Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Racist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Racist. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Julai 2012

Hey orang bukan islam, meh baca sini pasal THE STORE buat iklan BEER RAMADHAN.

Dengar sini. Ini bukan isu politik oke. Sebab tue dari awal aku tak menulis di blog politik. Aku komen cikit2 jek kat sini. Aku dah nampak semalam. Dan aku terus memerhatikan lagi pada hari neh. Setelah aku memerhatikan aku dapati terdapat beberapa orang bukan islam meloncat dalam isu neh. 

Kenapa?

Aku tak faham kenapa depa meloncat. Nanti dulu. Aku nak fahamkan maksud the store tue apa.

The store = jenama rangkaian pasaraya di malaysia. 

The store BUKAN bermaksud orang2 bukan islam.

Oke?

Sekarang isu beer ramadhan. Isu tue bermula bila the store buat promosi begini ;


WOW..

Promosi apa tue? Owhh arak. Lantak ko larh. 

BUT..

WOW again.. 

Promosi arak pun direlatedkan dengan ramadhan? 

Wait a minute. Mari mencari maksud sebenar arak dan ramadhan dulu.

Ramadhan = bulan islam. Bulan ini umat islam berpuasa.

Arak = sejenis minuman yang memabukkan. Orang islam haram minum. Orang bukan islam? Ko punya pasal.

Jadi di manakah sensitiviti THE STORE bila buat promosi begini? Kalau nak buat promosi hanya perlu buat julai sale ka, mid year sale ka, arak sale ka apa pun lantaklah. Jangan lah letak ramadhan sale. Kita tak suruh orang2 bukan islam berpuasa sebagaimana kita tetapi kita cuma minta satu perkara, you respect kita punya agama dan sensitiviti. Itu jek.

STOP.

Tapi ada orang tak faham isu. Bukan seme tapi ada, segilintir. Aku ada banyak rakan2 bukan islam yang faham apa itu respect dan tahu bagaimana nak respect orang bahkan aku juga sering bertelagah dengan member2 bukan islam dalam soal politik dan islam itu sendiri. 

Tetapi kita bukan bergaduh cuma kita "berbincang" dalam soal2 tertentu. In the end of the discussion, kita tetap kawan macam biasa walaupun beza agama dan bangsa. Aku buat begitu dengan seme orang muslim dan non-muslim. Takde hal.

Jadi merujuk kepada situasi the store neh suka lah aku nak ingatkan kekawan non-muslim yang meloncat tue fahami lah bahawa ;

1. Kita umat islam ialah manusia biasa macam korang. Korang pun ada agama, kami pun ada. Ada yang takde agama. Oke takpe. Tapi tetap spesis yang sama iaitu manusia.

2. Kita cakap pasal the store. Kita tak cakap pasal non-muslim. The store and non muslim ialah dua perkara yang berbeza maksudnya = different meaning = different subject = not the same thing = NO and NOT.

3. Kita sedang tegur pihak pengurusan the store = department of management of the store itself.

4. Ini bukan isu racism = racist = or whatsoever.

5. Jadi you don't have to worry jika ada umat islam yang marah dalam isu iklan beer - ramadhan. Kita tak simply accuse non-muslim yang salah. Kita tahu. Ini ialah masalah the store. Majority tahu.

6. Berkenaan umat islam yang mabok2 di sana or disini or di mana2 takde kaitan dengan topic yang kita bawa sekarang. 

- the store tak jaga sensitiviti umat islam = 1 topic.

- umat islam mabok sana sini = 1 topic.

So ada dua topic. Dua topic neh tak related. Bila dia mabok, dia mabok kerana dia mahu mabok. Bila the store tak jaga sensitiviti umat islam, dia tak jaga kerana dia mahu tidak jaga. Adakah kerana ada umat islam yang mabok maka the store tak perlu concern and thinks about muslims sensitivity? Of course larh ini satu pemikiran yang salah.

Simple analisis ;


Ada 1,000 umat islam. 400 orang umat islam suka mabok2. The store buat iklan sensitiviti. Umat islam marah the store. There are some non-muslims bekap the store cakap eleyyy umat islam suka mabok2 so..? Hanya kerana ada 400 sochai disitu, maka 600 orang kena tindas dan tak perlu lah dijaga sensitiviti mereka.. 

Itukah yang anda cakap bahawa kita kena hormat menghormati? Kenapa 400 orang yang mabok2 neh harus menjadi interface kepada 600 orang yang tidak mabok2? Kenapa mereka itu harus menjadi icon kami? Hanya kerana mereka suka mabok2 maka the store boleh tindas kami?

Kami bukan umat islam yang sempurna kalau anda mahu tahu. We are not the perfect muslims. Don't even think or expecting something like that from us. Tetapi jangan menilai kami atas perbuatan orang lain. When a muslim choose to ignore the prohibition, he does because of himself.

Seseorang yang mahu melanggar hukum adalah kerana dia mahu melanggar hukum. Adalah amat tidak adil menjustify kami semua EXACTLY the SAME semata2 ada umat islam yang melanggar ketetapan dalam islam.

Dan sekali lagi, ketahuilah kami tidak memaksa anda mempercayai dan mengamalkan apa yang kami percaya dan amalkan tetapi tolong lah belajar respect apa yang kami percaya dan amalkan. Adakah itu begitu sukar untuk dilaksanakan disini?

