar orang dalam khemah ialah penyelesaian terbaik? Bakar kanak2? Bakar hospital? Musnahkan klinik mini dan pusat penyimpanan makanan?

Dari apa yang aku fahamkan.

Kalau khemah terbakar mesti boleh lari betul tak? Nama pun khemah kan? Aku syak depa bakar khemah yang menempatkan mangsa2 kecederaan yang tak mampu lari disebabkan sakit atau tertidur kesan dari ubat.

So boleh nampak betapa kejamnya tentera di bawah pimpinan Fatah Al Sisi neh. Yang aku pelik. Ada gak rakyat di negara neh pro Fattah..

Gile apa sokong keganasan?

Baca berita kat bawah neh ;

Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.

Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik  dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.

Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.

Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan  jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1,000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.

Ikhwanonline memetik kenyataan  hospital Rab’ah melaporkan bahawa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2,200 syahid dan puluhan ribu luka luka.

Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.

Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.

Ahad, 15 Julai 2012

Kisah sebenar pelajar meninggal yang difitnah papa gomo.

Apa lah nak jadi dengan bloggers umno. Tak cukup fitnah orang yang masih hidup, orang yang dah meninggal pun depa kacau. Rujuk sini.

What the fool!

Cuba lah belajar jadi orang yang bertimbang rasa kot ye pun menyampah kat pr jangan lah main sembrono jek nak mengait itu neh dengan pr semata2 nak tunjukkan kepada pembaca blog korang yang kekonon pr tue jahat nak mampos.

Bukan begitu caranya beb. Cara nak tunjukkan kepada pembaca bahawa pr tue jahat mudah aje beb. Syarat pertama ialah pemimpin pr yang ingin diperkatakan mestilah pemimpin yang jahat. Kalau gagal menemukan pemimpin pr yang jahat maka toksah lah fitnah. 

Contohi aku. Rileks jek dalam penulisan. Sebab apa? Sebab umno dan bn telah memenuhi syarat yang pertama beb. Maka syarat seterusnya menjadi lebih mudah dan senang untuk di ikuti. Oke?

kah kah kah

Mengenai kisah mahasiswa mesir yang meninggal tue pula. Baru2 neh bloggers umno sebarkan bahawa ia menjadi kesalahan pas atas apa yang berlaku ke atas mahasiswa tersebut. Terdesak gile takde benda nak salahkan pas sampai reka citer bodoh. Kot ye pun takde simpati pada keluarga si mati tak perlu lah fitnah mangkaq. 

Dah larh dia dah meninggal. Kalau masih hidup boleh juga nak menjawab. Ini tidak dia dah takde. Lepas tue komen2 celakanakmampos kutuk2 arwah. Petaksub2 umno cakap ;

Mahasiswa berjihad dijamin syurga nik aziz <-- Kepala babi kaw.

Kecik2 mak bapak bela, hantar pergi mesir kerajaan tanggung, lepas tue menentang kerajaan bersama pas. Anak tak sedar di untung <-- Kepala babi kaw.

Rileks. Aku kasar pada mereka yang biadap. Aku takde tolenrasi dengan manusia seperti itu. Bukan aku tak pernah cuba tapi orang biadap neh kalau ko tolenrasi dengan dorang, dorang lagi besar kepala. Agak2lah woii mahasiswa tue dah meninggal. Kalau kedekut Alfatihah diam2 sudah lah. Sapa nak hadap sangat alfatihah dari mulut2 longkang cam korang?

Puiiii

Kalau taknak tahu citer sebenar takpe. Kalau tatau citer sebenar pun takpe. Tapi jangan sampai fitnah orang yang dah tiada. Apa sebab mahasiswa tue meninggal? Baca sini penjelasan penuh. Baca kalau nak tahu kebenaran. Jangan baca kalau rasa fitnah tue mendatangkan kebaikan buat korang. Khusus untuk orang2 umno. Pasal aku neh terover2 sayang kat korang. Aku takmo masuk syurga sorang2. Aku nak ajak korang sekali. Faham tak?

kah kah kah

Sabtu, 7 Julai 2012

Betul ke Harian Metro Sindir Dr.Mursi?


Sebelum mahgrib aku ada nampak ramai orang sibuk2 cakap pasal kartun di atas. Depa cakap kartun neh biadap, kurang ajar, menghina dan blablabla.. oke. Aku perhatikan gak kartun neh. Lama aku teliti. Aku tengok atas bawah kiri kanan depan.. belakang takley sebab takley pegang dan bukan 3d kan. 

kah kah kah

Dan setelah melihat2 kartun neh tah macam mana tah aku berfikir.. apa benda yang menghina nye? Sindir tang mana? Dorang cakap piramid tue lambang kejahatan firaun. Meletakkan dr mursi kepada piramid bererti menyamakan dr mursi = ikhwanul muslimin = firaun.

Itu pandangan mereka. Pandangan pelukis kartun aku tatau. Niat pelukis kartun pun aku tatau. Tapi pandangan aku ketika melihat kartun neh ialah aku tak nampak apa2 perkara seperti menghina dr mursi. Kenapa? Aku ada pandangan yang tersendiri kat sini. Meh aku sharekan apa pandangan aku ;

1. Bila aku melihat piramid, perkara pertama yang aku fikir mengenainya ialah mesir. Walaupun piramid juga ada di negara2 lain. Tapi di mesir lebih popular sebab mereka memiliki piramid terbesar dan tertinggi dan antara salah satu bangunan yang di anggap keajaiban dunia. 

2. Aku memang bercita2 nak melawat mesir semata2 nak menghayati seni bina piramid dan pelbagai bangunan2 lama yang besar2 yang pernah dibina pada ketika itu. Kalau tengok discovery channel memang macam tak percaya ia dibina menggunakan tangan dan peralatan2 ringkas. [Maaf, lupa nama tools]. Dan bahkan aku juga kagum bagaimana firaun menggunakan kecerdikkan dia untuk memanipulasikan rakyat pada ketika itu.

3. Para pengkaji sejarah juga melakukan kajian bertahun2 sehingga kini sampai terkeluar pelbagai teori dan penaakulan bagaimanakah piramid dihasilkan pada ketika itu. Ini bererti piramid sememangnya antara karya agung dalam bidang senibina.

Ini juga satu persoalan bagi aku. Bila tengok dokumentari mengenai ia memang terserlah setiap satu batu2 neh bukan sahaja mempunyai ukuran yang tepat, bahkan susunan dia juga dianggap mustahil pada zaman itu sebenarnya tanpa sebarang bantuan teknologi. 

