Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Julai 2012

Ini nota bengang kepada PR dan BN.


Aku bengang betul lah dengan puak2 bn dan pr neh. Korang neh dah kenapa? Ada ke isu the store tue korang politikkan secara keterlaluan sehingga hilang isu base? Yang sorang tuduh dap, yang sorang tuduh mca, tuduh sana tuduh sini, yang baca non-muslim lepas tue non-muslim cakap sesuatu yang menyakitkan hati aku sebagai seorang muslim. Ace jadi matang. Tolonglah.

Mari kita fahami betul2. Memang bn bukan parti yang boleh dijadikan contoh bagi rakyat malaysia. Bagi muslim mahupun non-muslim bn memang tak boleh dijadikan contoh langsung. Tapi kita berpijak lah juga pada dunia realiti.

Kan isu the store tue isu ketidakpekaan pihak pengurusan. Dah berapa lama the store berniaga di malaysia? Dah lama wooi. Kenapa berlaku kesilapan neh? Kenapa bukan dari dulu lagi? Sebab staff management yang tidak peka. Dari A sampai Z langsung tak pantau sebab tue iklan sale ramadhan-beer boleh keluar.

Pihak pengurusan tak peka satu hal. Tapi setelah diasak akhirnya the store mohon maaf. Oke selesai satu isu. Tapi disebabkan puak2 pr dan bn sedang bertelagah mengenai isu the store, maka wujud lah pandangan2 yang menyakitkan hati orang muslim dan non-muslim tak pasal2.

Contohnya pr nak balon bn dalam isu the store. Dia cakap lah bn yang salah. BN selama neh jual arak apa seme tak bagi contoh yang betul, keluarkan komen2 ke-PR-an dan blablabla.. [well, takde pula peniaga pasaraya yang lain terikut perangai the store tue ye walhal duduk dalam satu negara yang sama dan diperintah oleh orang yang sama]..

Then bila orang bn baca, dorang cakap lah iklan neh cina dap yang buat. Cina makan babi, minum arak blablabla.. keluarkan komen2 racist..

Then orang pr dan bn akan bertelagah atas isu tersebut. Memasing akan keluarkan hujah masing2 dan dalam pada mengeluarkan hujah memasing mungkin secara sengaja dan tidak sengaja terkeluarkan perkataan2 yang berbaur racist.

Walaupun bukan seme tetapi jika perkataan2 seperti neh dibaca oleh non muslim maka mereka akan menyampuk dan cakap melayu banyak je minum arak. Isu the store tue isu pemecahbelahkan sesama rakyat. Kenapa muslim nak kecoh isu kecik, bersikap racist n blablablana.. nak salahkan non muslim yang menyampuk dan mengheret kepada persoalan lain pun tak boleh juga kalau dah ORANG ISLAM SENDIRI MENGARUT DAN BERGADUH SESAMA SENDIRI ATAS HAL KECIK!

BENDA KECIK JEK BEB. THE STORE TAK SENSITIF. INSTEAD OF BALON THE STORE, KORANG SESAMA SENDIRI BALON SESAMA SENDIRI. PR BALON BN, BN BALON PR, DAN BERCAKARAN ATAS ISU THE STORE.

HEIIIII..

NANTI DULU. KALAU SEME BALON SESAMA SENDIRI, MAKA SIAPA PULA YANG BALON THE STORE?


Aku punya pendirian mudah. Kita tengok isu. Owh isu the store tak sensitif, pang kita pergi balon the store. Owhh marah sebab umno jual arak. BN buka kilang arak. Oke kita dah tahu. Kita telah dan sentiasa akan bercakap mengenai isu tersebut tetapi sekarang dude, kita tengah cakap pasal the store. Pekata kita p balon dia dulu atas ketidakpekaan dia. Mengenai bn tue kita hold kejap. Boleh? Jangan terlalu meleret2 isu sampai seme jadi campur aduk dan kelam kabut.

Nak marah the store, kena marah bn. Nak marah tue, kena marah bn. Nak marah ni, kena marah bn. Sampaikan orang yang tak bertudung pun nak marah bn. Ada penyokong pr yang tak bertudung, pun nak marah bn ka? Kemon lah beb. Ada masa2nya memang bn bersalah sepenuhnya. Tapi bukan sepanjang masa bn jek yang harus dipersalahkan.

Gunakan penimbanglah. Amek satu2 isu. Kita timbang. Kita tengok isu tersebut. Kita pecahkan analisis dia satu persatu. Lebih banyak kesalahan atas bn atau kesalahan atas diri sendiri. Isu the store neh tak kira pusing ikut ceruk mana pun the store itu sendiri yang harus dipersalahkan terlebih dahulu.

Korang bayangkan ek, kalau the store tue di negeri pr. Kalau di negeri penang, contohlah. Tengoklah camne penyokong2 pr dan penyokong2 bn akan bertelagah sesama mereka. Sekarang neh bukan isu the store tue kat negeri mana2 pun. Dan sekarang neh bukan isu arak dan islam pun. Sekarang neh lebih kepada mempolitikkan satu2 isu. Asal ada isu, waima sekecik2 isu dan ada jek point nak blame pr or bn, layan.

Kedua2 golongan neh perlu duduk, bertenang dan rehatkan diri masing2. Ada masa2nya kita akan bergaduh. Ada masa2nya kita tak perlu bergaduh. Bukan setiap masa asal kita berjumpa jek kita kena bergaduh. Jangan kita jadikan politik untuk kita bermusuh sesama kita.

Fahami dulu apa itu politik. Jangan kerana ada yang berpolitik maka kita pun ikut berpolitik. Dan bila kita berpolitik, kita hanya tahu mempolitikkan sahaja. Dan akhirnya kerana mempolitikkan, sesama kita menjadi mangsa politik. Dah kalau kita jadi mangsa politik, maka apa gunanya kita berpolitik lagi? Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...