Belajarlah fahami apa itu topic perbincangan. Try to understand the topic before you simply think and act negatively. Ada sesetengah isu, korang boleh marah. Sometimes, there are some issues that you should get angry but not all issues that we raise up here, you should get angry on it. Ada sesetengah isu yang korang tak perlu marah. 

Tapi bila korang dah marah untuk sesetengah isu yang korang tak patut marah itu hanya membantu menambahkan persepsi serong yang telah terhasil selama neh. Ingatlah. Kita bawa apa diri kita. 

Your words reflect who you are. You are yourself. The one that you simply accused racist actually not a racist at all not even intended to spread the racism culture. But you, MIGHT. Its show when you start to comment before your brain manage to switch on its suis to think first.

And please do note that this entry purposely for those non-muslims that always accusing muslim and islam are racist. Stop hating us, oke? Just stop. 



Berikan perlindungan tambahan kepada GIGI anda!

Selasa, 31 Januari 2012

Murah gile harga melayu atau sukar gile orang bukan melayu nak masuk kelab golf neh?


Peh.

Apa benda neh?

Aku pun tak berapa nak sure sangat. Tapi dorang cakap benda neh racist. Racist sebab harga untuk keahlian kaum bukan melayu mahal gegila. Benda neh yang aku faham pun ialah ;

1. Di atas neh ialah notis harga.

2. Notis neh ialah harga bagi setiap keahlian untuk kelab golf negara subang [KGNS]

3. Setiap harga yang ditawarkan sangatlah berbeza mengikut bangsa.

4. Yang paling murah ialah kuato untuk orang melayu. Yang paling mahal ialah rate untuk orang india.

5. Cakap terus terang aku memang tak faham sangat konsep keahlian, konsep golf dan apa2 benda yang related dengan benda2 neh beb.

6. Tapi aku faham falsafah mudah disini. Kalau orang melayu nak jadi ahli dia kena bayar rm35k. Ataupun nak jual keahlian sendiri kepada orang lain. Harga bagi melayu neh paling murah. Kiranya notis di atas neh macam penanda aras. Permintaan dan penawaran larh kot. Muahaha..

7. Kalau india dan cina nak keahlian or nak jual keahlian dorang paling kurang cina kena ada 45k dan india pula kena ada 60k. Peh. Apahal rate dorang lebih tinggi? Pasal dorang lebih kaya ke apa? Atau pada demand untuk dorang lebih? Muahahaha.. aku pun tatau larh.

8. Kelab neh pun ada ikut sistem kuata beb. 45% = mesti melayu, 35% = mesti cina dan baki lagi 20% = mesti  india atau lain2 kaum. 

Hairan. Maksud aku apa pointnya sistem kuota neh? Hebat sangat ke golf neh sampai orang berebut2 nak main sehingga kena buat kuato? Kata president yang jual ahli jawatankuasa disiplin umno, tan sri megat najmuddin megat khas, kuota neh bersandarkan kepada niat yang baik sebab kalau di ikutkan kelab2 golf yang lain hanya mensasarkan satu bangsa je beb. 

Peh. Satu bangsa je? Kelab golf? Tapi kita 1 malaysia? Kenapa hanya mensasarkan 1 bangsa je? Best sangat kot golf neh sampai berlumba2 jadi ahli? Ramai juga orang kaya di malaysia neh. Boleh buat kelab golf 1malaysia pula pas neh. Versi jimat dan versi rakyat.

kah kah kah

Dan yang aku hairan juga, kenapa mesti ada rate yang berbeza untuk bangsa yang berbeza? Ada baiknya kalau buat satu rate yang selari je. Sapa ada duit mainlah golf, sapa takde duit pergilah belakang rumah main baling selipar. Pun okey gak pew. Aku selalu main dulu. Hidup gak. Membesar gak. Muahahaah..

Berita penuh disini

Ameno :  Kelab golf pun tak satu malaysia rupanya.. muahahaha..

Rabu, 3 Ogos 2011

Isu Lim Guan Eng makan dengan orang islam dan isu iklan 8tv yang tak racist pun..

Pertama aku nak ulas isu lim guan eng. Aku tak nampak ada apa2 masalah disini apabila lim guan eng makan bersama orang islam di bulan puasa. Lihat gambar di bawah neh ;


Di atas neh ialah lim guan eng. Dia neh ialah pemimpin pakatan rakyat dan ketua menteri pulau pinang. Atas kapasiti seorang pemimpin yang berbangsa cina maka suka ataupun tak suka dia kena layan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Agama dia menyatakan bahawa tiada masalah pun andai dia perlu menghadiri majlis berbuka puasa bagi memenuhi permintaan rakyat muslim.

So dia buat. Jadi apa masalahnya? Adakah dia bersalah apabila menunaikan tanggungjawab sebagai ketua menteri? Ada sapa2 paksa dia bersolat ka? Tak pun. Ada sapa2 suruh dia bagi tazkirah ka? Tak pun. So apa je nak argue benda remeh macam neh? Nasib baik dia tak bagi apa2 ucapan pada hari tersebut. Andai dia bagi silap2 orang umno akan menfitnah dia sedang memberikan tazkirah pula.