Ini perkara yang terawal aku ingat bila fikir pasal piramid. Aku tak terus fikirkan pasal firaun. Aku tak terus fikirkan firaun telah menghamba-abdikan rakyat pada zaman itu untuk membina piramid. 

Aku tak terus terfikir juga bahawa piramid ialah tempat di mana firaun bersemadi. Bahkan ada sesetengah piramid di anggap tugu bagi firaun2 tertentu. Bagi memanjangkan sejarah dari satu generasi kepada generasi yang lain bahawa raja2 tersebut ialah raja2 yang pernah tadbir negara mereka.

Tapi bila ada orang cakap piramid tue ada kaitan dengan firaun dan tiba2 aku fikir owhh ye tak ye juga ek. Sebab firaun lah piramid tue dibina. Dan ramai orang telah mati ketika piramid dibina.

Jadi kat sini piramid bukan sahaja boleh dianggap sebagai antara artifak sejarah yang agung, bahkan ia juga boleh di anggap sebagai lambang kezaliman firaun. Terserah bagaimana mata kita memandang dan bagaimana pula akal kita menafsirkan ia. 

Pada sudut kemanusiaan dan pada zaman itu dan sekarang piramid memang wajar di anggap sebagai bukti kekejaman penguasa ke atas rakyatnya.  Memaksa rakyat menjadi hamba abdi, untuk membina satu2 bangunan bagi menaikkan imej sendiri sememangnya satu perbuatan yang sangat keji.

Pada sudut sejarah di zaman sekarang, kita belajar banyak perkara mengenai piramid. Yang buruk dan yang baik. Antara yang buruk ialah mengenai kekejaman firaun, antara yang baik ialah mengenai bagaimana hujah Alquran dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid. 

Tetapi belum tentu sudut pandang generasi sekarang mengenai sejarah piramid sama seperti sudut pandang generasi dulu bila mereka bercakap mengenai piramid. Mungkin selepas kejatuhan firaun, mungkin selepas islam itu hadir, mereka menganggap piramid itu satu ikon kezaliman. Tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka dan Allah swt.

Begitu juga pada sudut sains dan teknologi. Zaman dulu dan zaman sekarang. Piramid memang antara senibina yang wajar dikagumi. Bahkan ada banyak benda ahli akedemik belajar darinya. Sehingga menghasilkan pelbagai teknologi hanya berdasarkan kepada kewujudan piramid itu sahaja. Piramid memang antara lambang kemegahan mesir dan kebanggaan rakyat itu sendiri dulu dan sekarang meskipun di dalamnya terselit kejahatan firaun [sang penguasa].

Cara kita pandang satu2 perkara ialah berdasarkan kepada zaman di mana kita hidup. Berdasarkan kepada apa yang kita tahu mengenainya. Berdasarkan kepada apa yang kita mahu percaya. 

Bagi aku kartun di atas telah meletakkan mursi = sebagai salah satu antara benda ajaib yang berlaku di mesir. Sama seperti piramid di mata aku. Dan bagi aku lambang bulan dan bintang berada di puncak piramid = sebagai petunjuk bahawa mesir akan menegakkan islam di bawah pengaruh ikhwanul muslimin. Sama seperti jatuhnya firaun ditangan Musa a.s.

Piramid memang di anggap sebagai salah satu lambang terkemuka di dunia. Sama seperti firaun. Tetapi piramid lebih kepada lambang keagungan senibina rakyat mesir bukan seperti firaun yang di anggap sebagai lambang kezaliman. Dan seperti itulah mata aku mahu memandangnya. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Konspirasi Mahasiswa Mesir terdedah..

Gila kaw.

Mahasiswa pun reti main konspirasi apa seme ek? Sapa lah guru mereka kan. Habislah satu malaysia sekarang neh dah pandai main konspirasi sana sini.. aku pun nak buat konspirasi dan skandal arhh sebab kan.. cam gud2 jek..

kah kah kah


Kisahnya begini.  Jeng jeng jeng..

Lihat gambar kat atas neh. Inilah gambar konspirasi yang dimaksudkan. Ekekeke. Kisah asalnya bebudak mahasiswa neh dipaksa untuk berkonspirasi seolah2 mereka bencikan BERSIH = pengotor. Malang. Malang sebab mereka tak rela walaupun hanya berlakon. Berlakon jek pun mereka tak sanggup. Nak konspirasi besar2 lagi? Mana mao nya.

Yang sebenarnya mereka telah di undang untuk menjayakan satu program yang menyokong keamanan. Dengan kemain bangga2 lagi mereka pergi dan sokong program tue tanpa rasa berbelah bagi. Biasalah, keamanan kan? Sapa tak suka. 

Tapi sayangnya, ketika bergambar ramai2, pihak penganjur telah mengkonspirasikan kehadiran mereka seolah2 mereka anti BERSIH aka PENGOTOR. Arhhh sudah. Siap tayangkan lagi kat media. Macam mana neh? Sejak bila aku anti BERSIH kata setiap mahasiswa2 yang hadir itu.

kah kah kah

Yang sebenarnya, mahasiswa2 mesir adalah mereka2 yang sangat pemBERSIH. Siyes. Lihat kat bawah neh oke ;







Kesian mahasiswa2 mesir kita. Disebabkan mereka sangat pemBERSIH, mereka terpaksa menjadi ALIEN dengan menyorokkan wajah masing2 akibat dipaksa menyokong KOTOR. 

KAH KAH KAH

Inilah demokrasi di malaysia. Demokrasi ala bien. Kalau tatau apa itu demokrasi ala bien baca sini dan sini kerana disitu ada menerangkan dengan jelas dan tepat apa itu demokrasi ala bien.



Wajah2 kesedihan mahasiswa yang satuharamjadah tak faham apa kehelnya gua kena pegang banner neh oiii?

kah kah kah

Adoiii.. apa pun tak boleh.. apa pun tak boleh larh weh..

Ameno : Terkonspirasi.

Sabtu, 30 Julai 2011

Hot : Konspirasi umno terhadap pelajar mesir terdedah - pendedahan hebat masakini!







Kat atas neh ada 5 dokumen. Korang kena baca dan fahamkan betul2. Nak download pun boleh. Just pergi link neh. Kat sini korang akan nampak lihat penindasan pro umno terhadap mana2 kakitangan yang tidak condong kepada perjuangan mereka. Aku rasa bebas pun kena tiaw sekali gak kot.

Ada 5 perkara yang mengeramkan diri aku berhubung perkara di atas.

