Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Julai 2012

Hey orang bukan islam, meh baca sini pasal THE STORE buat iklan BEER RAMADHAN.

Dengar sini. Ini bukan isu politik oke. Sebab tue dari awal aku tak menulis di blog politik. Aku komen cikit2 jek kat sini. Aku dah nampak semalam. Dan aku terus memerhatikan lagi pada hari neh. Setelah aku memerhatikan aku dapati terdapat beberapa orang bukan islam meloncat dalam isu neh. 

Kenapa?

Aku tak faham kenapa depa meloncat. Nanti dulu. Aku nak fahamkan maksud the store tue apa.

The store = jenama rangkaian pasaraya di malaysia. 

The store BUKAN bermaksud orang2 bukan islam.

Oke?

Sekarang isu beer ramadhan. Isu tue bermula bila the store buat promosi begini ;


WOW..

Promosi apa tue? Owhh arak. Lantak ko larh. 

BUT..

WOW again.. 

Promosi arak pun direlatedkan dengan ramadhan? 

Wait a minute. Mari mencari maksud sebenar arak dan ramadhan dulu.

Ramadhan = bulan islam. Bulan ini umat islam berpuasa.

Arak = sejenis minuman yang memabukkan. Orang islam haram minum. Orang bukan islam? Ko punya pasal.

Jadi di manakah sensitiviti THE STORE bila buat promosi begini? Kalau nak buat promosi hanya perlu buat julai sale ka, mid year sale ka, arak sale ka apa pun lantaklah. Jangan lah letak ramadhan sale. Kita tak suruh orang2 bukan islam berpuasa sebagaimana kita tetapi kita cuma minta satu perkara, you respect kita punya agama dan sensitiviti. Itu jek.

STOP.

Tapi ada orang tak faham isu. Bukan seme tapi ada, segilintir. Aku ada banyak rakan2 bukan islam yang faham apa itu respect dan tahu bagaimana nak respect orang bahkan aku juga sering bertelagah dengan member2 bukan islam dalam soal politik dan islam itu sendiri. 

Tetapi kita bukan bergaduh cuma kita "berbincang" dalam soal2 tertentu. In the end of the discussion, kita tetap kawan macam biasa walaupun beza agama dan bangsa. Aku buat begitu dengan seme orang muslim dan non-muslim. Takde hal.

Jadi merujuk kepada situasi the store neh suka lah aku nak ingatkan kekawan non-muslim yang meloncat tue fahami lah bahawa ;

1. Kita umat islam ialah manusia biasa macam korang. Korang pun ada agama, kami pun ada. Ada yang takde agama. Oke takpe. Tapi tetap spesis yang sama iaitu manusia.

2. Kita cakap pasal the store. Kita tak cakap pasal non-muslim. The store and non muslim ialah dua perkara yang berbeza maksudnya = different meaning = different subject = not the same thing = NO and NOT.

3. Kita sedang tegur pihak pengurusan the store = department of management of the store itself.

4. Ini bukan isu racism = racist = or whatsoever.

5. Jadi you don't have to worry jika ada umat islam yang marah dalam isu iklan beer - ramadhan. Kita tak simply accuse non-muslim yang salah. Kita tahu. Ini ialah masalah the store. Majority tahu.

6. Berkenaan umat islam yang mabok2 di sana or disini or di mana2 takde kaitan dengan topic yang kita bawa sekarang. 

- the store tak jaga sensitiviti umat islam = 1 topic.

- umat islam mabok sana sini = 1 topic.

So ada dua topic. Dua topic neh tak related. Bila dia mabok, dia mabok kerana dia mahu mabok. Bila the store tak jaga sensitiviti umat islam, dia tak jaga kerana dia mahu tidak jaga. Adakah kerana ada umat islam yang mabok maka the store tak perlu concern and thinks about muslims sensitivity? Of course larh ini satu pemikiran yang salah.

Simple analisis ;


Ada 1,000 umat islam. 400 orang umat islam suka mabok2. The store buat iklan sensitiviti. Umat islam marah the store. There are some non-muslims bekap the store cakap eleyyy umat islam suka mabok2 so..? Hanya kerana ada 400 sochai disitu, maka 600 orang kena tindas dan tak perlu lah dijaga sensitiviti mereka.. 

Itukah yang anda cakap bahawa kita kena hormat menghormati? Kenapa 400 orang yang mabok2 neh harus menjadi interface kepada 600 orang yang tidak mabok2? Kenapa mereka itu harus menjadi icon kami? Hanya kerana mereka suka mabok2 maka the store boleh tindas kami?

Kami bukan umat islam yang sempurna kalau anda mahu tahu. We are not the perfect muslims. Don't even think or expecting something like that from us. Tetapi jangan menilai kami atas perbuatan orang lain. When a muslim choose to ignore the prohibition, he does because of himself.

Seseorang yang mahu melanggar hukum adalah kerana dia mahu melanggar hukum. Adalah amat tidak adil menjustify kami semua EXACTLY the SAME semata2 ada umat islam yang melanggar ketetapan dalam islam.

Dan sekali lagi, ketahuilah kami tidak memaksa anda mempercayai dan mengamalkan apa yang kami percaya dan amalkan tetapi tolong lah belajar respect apa yang kami percaya dan amalkan. Adakah itu begitu sukar untuk dilaksanakan disini?

Belajarlah fahami apa itu topic perbincangan. Try to understand the topic before you simply think and act negatively. Ada sesetengah isu, korang boleh marah. Sometimes, there are some issues that you should get angry but not all issues that we raise up here, you should get angry on it. Ada sesetengah isu yang korang tak perlu marah. 

Tapi bila korang dah marah untuk sesetengah isu yang korang tak patut marah itu hanya membantu menambahkan persepsi serong yang telah terhasil selama neh. Ingatlah. Kita bawa apa diri kita. 

Your words reflect who you are. You are yourself. The one that you simply accused racist actually not a racist at all not even intended to spread the racism culture. But you, MIGHT. Its show when you start to comment before your brain manage to switch on its suis to think first.

And please do note that this entry purposely for those non-muslims that always accusing muslim and islam are racist. Stop hating us, oke? Just stop. 



Berikan perlindungan tambahan kepada GIGI anda!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...