Memang ada ramai orang islam di penang. Tapi ketua menteri pulau pinang cuma satu dan ianya ialah lim guan eng. Kalau tak suka nak buat macam mana? Sapa suruh engko orang undi gerakan bertahun2 di penang sehingga cina menjadikan pulau pinang kubu kuat mereka? Semua pun tahu dinasti cina vs dinasti mamak kat penang tue. 

Itu ialah masalah yang korang buat sendiri. Bertolenrasi lah. Sekurangnya2 lim guan eng neh masih lagi mahu melayan dan memenuhi permintaan orang islam berbanding koh tsu koon tue. Semua pun tahu tsu koon tue racist yang amat. Bukan sikit2 alah racistnya.

Aku sejujurnya tak nampak lim guan eng buat kesalahan andai dia menganjurkan majlis berbuka puasa, berbuka puasa sekali ataupun menderma wang untuk tujuan berbuka puasa. Semua itu dia perlu buat atas kapasiti dia sebagai pemimpin pulau pinang dan kebetulan tiada kekangan dalam agama yang dia anuti.

Jangan bagi alasan fakir miskin, anak yatim, dia tak dapat pahala etc. Apabila tahu kewujudan fakir2 miskin di satu2 tempat, memang ramai orang bantu. Begitu lah juga dengan anak yatim. Walaupun kebanyakkan kes kita tengok di negeri2 umno sendirilah fakir2 miskin neh tak terbela. Mungkin kurang informasi. Malas nak cakap lebih2.

Tapi di tempat2 PAS [bercakap berdasarkan pengetahuan semasa aku] kita amek anak2 yatim dan orang miskin neh belajar mengaji pondok sambil berkerja. Kita bagi tempat tinggal + makanan + pakaian + ilmu agama + sekolah = secara percuma all. Semua foc. Tapi dengan syarat mereka harus lah terlibat dalam aktiviti2 masjid dan surau. Macam aktiviti memasak di bulan puasa bagi menjamu jemaah. So dia kena buat. 

Jadi ko, orang yang pongpang2 pasal fakir miskin, apa ko buat? Pongpang2 je? Pahala ke tak berpahala ke itu urusan lim guan eng. Dia rela nak buat, tapi ko sibuk pasal pahala dia? Perlu ke? Ko susah apa dia takde pahala? 

Isu kedua pula pasal iklan 8tv . Aku rasa semacam ada yang pelik bila orang islam tak faham mesej di balik penyampaian iklan terbabit. Aku boleh nampak jika wujud ketidakfahaman orang cina dalam isu neh. Sebab dorang tak nampak maksud tersirat disitu. Ini terjadi sebab mereka tak faham hukum islam.

Tapi yang aku heran apa pasal pula orang islam sendiri pun tak nampak mesej di balik iklan. Lebih parah pakatan pula pongpang2 pasal isu neh. Tah hapa2 lah weh. Aku tak nampak apa yang racist pun kat iklan neh. Ikut kepala hotak aku ;

1. Iklan neh mengajar cara2 kita menghormati ramadhan.

2. Pelakon cina watak utama kerana 8tv ialah saluran tv yang ditonton oleh bangsa neh.

3. Iklan neh secara kasar dilihat seperti mendidik non muslim. Tetapi secara tersiratnya memerli orang islam.

4. Semua tahu bahawa kebanyakkan orang cina + india memang menghormati bulan ramadhan dan orang islam.

5. Penerbit iklan neh pun tahu.

6. Dan motif penerbit neh ialah menasihati orang yang tidak menghormati bulan ramadhan.

7. So sesiapa yang tidak menghormati bulan ramadhan je lah patut marah.

Sebab itu aku heran kenapa iklan neh dikritik hebat sedangkan ia membawa mesej yang baik? Mana ada racist. Biasalah cina bawa watak. Salah meh? Cina tak boleh bawa watak or nasihat kan orang ka? Orang2 yang fikir bahawa hanya orang melayu je yang layak bawa watak dan nasihat orang sebenarnya ada masalah mental.

Di malaysia yang begitu berbilang kaum neh. Jangan lah kita hanya memandang bahawa cina layak nasihat cina, india layak nasihat india dan begitulah sebaliknya. Takde masalah pun gadis cina dalam iklan tue perli orang islam. Aku suka tengok lakonan dia. Hanya kerana korang tak mampu memahami maksud tersirat dia terus korang cakap iklan neh racist. Tah hapa2 plak aku rasa. 

Ameno : Iklan tue wajar di telivisedkan diseluruh negara pada tiap2 ramadhan. Aku suka pompuan cina tue. Terbaekk..~~

Isnin, 2 Mei 2011

DAP : Hapuskan hak melayu! [DAP must read this]

WOW.. tak ku sangka umno benar-benar mahu mewujudkan peristiwa 13 may di malaysia. Dulu aku yang taktahu apa2 sangka bahawa peristiwa 13 may ialah peristiwa cina lawan tokey [melayu]. Heheheh.. biasalah dulu2 mana ada internet2 neh bhai. So buta2 lah gua kena tipu hidup2 dengan barisan. Heh.