1. Kos membaiki rumah kelab umno ialah usd 97 ribu. Wow. Itu nilai usd beb. Banyak tue. Tapi betul ke itu kos sebenar nya hah? Teruk sangat ke rumah tue sampai beriban2 nak repair plak? Tapi agak bias disini bilamana rumah2 lain tak disentuh langsung. Kira nak repair rumah dia je yerk. Penting diri sungguh. Gila dowh dorang neh. Tak adil.

2. Menteri besar terengganu bagi sumbangan ye? Atas kapasiti negeri, umno ataupun individu tue hah korang rasa? Kalau bukan guna duit sendiri sepatutnya kredit haruslah diberikan kepada rakyat marhaen.

3. Ahli yang berdaftar dengan umno cuma 50 orang je. Tapi kenapa program dapat sambutan hangat? Sebab kena paksa lah weh. Tak serta kan korang buang. Tak percaya?

4. Nampak tak apa alternatif dorang terhadap kakitangan yang tidak mesra umno? Apa yang dorang buat tue? Hello.. ko patut melindungi kakitangan dan mahasiswa malaysia di mesir. Bukan nya berpolitik sakan di mesir sana. Sampai menindas2 orang. Dok ampu2 umno sampai mampos. Macam lah umno tuhan ko. Ke memang ko anggap umno tuhan ko?

5. Mengangkat perjuangan umno dan bn di mesir? Boleh tak pakatan rakyat mesir ditubuhkan di sana bagi mengangkat agenda pr pula? Adil lah beb. Umno ada negeri, pr pun ada negeri. Kita saing cara sihat dan open lah kan. Biasiswa datang dari rakyat. Gaji pegawai pun datang dari rakyat gak. Kalau rakyat tak bising, korang sapa nak memekak?

Dan korang baca kat bawah neh pula. Ini antara kerja2 yang pengampu buat bagi memantapkan kedudukan dia sisi mahakotor umno.


Dan tengok kat bawah neh pula ;



Pengampu neh bagi maklumat pada papagomo untuk kenakan pelajar sendiri? Pengampu neh takde otak ka? Kalau ko tak puas ahti dengan seseorang, sepatutnya ko direct je lah dengan dia. Yang babitkan papagomo buat apa? Ustaz.. papa gomo neh menyebarkan video lucah lah. Sebar video lucah lagi bagus daripada berniaga pakej umrah ka? Korang baca bawah neh ;



Pengampu neh juga suruh orang masuk umno. Heheheh.. kerja sampingan yang ikhlas untuk masuk ke syurga umno ke ustaz pengampu? Opsss layak ke dipanggil ustaz hah? Aku dah terconfused lah pulakk.. Lihat bawah ;



Mahasiswa mesir perak yang di aniaya oleh pegawai pengampu neh ;





Nampak apa yang aku nampak? Rasa apa yang aku rasa? Inilah kejahatan dorang. Dorang sendiri main politik kat mesir. Dorang pongpang2 cakap pembangkang hasut pelajar segala bagai. Padahal pelajar pun tak rela menyokong dorang secara ikhlas itupun pasal kena jaga pengajian masing2. Kalau tak usahkata 50, nak lepas 10 individu pun belum tentu mampu beb.

Apa pun korang nak tengok pelbagai pendedahan dan kejahatan umno kat pelajar mesir wajib like page neh ==> sini

Aku bersama pelajar mesir yang di aniaya di sana. Fb dan email ustaz khairi jalaluddin neh dah kena hack sebab tue seme maklumat terdedah. Dan korang haruslah menyebarkan kejahatan mereka. Jangan dibagi muka. Biar kita dedahkan di satu dunia siapa sebenarnya yang main kotor, yang main sandiwara dan main tikam belakang sehingga menjejaskan pelajaran budak2 neh kat mesir.

Sepatutnya daripada sibuk pongpang2 nak mampuskan pengajian pelajar2, pegawai2 umno [bukan mesir pasal perjuangan dorang more to jaga umno not pelajar] neh sepatutnya rapati pelajar, amek ahti dan amek tahu masalah dorang. Bukan nya cantas mana2 yang tak sehaluan. Perbezaan politik tue biasalah. Mahzab pun ada 4. Takan ko expect pandangan politik cuma satu aje? Bengok weh. 

Ameno : Tolong sebarkan.

Sabtu, 12 Februari 2011

Terbaru !! Hosni sah resign!!!! Sujud syukur wehhh..



Alhamdullilah. Berita yang dinanti telah tiba. Saat itu sudah tiba. Hosni sudah nyah! Hosni sudah blah! Hosni sudah bukan president mesir lagi. Jika beberapa minggu lalu, ramai yang meramalkan bahawa kedudukan rejim alzalim alkejam hosni mubarak sukar digugat dan agak mustahil untuk dijatuhkan.. namun kini itu bukan mustahil lagi. Asalkan rakyat bersatu bersama2 memerangi kezaliman itu semua bukan mustahil. 

Ramai yang tidak tahu, pernah suatu ketika orang kristian melindungi orang islam ketika mereka bersolat agar orang2 islam ini tidak diserang / digangu oleh penguatkuasa di mesir.. ketika mereka berrevolusi di dataran tahrir..

Saya berharap situasi yang sama akan berlaku di malaysia meskipun mungkin makan masa. Islam dan kristian boleh berbaik asalkan saling menerima.. itu pasti akan jadi kenyataan jika kita saling memikirkan kebaikan dan mengutamakan keharmonian.. ingatlah bahawa perpaduan hanya dapat dicapai dengan jalan tolenrasi..

Berikut adalah link berita penuh tentang perletakkan jawatan hosni mubarak sebentar tadi. Alhamdullilah. Sujud syukur kepada Allah swt.


Ucapan tiga puluh saat yang menamatkan pemerintahan selama 30 tahun. Terjemahan: Bismillahirrahmanirrahim. Wahai rakyat sekalian, pada waktu genting di negara kita ini, Presiden Husni Mubarak telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai presiden republik Mesir dan pihak tentera akan mengambil alih dalam pengurusan hal negara. Semoga Allah memberi panduan pada kita.
Ameno : Seronok sampai nak menangis.

Sabtu, 5 Februari 2011

Kenapa Kerajaan memalukan kita di mata dunia?

Agak memalukan apabila beratus2 blog dan berita2 di seluruh dunia melaporkan protes anti-mubarak yang berlaku di kl semalam.


