Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Julai 2012

Tolak Pas demi selamatkan Islam - Hasan Ali.

Eh..

Dia hidup lagi larh. Ingatkan dah tutup muka.


kah kah kah

Datuk Dr. Hasan Ali menyeru ahli dan penyokong tegar Pas menolak parti itu demi menyelamatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

Dalam siri jelajah ke-149 di padang Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini, malam tadi, Hasan menganggap beliau tertipu dengan parti itu yang kini tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan kepimpinan ulama.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, dua prinsip utama perjuangan Pas itulah yang mendorong beliau menyertai parti tersebut suatu ketika dulu meskipun sebelum itu telah berkhidmat lama dengan kerajaan.

"Saya percaya dua sebab inilah yang mendorong kita semua masuk Pas. Saya sendiri mempunyai banyak pilihan tetapi saya memilih Pas kerana terpesona dengan perjuangan negara Islam dan kepimpinan ulama yang mereka laung-laungkan. -UM-

Sekarang aku nak tanya dha. Kalau kita tolak pas, maka sapa yang kita nak undi? Adakah dha sarankan kita tolak pas dan tolak umno dan jangan undi sesiapa ataupun hanya tolak pas dan jangan undi pas aje? Meh aku buat kesimpulan sket ;

DHA cakap tolak pas = sebab nak selamatkan islam, melayu dan raja2 melayu.

DHA cakap pas = sudah tidak lagi memperjuangkan negara islam dan kepimpinan ulama.

Kalau begitu adakah ;

UMNO = selamatkan islam, melayu dan raja2 melayu?

UMNO = memperjuangkan negara islam dan kepimpinan ulama?

Pun tidak juga.

Aku rasa biarkan gambar tolong jawabkan untuk dha. Lebih baik begitu. Kata2 dah tak lut kat telinga dha. Dia lebih suka angan2 jadi menteri besar selangor. 












Bagi aku dalam isu neh mudah jek. Kalau ko nak memperjuangkan islam ko tak semestinya bersama2 PAS dan PR. Sebab kadangkala bersama2 pro partisan, mereka cenderung menganggap mereka jek betul sentiasa. Tapi syarat utama nak berjuang mengenai islam mesti tak boleh bersama2 umno. Sebab mereka lah bapa perosak akidah umat islam di malaysia. 

Simple. Ko tak harap nak berkawan dengan syaitan bagi memerangi iblis bukan? Iblis kat sini ialah nafsu kita. Nafsu umat islam yang lalai. Syaitan kat sini bukan bererti umno. Tetapi penghasut yang menghalang kita daripada berbuat kerja2 menentang kemungkaran. 

Barangsiapa yang menghasut, melarang, menghalang dan menyukarkan perjalanan dakwah kita, meskipun dia bukan dilahirkan dalam keluarga syaitan, dia tetap dianggap sedara mara syaitan sebab buat kerja2 syaitan. Kita sudah ada syaitan yang mencukupi untuk melakukan kerja2 tersebut. Bahkan lebih dari mencukupi sehingga kita tak terperangi.  Jadi jangan amek alih tugas syaitan beb.

Biar mereka buat kerja mereka dan sebagai manusia khususnya umat islam, marilah kita buat kerja kita. Kalau dalam bab akidah pun nak bercanggahan atas sebab perbezaan politik, nampaknya dha dan umno kena belajar mengenalpasti apakah itu maksudnya memperjuangkan islam, melayu dan raja2 melayu. Lepas dah belajar baru cakap mengenainya. Oke. Bai.

Ameno : Tolak pas, undi umno = mempertahankan islam? Matematik apa tue? Ekekeke..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...