Rupanya aku silap. Peristiwa 13 may ialah ;

satu peristiwa di mana umno mempertahankan kuasa dengan cara jijik dan keji sampai sanggup mengorbankan rakyat berbilang bangsa yang terdosa. Umno [perikatan] pada ketika itu telah hilang sokongan rakyat cina di mana rakyat cina berpihak kepada pembangkang dap dan gerakan [dulu dia pembangkang] yang kemudian nya menyebabkan umno bertindak kejam dengan meniupkan sentimen perkauman dan keagamaan sehingga menyebabkan peristiwa amok di mana orang melayu membunuh org cina di mana-mana sahaja sehingga org cina pada ketika itu hidup dalam ketakutan. Orang melayu dan cina saling berbunuhan disebabkan fitnah umno. Apa yang lebih dasat pihak polis juga tidak berjaya [ada yang cakap memang sengaja tidak mahu kawal keadaan disebabkan arahan umno] mengawal keadaan. Peristiwa ini boleh dibaca s secara detail kat sini.

Akhirnya aku dah faham. Dulu bengang gak aku dengan orang cina neh ble mengenangkan peristiwa 13 may. Last2 bila aku dah tahu, rasa nak penyepak sekor2 dalam umno. Sekarang neh peristiwa yang sama cuba diwujudkan oleh umno. Info neh dapat dari member facebook. Dia ada uploadkan satu video dimana video tersebut adalah untuk menyerapkan sentimen kebencian melayu terhadap kaum cina. Lihat screenshots yang aku captured kat bawah neh ;





Video tersebut dia dapat dari karnival 1malaysia, parit jaya, johor. Ia diedarkan oleh orang umno kepada rakyat malaysia yang berbangsa melayu.

1. Tajuk video neh memang tak boleh blah. 
2. Beberapa screenshots yang membabitkan dap dalam neh.

Untuk lihat video klik sini.

Isi kandungan video ini ialah ;


1. Dap punca kepada peristiwa 13 may

2. Dap menjadi kuasa pencatur utama dalam pakatan rakyat juga menentukan halatuju pkr dan dap.


3. dsai diberikan jawatan ketua pembangkang sbb dap nak buat malaysia malaysian.
4. lim kit siang derhaka pada sultan di perak. 

5. dap memberikan jawatan menteri besar kpd nizar di perak berdasarkan perjanjian pangkor II

6. dap menguasai sidang parlimen perak, pas dipinggirkan terus utk kikis hak org islam.

7. dap hina Alquran.

8. dap kuasai selangor.

9. dap bermaharajalela bila dapat kuasa bagaikan beruk dapat cincin.


10. dap ialah mastermind di selangor. Diberikan jawatan2 penting di selangor.


11. pkns dipegang oleh dap.


12. jawatan petronas, tnb dan telekom akan diberikan kpd cina jika dap menangi pru 13.


13. dap panggang 5 ekor babi bagi meraikan kemenangan mereka atas lima negeri pada pru-12.


14. Dap juga gunakan 100 juta ringgit duit cukai rakyat untuk peternakan babi moden terbesar di asia. 


15. teresa kok pergi masjid pakai skirt.

16. dap [189 orang] suruh masjid2 di selangor perlahankan azan.

17. ronnie liu memperlekehkan hassan ali berhubung isu arak. Ronnie liu juga terlibat dalam rasuah.


18. dap ubah had size rumah ibadat dan tambah peruntukan utk membina rumah ibadat kaum cina.


19. teresa kok bina gereja terbesar di malaysia.


20. rumah2 urut meningkat sebanyak 70% selepas 2 tahun dap pegang selangor. 

21. LGE menyewa banglo mewah guna duit rakyat.

22. LGE mahu hapuskan hak org melayu di pulau pinang.



23. LGE hapuskan peniaga melayu dan robohkan rumah melayu dan kampung melayu.


24. Kedai makan doremi, dan macam2 kedai dihapuskan. LGE juga melarang peniaga melayu berniaga di komtar.


Dan beberapa lagi. Banyak. Orang melayu kalau tengok boleh lah dikatakan akan terpengaruh sebanyak 50%. Tapi aku dah tahu fakta. Aku tak terpengaruh waima satu sen pun. Video ini adalah fitnah dan penipuan besar umno. Tapi ada beberapa isu dalam neh yang membabitkan dap memang benar cuma dimanipulasikan habis bagi menampakkan seolah2 dap bersalah habis.

Aku tak gemar dengan permainan umno neh. Aku tak gemar langsung. Bukanlah aku membela sangat hala tuju dan perjuangan dap. Aku tidak. Halatuju dap neh memang aku takan terima sampai bila2. Sebab dap ialah parti keduniaan. Dap tidak memperjuangkan islam. So untuk parti macam neh aku memang tolak habis. Tapi tolak perjuangan dap bukan bererti aku kena memusuhi dap. Perjuangan dia aku tak terima, tetapi aku kena hormat. Dia buat apa yang dia rasa betul untuk parti dia dan malaysia. Pun lebih baik dari umno.

Dap tiada alasan untuk berjuang menegakkan islam sebab dia bukan org islam. Itu adalah sikap normal bagi org bukan islam. Tetapi itu tidak bermaksud kita boleh hukum dan fitnah dap semata-mata dia bukan islam. Dap bukanlah parti yang mahu memporak-perandakan malaysia. Walaupun terdapat ramai individu racist dalam dap tetapi masih terdapat individu2 yang tidak racist dalam dap. Ramai. Malahan aku rasa lebih ramai dari yang racist. Aku tengok mereka baik2 je. Lebih baik dari umno. Nak buat macam mana. Bukan aku nak lebihkan dap dari umno. Tetapi ini pengalaman aku sendiri. Aku bercakap perkara yang betul.