Memalukan bukan kerana aksi2 pendemo tetapi memalukan apabila pelbagai soalan yang terbit di minda pembaca di seluruh dunia yang hairan melihat pendemo kita di simbah water cannon, dipukul fru serta ada yang ditahan..


lihat gambar2 di bawah ini. Gambar2 ini adalah aksi pendemo di seluruh dunia yang menentang mubarak untuk memberikan sokongan kepada rakyat mesir. Dalam banyak2 gambar tersebut media antarabangsa memilih untuk meletakkan dan melaporkan gambar pendemo2 di malaysia persis polis mesir.. apa sudah jadi? adakah najib mahu membuktikan kepada hosni, israel dan us bahawa malaysia bini no 4 israel selepas pakistan??




1. Gambar satu dan dua ialah gambar2 protes di brussel tempat berlangsungnya mesyuarat kesatuan eropah semalam bagi membincangkan krisis di asia barat. Mereka berdemo menyokong rakyat mesir dan mengutuk kezaliman hosni mubarak.


2. Gambar ketiga dan keempat protes yang berlangsung di turki selepas solat jumaat semalam. Rakyat turki juga menyokong kebangkitan rakyat mesir.


3. Gambar kelima ialah protes aman yang berlangsung di afrika selatan. Juga menyokong tindakan rakyat mesir dan membidas tindakan kejam hosni ke atas rakyat mesir.


4. Gambar keenam ialah protes yang berlangsung di yaman. Yemen pada ketika ini sedang bangkit untuk menumbangkan pemimpin zalim di sana. Mereka juga menyokong rakyat mesir.


5. Gambar ketujuh ialah protes yang berlangsung di jordan. Mereka juga sedang mendapat semangat gelombang revolusi dari mesir dan menyokong pergerakan pro demokrasi di mesir. Jordan antara negara yang diramalkan akan mengadakan protes sebagaimana yang berlaku di mesir kini.


6. Gambar kelapan ialah protes aman yang berlangsung di iran. Iran menyokong pergerakan protes di mesir dan kebanyakkan rakyat iran rata2nya anti israel. 


7.Gambar kesembilan ialah protes yang berlaku di parague, republik chehya. Kumpulan protes mendesak agar hosni berundur dan kembalikan demokrasi kepada rakyat mesir.


Mahu lihat apakah gambar protes di malaysia dan apakah yang media antarabangsa laporkan menerusi aljazeera, bbc, cnn dan lain2 channel berita??


Lihat bawah ;








Ini dia antara gambar2 yang tersebar di seluruh blog di internet.. gambar yang pertama tersebar dengan cepat dan menjadi tanda tanya masyarakat antarabangsa kenapa fru kita bertindak demikian kepada kumpulan protes anti-mubarak di malaysia.


Berita juga melaporkan bahawa fru kita menangkap beberapa individu yang memprotes anti-mubarak, disamping menyemburkan water cannon dan memukul kumpulan protes pro rakyat mesir di malaysia semalam. Mereka memberikan persepsi yang buruk kepada malaysia. Yang di pandang buruk ialah polis2 di malaysia malahan ada yang mengibaratkan suasana di malaysia seperti di mesir.


Siapakah yang memberikan ruang kepada dunia antarabangsa [especially masyarakat antarabangsa] untuk mengkritik kerajaan dan polis malaysia sebagai zalim??


Tepuk dada tanya mulut yang memberikan arahan. Heh


Ameno : Kumpulan protes bergerak secara aman dan tidak menimbulkan provokasi. Dan kita mahu tahu apa pendirian najib?? Adakah umno menyokong hosni?? haii rakan2 umno.. anda rela cium bontot israel ya? Heh







Protes mesir : Budak 19 tahun mati di tembak!!



Nama : Hussien taha


Asal : Alexandaria


Umur : 19 tahun


Pelajar jurusan undang-undang ini ditembak mati oleh polis selepas habis mengerjakan solat. Dia pada ketika itu tidak membuat apa2 serangan kepada polis tetapi ditembak di jantungnya hingga mati oleh pihak polis yang melepaskan tembakan secara rambang bagi tujuan menakut-nakutkan pro-demokrasi.


Biadap dan kurang ajar ini polis mesir. Perangai dan tingkah laku seperti ini pernah ku lihat di satu negara yang diberikan nama malaysia. Dan di negara itu pemimpin nya sudah memerintah 54 tahun. Lebih lama dari hosni. Adakah rakyat di negara itu suka kepada kekejaman dan penindasan? Heh


Updated ;


05/02/2011 10:43 am


pro demokrasi telah kehilangan 300++ lebih nyawa setakat ini manakala yang tercedera pula beratus2 banyaknya. Ini adalah angka yang di umumkan oleh pemberita namun pada hakikatnya ramai lagi yang telah terkorban ketika protes menentang hosni. Sila lihat video di bawah ini. Video di bawah ini jelas menunjukkan polis mesir sewenang2nya menembak rakyat mesir tanpa ada belas kasihan. Saya percaya mereka [polis2] tersebut tidak akan menjadi berani membunuh rakyat melainkan ada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.






Ameno : Pistol digunakan utk melindungi rakyat.. sepatutnya begitulah..

Gambar : Rakyat mesir diserang !!






Lihat video diatas untuk visual yang lebih menyeluruh.


Lihat gambar2 di bawah neh ;

















1. Pasukan keselamatan [baca pasukan pembantai kerajaan] mula bersiap sedia untuk menyerang para pemprotes.


2. Siap dengan lori pemedih gas tue. Kalau tengok video aku kira ada 5 atau 6 dari kedua2 arah.


3. lori tersebut lalu tak tengok orang. Dia akan lalu kat tempat yang ramai orang berkumpul seolah2 nak provoke.


4. Pasukan keselamatan pun main bantai je orang awam.


5. Sampai ada yang tercedera. [taktahu kena langgar dengan lori ataupun dipukul polis]


6. Lori tue under tak tengok belakang ;langsung sampai ada yang dilanggar. [gambar 6 & 7]


7.Lepas tue sekumpulan pendemo mula bersolat mohon perlindungan dari Allah swt. Dan kumpulan yang bersolat menjadi semakin besar. Namun mereka tetap menyerang pendemo yang bersolat dengan gas pemedih mata. Apa yang menariknya pasukan keselamatan [baca pasukan pemukul khas tajaan hosni] akhirnya terpaksa bersurai apabila kumpulan pendemo semakin bersemangat melawan mereka.

Jumaat, 4 Februari 2011

Update terkini III : Protes di mesir


Terbaru mengenai misi menyelamatkan warga malaysia dan pergolakan di mesir ;

1. Rakyat malaysia di selamatkan di mesir menggunakan 2 kaedah

- laluan laut
- lauan udara

2. TUDM, TLDM, MAS dan AIR-ASIA bersepadu menyediakan pengangkutan untuk mengeluarkan warga malaysia dari mesir.

3. 20,000 ribu rakyat malaysia berada di mesir dengan 11,000 daripada adalah golongan pelajar.

4. Kerajaan mengatakan operasi menyelamatkan rakyat malaysia di jangka akan selesai dalam masa empat hari tetapi wartawan awani melaporkan ia akan memakan masa di antara 8 - 10 hari.

5. KD bunga emas boleh memuatkan 750 penumpang dalam satu2 masa dan telah tiba di destinasi untuk mengangkut rakyat malaysia di mesir. [terbaru : sudah mula mengangkut penumpang ]

6. KD bunga emas akan berlabuh di jeddah dan seterusnya akan di uruskan oleh pasukan tabung haji malaysia di sana.

7. 365 jumlah pelajar yang selamat tiba di jeddah dalam misi pertama mengeluarkan rakyat malaysia dari mesir, 9 malam waktu malaysia malam tadi.

8. Kesemua pelajar yang diselamatkan tidak akan dikenakan sebarang kos ini jaminan yang dikeluarkan Jamil Khir menteri di jabatan perdana menteri.

9. Makanan, perkhidmatan, tempat tinggal dan pengangkutan pulang 100% di tanggung oleh kerajaan untuk seluruh pelajar tanpa mengira status. [ ini yang dikatakan oleh menteri, jika anda tahu sebaliknya sila laporkan pada saya berserta bukti dan saya tidak pasti status rakyat malaysia yang bukan pelajar samada mereka perlu bayar ataupun tidak]

10. Misi menyelamat yang menggunakan kapal Charlie 103 [TUDM] pula akan melakukan operasi seperti berikut ;

1. kaherah - jeddah : 2 kapal sekali terbang ; 24 jam

2. Iskandariah - jeddah : 1 kapal sekali terbang ; 24 jam

Kapal boleh memuatkan hanya 200 penumpang dalam satu2 masa ataupun 116 tan termasuk barang2.

11. Dari apa yang saya baca, Air-asia dan Mas hanya akan menunggu di jeddah untuk membawa terus pelajar2 malaysia pulang ke malaysia. Mereka tidak akan masuk ke mesir, samada mereka terhalang atas sebab2 keselamatan ataupun kerana keadaan tidak mengizinkan [pihak mesir tak bagi masuk].

12. Pelajar2 malaysia yang terselamat akan menunggu di lokasi sementara iaitu asrama tabung haji yang digunakan untuk menempatkan para jemaah haji. Pihak tabung haji juga akan membiayai makanan mereka dan menjaga mereka sepanjang mereka [pelajar2 terbabit] berada di dalam kawasan mereka. [tabung haji dah banyak pengalaman, so neh benda kecik je bagi mereka, hari tue ade dengar pusat zakat agih bantuan, agaknya zakat yang membiayai makanan2 mereka neh kot]

13. Menerusi berita astro awani tadi, amira antara pelajar yang selamat tiba di malaysia semalam menceritakan pengalaman dia seperti berikut ;

- 2 hari sebelum rusuhan terdapat hura-hara kecil tetapi mesir masih seperti biasa.

- sehari selepas peperiksaan [peperiksaan di universiti al-azhar] pelajar2 sudah mula menunjukkan tanda2 untuk merusuh.

- kereta kebal mula kelihatan di sekitar asrama johor. [tempat amira menetap] - amira mula mendapat panggilan tertubi2 sejak dari hari itu.

- amira juga tidak menceritakan hakikat sebenar kepada ahli keluarga supaya mereka tidak risau sedangkan dia sendiri pun risau akan nyawa sendiri. [ ini terbuktilah bahawa mmg segala informasi yang baik2 yang disampaikan kepada kita menerusi media hanyalah bertujuan untuk menghilang stress dan kerisauan ahli keluarga pelajar di malaysia]

14. Semoga pasukan kita berjaya mengeluarkan kesemua pelajar malaysia di mesir secepat yang mungkin kerana esok [jumaat] di jangka akan tercetuskan kekacauan yang lebih besar berikutan kesemua umat islam sudah tentu akan keluar untuk bersolat jumaat dan selepas itu akan merusuh di bandar2 besar untuk menggulingkan kepimpinan hosni.

Ini adalah update dari mesir pula ;

15. Hosni enggan melepaskan pentadbiran mesir kerana bimbang mesir akan menjadi lebih teruk. [Haizz sekarang neh teruk ka elok?]

16. Hosni juga menjelaskan bahawa dia akan merangka pelan peralihan kuasa secara stabil dan tidak akan menyerahkan kuasa kepada gamal mubarak [anak hosni] selepas dia bersara.

17. Hosni juga mengatakan bahawa dia jemu mentadbir mesir dan selama ini dia masih bertahan di mesir adalah disebabkan permintaan rakyat mesir [sumpah aku cakap dia menteri bodoh.. dah larh bodoh.. perasan plak tue.. kah kah kah]

18. Hosni berjanji akan menyiasat serangan dan keganasan ke atas rakyat mesir oleh beberapa kumpulan. [ini lagi lawak beb, dia yang arah serang then dia arah siasat.. apa neh? kalau sungguh nak siasat tangkap diri sendiri then masuk jail.. kahkahkah]

19. Omar menyalahkan kumpulan demostran di atas keganasan dan kerosakan di mesir. [kahkahkah bodoh beb kroni israel neh... yang lue tutup pintu sempadan, sign perjanjian dengan israel utk dera palestine lue tak sedar diri plak keganasan apa macam yang lue dah create?]

20. Hosni turut mengecam dan menyalahkan ikwanul muslimin iaitu pihak pembangkang di mesir atas huruhara yang melanda mesir pada masa kini.

21. Omar pula menyalahkan wartawan asing kerana melaporkan berita secara meluas di seluruh negara dan menyebabkan rakyat mesir bersemangat untuk terus memberontak apabila mendapat tahu mereka mendapat sokongan di kebanyakkan negara. [kahkahkah aikk sudah marah ka? salahkan pencipta facebook dan twitter teruslah.. lagi bagoss.. kahkahkah]

22. Dunia antarabangsa kecam pentadbiran mesir kerana mencederakan beratus2 wartawan asing di mesir semalam. Mesir di tuntut untuk bersikap terbuka, telus dan membiarkan wartawan2 asing di mesir membuat liputan tanpa ganguan, kecaman dan ugutan oleh pihak pemerintah.