Yang cuba menimbulkan huru hara sekarang neh ialah umno dan bukan dap. Aku tak taktahu kalau ada orang melayu yang terperangkap dengan permainan umno neh. Pasal apa aku tengok ramai gak org2 cina dan melayu asyik bertekak dalam fb dan bersikap racist semenjak dua menjak neh. Nak aku kata bodoh mmg lah dorang bodoh sebab tak amek tahu pasal politik, dipengaruhi pula oleh pemimpin masing2 di mana ;

1. Umno sibuk potpet2 pasal perjuangan melayu
2. Mca pula sibuk potpet2 melayu tindas cina

Lama kelamaan tak banyak sedikit demi sedikit masing2 akan membenci masing2. Cina benci melayu dan melayu benci cina. Dan bila itu terjadi mula lah melayu boikot kedai cina. Cina boikot barang melayu. Jika ditambahkan api akan jadi pergaduhan. Jika ditambahkan peristiwa akan jadi rusuhan. Jika rusuhan berjaya maka sekali lagi umno pegang kuasa dengan darah rakyat yang teraniaya.

Fikirlah pembangkang bukan hanya cina sahaja di malaysia. Aku juga pembangkang. Aku pro pas. Tetapi aku tiada masalah untuk menghormati pendirian dap. Kadangkala kami bertekak. Oii lue dap, gua tak suka cara lue. Tapi kadang2 kami berkerjasama. Wey dap camne kita nak menjahanamkan umno neh hah? Bertekak, berbeza pendapat adalah perkara biasa dalam kehidupan. Tapi itu tak menjadikan kami musuh abadi kerana kami 1malaysia mahukan harapan yang sama iaitu keamanan abadi.

Ameno : Peristiwa 13 mei ialah peristiwa di mana BN menganiaya orang cina secara terang-terangan. Orang cina bukan hanya di aniaya oleh umno [melayu] malahan oleh mca sendiri, parti yg sepatutnya membela org cina. Heh.


Isnin, 25 April 2011

Hot : 1Melayu 1Bumi : kini realiti !

Kalau nak tahu 2 minggu lepas utusan ada bagi idea untuk mewujudkan gagasan 1melayu 1bumi. Rancangan utusan tue bagi aku sendiri memang gila. Buat apa nak 1melayu?Kenapa tidak 1islam?Janganlah asobiyah padahal islam dah larang awal2. 

Tapi aku tak kesah masa tue sbb aku fikir takanlah cadangan bodoh neh ada orang nak amek port? Setakat MCA nak melenting2 pun takde lah aku heran. Pasal MCA tue parti racist. Kalau dah racist [mca] lawan racist [umno] aku dok tepi sudahlah. Tepuk tangan ke. Apa ke. Hehehe.. Tengok gambar kat bawah neh. Petikan utusan ;



Alih2 jangkaan aku tersilap. Cadangan utusan rupanya disambut baik oleh perkasa. Arhh sudah. Biar betul beb. Baca bawah ;


Kalau ini perjuangan perkasa maka aku awal2 lagi tarikdiri. Malas aku nak berpuak2 dengan semangat kebangsaan neh. Aku tahu cinta pada bangsa sendiri [menerima asal usul kita] tidak salah. Contohnya kalau ko orang melayu jawa ko terima diri ko melayu jawa. Janganlah sampai malu nak mengaku ko tue ada keturunan jawa. 

Tapi kalau dah sampai melebih2 bangsa sendiri sehingga melebihi kecintaan kepada islam. Itu baru salah. Aku tak boleh terima. Sudahlah begitu, sampai mengatakan bangsa dia lebih hebat dari mana2 bangsa didunia ini pula. Lagilah melampau macam tue. Contohnya macam perjuangan perkasa neh lah. Apa aim nak buat 1melayu 1bumi? Adakah melayu ini memiliki bumi ini atau apa? Buatlah kempen yang bermanfaat sket.

Cuba lah fikir masalah akidah umat islam ke apa ke pada zaman sekarang. Ada perkasa pernah peduli pasal akidah umat islam? Baca sini untuk baca kes orang islam yang murtad. Cari alternatif macam mana nak pujuk pemimpin2 islam kita untuk laksanakan islam dalam sistem pentadbiran ke apa ke. Biarlah bersatu atas nama akidah. Nak bersatu atas nama bangsa? Boleh. Memang boleh. Itu perbuatan orang kafir. Orang kafir mereka tak kenal islam. Oleh itu mereka tak kenal penyatuan atas nama akidah. Tapi orang islam kenal apa itu islam dan faham apa itu akidah. Kalau sikap yang mengaku islam pun lebih kurang sama macam sikap orang kafir yang tidak memahami hidayah maka apalah yang boleh kita harapkan? 

Haizhh.. malaysiaku semakin rosak dengan agenda racist untuk menjahanamkan perpaduan antara kaum.

Dan perkasa sanggup betul buat demo macam bawah neh. Demi melayu? Yeke demi melayu? Jawablah dengan Allah swt. Jangan esok lusa cakap orang tak ingatkan ye.
Berita penuh disini

Ameno : Psttt.. baca betul2 apa yang dorang tulis tue. Akhbar cina lebih racist? So maknanya dorang pun mengaku lah dorang racist kan? Cuma kurang racist dari mca je kan? Kah kah kah..