23. Kanada mengecam mesir dan menggesa mesir agar hentikan segala serangan ke atas wartawan2 antarabangsa yang sedang membuat liputan di mesir. [yang mula2 kena attack wartawan aljazzera siap arah tutup office di kaherah pada hari ketiga protes].

24. Esok iaitu jumaat di mesir, satu lagi protes secara besar-besaran di seluruh mesir akan diadakan selepas solat jumaat untuk memaksa hosni, omar dan seluruh parti pimpinan mereka berundur dari pentadbiran negara mesir. Meskipun protes bermula esok tetapi rakyat mesir sudah berkampung di dataran tahrir sejak semalam. [hosni zalim.. omar kejam.. parti mereka parti adek beradik israel.. mmg patut di nyahkan terus].

25. PBB sudah keluarkan arahan agar kakitangan mereka yang berada di mesir untuk keluar dari negara itu berikutan protes yang akan berlaku esok. [jumaat di sana]

26. Tunisia - mesir - yaman - syria - algeria - ? . Negara2 di seluruh dunia kini menumpukan seluruh perhatian tentang krisis terbaru di asia barat. Apa yang berlaku di asia barat sebenarnya akan mempengaruhi sosio ekonomi dan politik mereka.

27. Terusan suez ialah laluan yang digunakan untuk mengangkut petroleum. Di samping faktor arab saudi, sebagai pengeluar minyak utama di dunia. Jika revolusi yang berlaku di asia barat mempengaruhi arab saudi, maka israel dan amerika akan kehilangan pengaruh dan kuasa besar mereka. Negara2 yang bergantung kepada ekonomi amerika seperti malaysia akan jatuh teruk. [ arab saudi buat revolusi aku sokong]

28. Harga terbaru minyak di pasaran antarabangsa bagi MAC [ini adalah harga di pasaran hadapan, iaitu bulan MAC minyak kita pasti akan NAIK mendadak di malaysia so be prepare]

- Brent : US 102.01 per tong

- Long Sweet : US 90.91 per tong

Sila convert ke matawang malaysia sendiri okeyh.

29. Dalam pada itu, revolusi di mesir menyebabkan perdana menteri yaman telah berjanji tidak akan sambung tempoh pemerintahan dia pada masa akan datang. Ini terjadi ekoran apa yang berlaku di mesir baru2 ini. Di yaman akan berlaku demo dalam masa terdekat. Tarikh tidak dapat dipastikan lagi.

30. Syria sedang merangka rusuhan untuk menggulingkan pemimpin mereka. Meskipun mereka dihalang dengan pelbagai cara termasuk media dan polis tetapi gerakan tersebut tetap berjalan secara tersembunyi dan protes rakyat syria tetap akan berlangsung dalam masa terdekat.

31. Kerajaan Algeria telah menarik semula tempoh darurat yang berlangsung selama 18 tahun. Juga dipengaruhi oleh revolusi mesir. Namun rakyat algeria akan mengadakan rapat umum dan demo secara besaran2 yang dipimpin oleh parti pembangkang ekoran kekejaman pemimpin algeria ke atas rakyat. Algeria membuat undang2 zalim ke atas rakyat seperti ISA di malaysia untuk menyekat keadilan dan kebebasan rakyat untuk bersuara. Algeria akan protes secara besar2an pada 12 feb ini. Saya akan sambung update kelak.

4.53 petang. 4feb 2011.

1. Nik aziz menangis mengenangkan nasib rakyat malaysia di mesir. Baca sini.

2. Maza aka Asri zainal abidin bekas mufti perlis membidas mufti mesir yang mengesa rakyat hentikan rusuhan di mesir. Maza menyokong kebangkitan rakyat mesir. Baca sini

3. Ini adalah gambar2 kezaliman hosni ke atas rakyat mesir. lihat sini.

Ameno : Saya taknak kerajaan mainkan isu ini utk mencipta imej baik. Saya taknak PR mainkan isu ini agar rakyat tidak jemu dengan mereka.

Rabu, 2 Februari 2011

Terkini : Hosni and the geng dah lari!


Okey ini adalah update yang terkini pasal mesir. Saya cuba translatekan setakat yang penting2 je kat sini.

1. Ahli keluarga si hosni neh dah berambos lari ke uk [britain] sekarang. minta tolong kat uk plak.

2. dengar citer hosni dan seluruh ahli keluarga mereka ada kerakyatan britain.

3. yang memulakan gerakan upacara menyelamatkan diri sendiri ini ialah gamal mubarak, 47 tahun anak si hosni.

4. gamal lari bersama 97 bagasi. apa ada dalam bagasi tue weh? lari menggunakan private jet yang dimiliki oleh keluarga mereka. [obviously beli guna wang rakyat. heh]

5. Rumah mewah mereka kat london bernilai £8.5million. WOW! [rujuk gambar].

6. Wartawan2 sedang berkemurun kat luar rumah/kawasan tersebut untuk cungkil rahsia dan amek gambar beb. Namun selepas si gamal neh dapat tahu ada wartawan berkumpul di hadapan kediaman nya, dia cabut keluar senyap2 bersama isteri dan anak2 untuk menuju ke tempat yang lebih privacy.

7. Manakala si hosni 82 tahun, dan isteri nya suzzanne 69 tahun, juga plan nak keluar dari mesir. Ada sumber mengesahkan bahawa bagasi2 mereka telah tiba di heathrow. [mana tempat neh weh? britain ke?]

8. Ada juga sumber dari mesir cakap hosni akan keluar melalui tel aviv. [senang cakap israel nak bantu lah neh]

9. hosni telah mengumpul kekayaan sebanyak £25 billion semenjak memegang tampuk pemerintahan mesir.

10.Isteri hosni iaitu suzzane, gomal dan alaa 49 tahun, [anak hosni yang lebih tua] adalah simbol pemborosan di mesir.

11. Suzzane, isteri hosni juga mendapat gelaran 'Marie antoinette' sempena ratu perancis yang gilakan kemewahan sampai putus kepala [amukan rakyat la neh] dalam revolusi perancis.

12. Namun rakyat mesir sedang sedaya upaya akan halang hosni dari keluar dari negara.

13. Punca nya mereka nak amek dulu hak2 rakyat mesir sebelum hosni cabut. Kalau nak cabut sehelai sepinggang takpe.

14. Ada juga mengatakan kerajaan hosni sebenarnya plan agih2kan kekayaan dulu lepas tue baru berundur dari mesir dalam masa terdekat. Kekayaan sudah di agih2kan sebab tue lah anak2 hosni dah mula berangkat ke luar negara sekarang.

15. Dengar citer acc bank hosni di switerzland dah dibekukan.

Update terbaru menyusul kelak.

Updated :

2/2/2011

1. Hosni umum berundur pada september 2011

2. rakyat mesir tetap tidak bersetuju dengan pelan hosni tersebut dan membantah sebarang tindakan utk berbincang dan berdialog dengan hosni. Mereka mahu hosni berundur segera.

3. Terdapat beberapa provokasi dari pro-hosni yang cuba mencetuskan suasana hura hara ketika protes sejuta umat mesir semalam.

4. Protes yang bertemakan sejuta umat mesir berjaya menghimpunkan lebih 2 juta umat mesir di seluruh bandar2 besar seluruh mesir dengan sebahagian besar di bandar tahrir square [pusat protes].

5. Mohammed Albaradei juga menolak sebarang perbincangan dengan parti politik pembangkang di mesir. Mohammed Albaradei menegaskan misi utama rakyat mesir iaitu menjatuhkan hosni mubarak yang perlu di utamakan kini.

6. Dapat tahu dari sahabat fb rupanya ada sekumpulan polis [tak pakai uniform] telah membuat provokasi dan bergaduh dengan rakyat mesir ketika himpunan di bandar2 besar mesir semalam tetapi berjaya di kawal oleh tentera. [polis neh bodoh beb, dah lar tak sedar diri yang tentera lagi power.. lagi ada ahti nak lawan dengan tentera!] lanjut mengenai itu di sini.

7. Israel dan US menghalang Hosni dari meletak jawatan ataupun melarikan diri ke luar negara. Dua kuasa besar ini akan kehilangan pengaruh di mesir jika hosni berbuat demikian. Hosni terpaksa berhadapan dengan semua situasi getir di mesir demi israel dan US. [kesian.. kesian.. nak lari tapi dihalang.. hahaha]

8. Ini pula ada petikan live update dari fb mesir semalam yang saya tak dapat nak tunggu akibat terlalu mengantuk sangat..

- hosni mula berucap di hadapan rakyat mesir dan menyalahkan pihak yang cuba menggunakan medium protes untuk berbuat kejahatan seperti membakar dan merampas harta benda.

- hosni juga menegaskan dia tak pernah berimpian untuk menjadi pemimpin sebanyak 6 penggal. [ketika ini dia di cemuh]

- hosni tidak akan bertanding untuk pilihanraya akan datang, oleh itu dia akan memerintah mesir sehingga tamat penggal pemerintahan nya. [ketika ini dia di cemuh]

- hosni juga mengatakan dia bangga dengan apa yang dia dah berjaya kat mesir selama 30tahun. [ketika ini dia di cemuh]

- Pasukan pengaman pro kerajaan mula menghampiri rakyat dengan [mereka di gelar samseng kerajaan oleh rakyat mesir] membawa keluar pisau, pistol dan kayu baton bersedia untuk membantai rakyat mesir.

- Selepas sahaja tentera beredar dari lokasi perhimpunan, beratus2 orang kerajaan [yang di gelar samseng kerajaan] mula menyerang orang awam dengan pisau, pistol dan kayu baton di beberapa lokasi seperti cairo, alexandaria dan portsay.

Ini terbukti bahawa mereka telah dicederakan oleh kerajaan zalim hosni. Setelah polis lumpuh akibat penentangan tentera kini mereka muncul sebagai samseng utk menyiksa orang awam. Silap2 mereka lah yang merompak, membunuh, menembak dan mencederakan sesiapa sahaja untuk menimbulkan persepsi serong kepada kumpulan rakyat mesir. Bagus. Didikan israel memang masuk dalam jiwa hosni.

Ameno : asal lari bawa duit.. sah2 pemimpin zalim.

Selasa, 1 Februari 2011

Info terkini tentang misi bantuan ke mesir!!


Sumber maklumat : Berita tv3 dan awani.

1. Najib dah bersetuju akan bawa pulang semua pelajar malaysia yang terkandas di mesir ke malaysia semula.

2. Mereka akan dibawa pulang guna kapal TLDM.

3. Kapal tersebut kini berada di teluk aden atas sesuatu misi dan akan terus ke pelabuhan terdekat di mesir untuk mengambil pelajar2 dari malaysia. [termasuk rakyat malaysia rasanya].

4.Semua pelajar telah diarahkan berkumpul di dewan mahasiswa malaysia.

5.Kapal tersebut kemudian nya akan berlabuh di jeddah atau mana2 tempat yang bersesuaian sebelum rakyat malaysia dibawa pulang ke malaysia melalui penerbangan antarabangsa.

6. Tindakan najib neh berkemungkinan besar ada kaitan dengan desakan dari rakyat bertubi2 menerusi fb, email, blogs, twitter dan kemarahan orang ramai menerusi email news@tv3.com.my

7. Najib juga memberikan penjelasan bahawa kerajaan sebenarnya sedang memikirkan langkah paling pratikal untuk membantu rakyat malaysia di sana. Katanya lagi, malaysia ada lebih dari 10,000 ribu rakyat yang berdaftar dengan kedutaan di mesir jadi sebarang langkah yang di ambil adalah perlu efektif dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

8. Najib juga menjelaskan bahawa kos yang mahal dan saiz kapal terbang yang kecil juga menyebabkan kerajaan enggan mengangkut rakyat malaysia yang berada di mesir mengunakan flight. Satu2 kapal terbang [rasanya kapal terbang tentera yang najib mention neh] hanya mampu memuatkan lebih kurang 40 penumpang jadi takan nak angkut separuh je dan tinggalkan separuh yang lain sedangkan malaysia mahu menyelamatkan semua rakyat malaysia.

9. tv3 juga melaporkan beberapa email yang marah kat kerajaan dan risau dengan warga malaysia di mesir. [kalau korang nak marah ke kasi idea ke apa ke sila ke sini news@tv3.com.my]

10. tv3 juga menyiarkan perbualan tv3 dengan Nurul Aini Jahaya, salah seorang pelajar malaysia yang berada di mesir yang menceritakan perkara sebenarnya di mesir. Mereka berada dalam ketakutan dan tiada makanan. [Dari suara dia yang aku dengar.. dia macam sebak, takut dan mungkin nak menangis]. Nurul juga berkali2 minta selamatkan mereka di mesir. [dia 3,4 kali cakap tolong selamatkan kami, tolong amek kami..]