Ahad, 24 April 2011

Entry segera : Page kutuk cina babi di facebook pula!

Kalau hari tue ada page yang kutuk orang melayu di sini dan sini.. Kini muncul pula page yang kutuk orang cina. Tujuan mereka buat page tue sampai sekarang aku tak faham. Dan aku memang malas nak faham. Apa yang aku tahu page neh hanya akan memupuk semangat kebencian sesama kita. Lihat bawah ;


Arhh sudah. Ko nak bawa semangat kebencian ko kepada orang cina dihadapan public pula. Tapi yang heran tue dia dok kaitkan dengan page bawah neh ;


Untuk rekod page kbsb = kami benci saiful bukhari takde kena mengena dengan orang yang create page di atas neh. Apa aim dia dok heret jenama kbsb aku pun taktahu tapi aku takan lepaskan dia kerana membabitkan aku dan seluruh admins kbsb tak pasal2.

Aku takut orang ingat aku yang create page tue. Aku cuma benci perlakuan fitnah saiful dan bukan saiful apatah lagi orang cina. Mangkok pecah manalah yang buat page bodoh neh. Woitt jom kita kasi report ramai2. 

Untuk report klik sini

Cari pendapatan online perlu tahu caranya. Baca sini.

Ameno : Aku rasa neh antara entry ekpress aku neh.. heheheh

Isnin, 11 April 2011

Edisi kantoi : AmenoWorld vs cina racist.

Lawak siot. Siyes. Kalau yang taktahu dari mula kena baca sini dulu. Baru faham whole story. Selepas aku dedahkan ada page racist di facebook kat blog aku neh. Ramailah orang2 melayu gi serang page tue. 

Ada yang nasihat cara baik. Ada yang main bahasa maki. Ada gak yang panas ahti sampai dok bergaduh2. Walaupun aku dah nasihatkan jangan ikut perangai mcm orang takde adab tapi memang ada je melayu yang bohlayan dengan nasihat tue dan pergi tunjuk ketiada adapan mereka kat cina2 racist yang biadap. 

Boleh fikir ka?

melayu takde adab + cina takde adab = manusia takde adab.

Kiranya page tue tadi membentuk sekumpulan manusia [bukan semua] yang tiada adab. Ceh. Niat nak tarbiah hilang. Niat maki hamun yang sampai yang dulu. Agaknya waktu itu hasutan setan lebih laju dari pujukan malaikat kot. Cepat benar hilang sabarnya. Macam mana nak berdakwah? Heh.

Tengok sini ;



Kat atas neh ada dua petikan printscreen. Tengok perangai si otai tue. Yang sebenarnya aku gertak je. Mana aku ada printscreen setiap kata2 dia pun. Malas aku. Banyak sangat dia komen kat page tue.

Kita patut educate mereka neh. Kalau nak benci, benci umno dan bn. Bukan melayu. Jangan cakap ;

benci melayu aku tak kesah.

Heloo..  kita tak boleh cakap benci sesuatu bangsa sebagai tak kesah sbb kita tak boleh benci mana2 bangsa. Tolong jangan mengalakkan pula org utk benci melayu. Pls lah.

Selepas aku komen kat situ.. dalam masa 5 minit komen aku lesap. Dan dengan aku2 skali lesap. Yang pelik cuma aku je. Orang lain tidak. Atau lebih tepat melayu yang komen maki hamun tak di delete komen mereka. Ada gak melayu2 yg tak maki hamun  tp tak banyak. Komen mereka ada. Mungkin aku diban atas faktor individu tue tahu sapa aku. Ceh. Ko main kotor enh?

Kenapa? Ameno bukan orang jahat beb. Aku kecewa lah. AKu asyik kena ban je. Aku masih down lagi neh sbb kena ban kat page najib razak adalah dalam seminggu yang lepas. Neh kena ban pula kat page ko. Apasal seme nak ban aku je neh?  Fobia ke apa? Heh.

Page itu dibuat pada 4 april. Aku tahu beb. Aku dah jelajah habis. Orang yang terawal komen kat page itu sejurus page itu diwujudkan ialah individu kat bawah neh ;


Aku printscreen dengan no profile dia sekali. Sudah tentu dia ada link dengan pemilik profile di atas neh. Admin page mesti invite2 geng2 dia masuk page anti melayu neh dulu.

Mana ko nak lari. Kalau pun ko berjaya sembunyikan diri ataupun deactivedkan acc ko, berdasarkan kpd no profile ko, ko boleh dikesan hanya dengan satu panggilan kepada management facebook, tahu?

Hey.. racist adalah racist. Sama ketika aku menyampah kat pengetua siti inshah ketika bersikap racist kpd bangsa cina + india kat sekolah, perkara yg sama gak aku menyampahlah kat korang yg bersikap racist pada org melayu. 

Jangan fikir nak lari atau nak cabut mcm tue je. Aku printscreen banyak neh. Korang tak reti nak kawal kemarahan dan fikir sensitiviti org lain. Dengan islam sekali korang kutuk dlm bahasa cina. Amboi3x.. tak suka i nyah.. auwww teer tukar plak.. heh.

Bagi menambahkan kebencian melayu kepada orang cina dalam page tue, tetiba je admin page tukar profile pic kepada yg neh ;



Sebelum tue yang neh ;


Hahahaha.. aku masuk je dalam 5minit dia ban aku, peh tue dan2 tukar pic profile gambar dap. Apa kes? Peh tue kan.. aku provoke dia larh.. aku provoke dalam kbsb. Baca bawah ;


Aku syak dia pantau perjalanan page kbsb. So aku syak kalau dia online dia mesti baca. Heh. Peh tue kan sekarang page tue hilang. Mana pergi? Apa je bukti yg aku ada? aku pun blur. Bukanlah aku ada bukti sangat pun. Heh.

Sanggup dia lari enh. Belum berjuang benci melayu dah mengaku kalah. Heh.  Kiranya semangat juang kebencian dia tue tipis je lah. Kan? Heh.

Tapi aku tak yakin page neh orang melayu yg buat. Takan dia benci pembangkang sampai sanggup kutuk dan maki hamun islam pula? Tapi tak mustahil gak. Cuma aku takde bukti kukuh nak kata page itu dibuat oleh umno apatah lagi barisan nasional.  Aku rasa itu dibuat oleh org cina yang benci melayu. Mungkin admin cina neh pro mca kot. Kalau dia pro dap takan dia bodoh2 nak aniaya dap dengan komen2 racist dia?

Tapi penubuhan page neh aku rasa takde kena mengena dengan politik. Ini cuma kebencian peribadi admin tersebut terhadap org melayu. Tak kiralah mereka nak benci sbb apa pun. Kalau nak kata kerajaan punca mereka racist, so jawapan yg sama gak boleh kita cipta utk penyokong2 umno yg racist. Kalau kita fikir kita blh bertolenrasi dengan cina yg racist apa je masalahnya kita tak boleh bertolenrasi dengan melayu yg racist? Sama je kan?

Kesimpulan nya, sapa racist, kit tolaklah. Jangan cipta alasan utk mereka. Buang masa dowh.

Ameno : Racist pun tahu takut.

Woi cina racist : Apa masalah korang hah mangkuk?

Aku terbuka satu page tadi. Page itu page yang mengajak orang2 cina malaysia benci melayu. Haitt.. aku fikir dorang benci umno. Tapi tak beb. Dorang benci melayu. Bukan umno. Baca betul2. Ia melayu. Cina neh dia ajak orang cina lain di malaysia untuk benci orang melayu. Hait.. apa hal pula sampai seluruh bangsa melayu kena jadi mangsa dia neh?

Helloo.. ko nak benci umno itu ko punya pasal. Ko nak benci barisan nasional itu pun ko punya pasal. Kalau ko nak marah ko marah lah melayu umno ataupun melayu barisan nasional. Ataupun melayu perkasa. Lantaklah. Racist sama racist bergaduh. Kita tengok pula sapa yang menang. Tapi yang tak racist macam aku, macam melayu-melayu lain tak patut jadi mangsa atau bahan caci maki korang.

Tak adil beb. Mana adil. Benci perbuatan. Benci individu. Tapi jangan heret sampai ko benci bangsa. Perlakuan individu bukan masalah bangsa. Apa kena mengena pula pasal bangsa kat sini? Mencarut2. Memaki2 melayu dalam bahasa cina macamlah kami takde kawan cina ataupun tak reti rujuk google translate. Silap2 kamus cina pun kami ada tahu.

Fuck, babi, pelacur, anak haram, cibai semua ada. Dari bawah sampai atas page. Product page neh ialah product cina racist yang dilahirkan untuk maki hamun orang melayu. Of cozz aku akan terasa kalau baca page macam neh.

Kata2 mereka dalam tue dah melampaui batas macam orang sakit otak. Takde adab. Ya, aku faham yang aku di ajar untuk menghormati orang macam mereka kerana aku orang islam. Kerana itu aku masih sabar. Kalau bukan kerana Allah swt memang layak dah bahasa maki dibalas maki. Tapi memaki hamun mereka tak mendatangkan hasil pun buat aku. Apa yang boleh aku buat, ialah printscreen dan report perbuatan biadap mereka semoga mereka sedar yang setiap tindakan ada kesan nya.

Nasihat aku mudah je. Kalau korang benci satu2 pemimpin. Ataupun satu2 parti ataupun satu2 penjenayah ataupun satu2 salah laku, nilai mereka berdasarkan diri mereka. Jangan heret agama dan bangsa dalam kebencian korang. Agama ataupun bangsa bukan masalah sebenar kat sini. Sama seperti aku yang benci perbuatan korang. Adakah aku perlu maki hamun bangsa cina untuk membalas? ataupun babi yg tak berdosa kena terima akibat?


Benci perbuatan korang, bukan bermaksud aku benci bangsa cina. Aku.. sayang bangsa cina. Aku sayang bangsa india. Aku sayang bangsa malaysia. Yang aku tak sayang orang racist macam korang. Tengok bawah ;






Kebencian melulu dan takde tujuan. Kalau dah hebat sangat tulis lah bahasa english atau melayu supaya kami org melayu blh faham secara direct. Owhh tak berani tulis sbb dlam fb korang pun ada kekawan melayu kan? Betul? So tak mungkinlah korang nak dorang tahu yang korang benci org melayu kan? Ceh. Itu namanya hipokrit. Berani benci tapi tak berani tunjuk.