11. Mohammed Husaini Salleh, salah seorang mahasiswa dan ketua bagi fakulti perubatan[rasanya aku ya ingat2 lupa paparan kat tv3 tadi] mengesahkan semua student yang di bawah dia berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi mereka terputus bekalan makanan, dan tiada tempat yang selesa untuk berlindung. [Tv3 kemudian nya potong.. aisehmen kasi rakaman penuh bhai]

12. Ahli keluarga pelajar yang berada di mesir juga datang ke tv3 untuk membuat aduan dan rayuan agar kerajaan menjemput pulang rakyat malaysia di mesir. [terdapat juga ahli keluarga pelajar bagitau pasport anak mereka di simpan oleh pihak universiti. Kalau begitu lah keadaan macam mana dorang nak terbang balik?]

Dan yang neh dari awani pula

13. Awani mengatakan najib sedia menimbangkan untuk membawa pelajar malaysia di mesir menggunakan kapal TLDM iaitu KD Bunga emas yang kini berada di teluk aden. Mereka kemudiannya akan di bawa ke jeddah, arab saudi sebelum berlepas pulang ke malaysia dari sana.

14.Najib juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh terburu2 membuat keputusan kerana ini melibatkan rakyat malaysia yang ramai di mesir. Setiap tindakan haruslah diteliti terlebih dahulu.

15. Alasan najib tidak menggunakan kapal c100 kargo hercules [tolonglah betulkan kalau aku salah sebut neh.. tah kapal terbang atau kapal laut aku pun tak jelas] adalah tidak pratikal.

16. MAS dan AIR-ASIA diminta bantu menyediakan penerbangan untuk membawa pulang pelajar2 malaysia di mesir.

17. Bantuan zakat juga disalurkan kepada pelajar2 malaysia di mesir untuk menampung keperluan harian mereka di sana sehingga diselamatkan.

18. Terdapat 1,000 rakyat kelantan berada di mesir. Kelantan kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk membawa pulang pelajar2 mereka dari mesir.

19. persatuan pemuda umno perak akan menubuhkan satu talian khas untuk update pelajar2 perak di mesir dari semasa ke semasa agar ahli keluarga mereka tidak terlalu bimbang.

20. Awani tadi sempat berhubung dengan pelajar jurusan islamiah di universiti al-azhar, mesir. Berikut adalah butiran perbualan tersebut ;

- terputus bekalan makanan kerana kedai runcit tutup.

- bertahan dengan bekalan makanan yang lama.

- tiada talian internet dan gagal hubungi sesama mereka dalam mesir, kecuali luar dari mesir.

- tidak boleh keluarkan duit kerana bank tutup. Mesin atm tidak beroperasi dan rosak.

- berlindung di rumah semata2 dengan dua rakannya yang lain dan tiada jalan lain.

- dua rakan nya yang lain ialah Mohd fauzan dan Khairul Munif. [kenal tak? mereka bertiga selamat buat masa sekarang cuma tiada duit]

[Student lelaki neh aku dengar suara dia agak berani berbanding student perempuan.. tapi yelah.. lelaki kan mmg berani pun dari pompuan]

Lepas tue ada beberapa demo di seluruh negara yang sokong rakyat mesir seperti mahgribi, amerika, filipina dan thailand.

Dan ketika sedang baca berita tadi, tiba2 penyampai awani mengumumkan bahawa najib akan hantar misi menyelamatkan rakyat malaysia tak kira melalui udara atau darat. [Dalam erti kata lain misi tersebut bermula dah, so ahli2 keluarga kat sini boleh menarik nafas lega] Dan ini ada sedikit kekeliruan informasi yang diberikan oleh tv3 tadi. Entah tv3 dapat maklumat yang salah ataupun memang disengajakan aku tak peduli la.. dalam entry neh aku mmg malas nak kondem kerajaan pasal dah penat. Heh

1. tv3 lapor bahawa rakyat mesir tolak Mohammed Albaradei untuk mengetuai mereka membentuk kerajaan campuran sementara menunggu pilihanraya. [Ini tipu. Rakyat mesir tidak menolak Mohammed Albaradei. Mereka mengalu2kan Mohammed Albaradei. Malahan Mohammed Albaradei berkerjasama dengan IK untuk mencari penyelesaian dan diplomasi terbaik bagi menangani krisis di mesir]

2. TV3 juga melaporkan bahawa Omar suleiman di terima baik oleh rakyat mesir. [ini tipu bhai. adoiiyai. Omar suleimen neh proksi kuat kepada us dan israel sama macam hosni mubarak, takan rakyat mesir terima bhai? check sendiri kat fb mereka, mereka kutuk omar gila babi. bukan hosni je kena berambos, sekutu2 dia pun kena berambos gak dari mesir termasuk omar. Itu tuntutan rakyat mesir. Mereka reject omar suleiman neh. Mereka juga tolak kabinet baru yang dibuat oleh hosni mubarak. tv3 lue jgn bagi citer palsu kat rakyat malaysia bhai. adoiiyai. internet ade kiri kanan bhai. sekarang seme pun boleh jadi wartawan. Heh]

3.Amerika desak mesir selesaikan konflik segera. [Mmg betul. Tapi masalahnya dok bagi citer sekerat2. Amerika desak mesir iaitu hosni untuk tamatkan revolusi di mesir segera. amerika masih mahu hosni jadi presiden tetapi dia soh tamatkan konflik dengan cepat bagi mengelakkan kepentingan amerika di mesir terjejas. Ini isu sebenarnya. adoii tv3.. semoga ahtimu dibuka oleh Allah swt. aminnn..]

Persepsi yang baik kepada omar..
Persepsi yang baik kepada amerika..
Persepsi yang baik memang disukai israel..
Persepsi2 yang baik di jaja oleh tv3 milik umno..

hurmm.. apakah makna nya di sini?

lue fikir
lue cerna
lue faham.

Ameno : benda neh pun mau tipu ka? jangan beb. Jangan jadi orang islam yang tikam 'islam' sendiri. Ada juga ahli keluarga yang marah kerajaan dok cakap rakyat malaysia di mesir selamat2.. padahal bom situ sana sini.. banduan bebas berkeliaran.. harap2 tv3 janganlah sekat info betul.. rakyat menilai.. kalau taknak teruk dihentam bek ikut label awani. Awani tak pro sapa2 .. bebas dan telus. Ini baru adil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...