Marilah aku ajar korang satu tipsi. Untuk benci orang melayu korang kena berani. Bagi membuktikan korang berani, aku cabar korang tubuhkan page aku benci orang melayu. Hey.. aku neh berani tahu?

Satu malaysia tahu yang aku sangat berani mengakui yang aku benci saiful bukhari.  Sebab itu wujudlah page kami benci saiful bukhari. Aku bukan setakat berani benci saiful, malahan aku berani ajak orang lain untuk benci saiful. So kepada cina2 yg berani nak benci melayu tue.. bila lagi nak tunjuk kan depan2 kebencian korang tue? Takut cakap takutlah. Heh.

Untuk capaian page di atas klik sini.

Nota : Kepada orang melayu yang nak masuk kat page neh, sila ingat Allah swt sebelum bertindak memaki mereka. Yang islam kita, bukan mereka. Jadi tanggungjawab utk berdakwah itu atas bahu kita, bukan atas bahu mereka.

Ameno : racist takde tempat di malaysia.

Khamis, 17 Februari 2011

Identiti amingenji yang hina kaum india terdedah.








Ini adalah kali kedua aku menulis semula posting neh. Tulisan kali pertama aku padam. Aku padam sebab aku rasa terlalu skema dan entah hapa-hapa. Heh

Kalau korang nak tahu asas citer neh, dipersilakan rujuk video racist neh terlebih dahulu. Dah tengok boleh masuk komen sini.

1. Tengok printscreen kat atas. Aku tengok budak amingenji neh dah berambos setelah video racist tersebut menjadi kontroversi di dunia internet.

2. Mungkin itupun yang dia cari untuk raih populariti.

3. Yelah, kalau sungguh nak berambos, kenapa tak tutup je terus blog dia? Betul? Bajet nak tunjuk muka tak handsome dia lah tue.. ceh

4. Siap bagi amanat terakhir lagi tue. Ceh.. terakhir lah sangat.. kalau berani meh lah datang sini kita slowtalk sesama..

5. Namun aku rasa budak gangster melayu neh memang ada masalah jiwa yang kronik. Dia ingat dia sorang aje kenal dunia internet time umur 15 - 17 tahun? Aku pun kenal dunia internet sejak awal remaja gak tapi takde plak nak wat belog bodoh macam tue.. apatah lagi merepek yang bukan-bukan kat youtube..heh

6. Dalam pada dok kutuk india, dia makan gak roti canai enh? Sadis betul..

7. Kalau korang tengok video racist tersebut.. korang perasan sebenarnya dorang [amingenji gangster yg tak handsome] neh buli budak-budak yang baru masuk sekolah.. maybe bebudak form 1 kot..

8. Budak-budak melayu yang buli bebudak india tue sekarang form 5. Nak amek SPM. Tapi kaki ponteng sekolah.. kaki suzi [boleh tengok repekan di atas] dan kaki mengarut..

9. Pengajaran terbaik untuk budak ini ialah dia kena dihukum. Dia kena minta maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi perbuatan biadap tersebut.

10. Kenapa kita kena hukum dia? Pasal dia neh .. beratus-ratus komen hina islam, melayu dan Nabi Muhammad saw kat youtube [bawah video dia] ditulis.. sebagai respon balas di atas perbuatan biadap dia.. Namun video tersebut telah hilang ble dia bertindak tutup account dia. Dia fikir kita hanya dapat jejak dia menerusi facebook, twitter dan youtube je ke? Dalam blog pun boleh gak per. Heh

11. Nak tengok gambar dia?

Opsss maaf aku tutup sebab dia tak handsome pun. Buang masa lah tengok budak yang berperangai buruk bila tak sedar muka pun tak berapa handsome gak.. heh

12. Kesimpulan nya budak yang buat video racist neh memang orang melayu. So orang-orang yang mengatakan india yang buat video tersebut semata-mata nak cetus rusuhan kaum nampaknya tak betul.. tet.

13. Apa pun bangsa mereka, asalkan mereka racist mereka tetap dibenci. Aku benci racist india, melayu atau cina. Tiada beza kerana racist ialah racist. Racist bukan bawa imej bangsa tapi imej individu. Orang macam di atas neh, walaupun dia melayu.. dan bersikap racist tetapi tidak adil pula kalau seme melayu terpalit dengan persepsi buruk disebabkan kebiadapan dia.

14. Ada juga yang bagitau mungkin budak neh dah insaf.. aku nak cakap, kalau dia dah insaf Alhamdullilah. Lagi bagus kalau dia tulis statement minta maaf secara terbuka. Tapi kalau dia lari sebab takut .. bek tak payah. Makna dia bukan nya insaf sebaliknya dia takmo dikenakan tindakan undang-undang je. Orang yang dah insaf depa tak lari tapi sebaliknya depa deal dengan situasi tersebut.

15. Kesimpulan nya janganlah kita bersikap racist disebabkan ada orang racist dengan kita. Mereka [orang bukan islam] menilai kita [orang islam] berdasarkan perwatakan kita. So.. pepandailah bawa imej islam yang Rasul Allah tonjolkan.
Ameno : Amingenji.. lagi bagus kalau ko masuk blog aku neh weh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...