Ini adalah kali kedua aku menulis semula posting neh. Tulisan kali pertama aku padam. Aku padam sebab aku rasa terlalu skema dan entah hapa-hapa. Heh
Kalau korang nak tahu asas citer neh, dipersilakan rujuk video racist neh terlebih dahulu. Dah tengok boleh masuk komen sini.
1. Tengok printscreen kat atas. Aku tengok budak amingenji neh dah berambos setelah video racist tersebut menjadi kontroversi di dunia internet.
2. Mungkin itupun yang dia cari untuk raih populariti.
3. Yelah, kalau sungguh nak berambos, kenapa tak tutup je terus blog dia? Betul? Bajet nak tunjuk muka tak handsome dia lah tue.. ceh
4. Siap bagi amanat terakhir lagi tue. Ceh.. terakhir lah sangat.. kalau berani meh lah datang sini kita slowtalk sesama..
5. Namun aku rasa budak gangster melayu neh memang ada masalah jiwa yang kronik. Dia ingat dia sorang aje kenal dunia internet time umur 15 - 17 tahun? Aku pun kenal dunia internet sejak awal remaja gak tapi takde plak nak wat belog bodoh macam tue.. apatah lagi merepek yang bukan-bukan kat youtube..heh
6. Dalam pada dok kutuk india, dia makan gak roti canai enh? Sadis betul..
7. Kalau korang tengok video racist tersebut.. korang perasan sebenarnya dorang [amingenji gangster yg tak handsome] neh buli budak-budak yang baru masuk sekolah.. maybe bebudak form 1 kot..
8. Budak-budak melayu yang buli bebudak india tue sekarang form 5. Nak amek SPM. Tapi kaki ponteng sekolah.. kaki suzi [boleh tengok repekan di atas] dan kaki mengarut..
9. Pengajaran terbaik untuk budak ini ialah dia kena dihukum. Dia kena minta maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi perbuatan biadap tersebut.
10. Kenapa kita kena hukum dia? Pasal dia neh .. beratus-ratus komen hina islam, melayu dan Nabi Muhammad saw kat youtube [bawah video dia] ditulis.. sebagai respon balas di atas perbuatan biadap dia.. Namun video tersebut telah hilang ble dia bertindak tutup account dia. Dia fikir kita hanya dapat jejak dia menerusi facebook, twitter dan youtube je ke? Dalam blog pun boleh gak per. Heh
11. Nak tengok gambar dia?
Opsss maaf aku tutup sebab dia tak handsome pun. Buang masa lah tengok budak yang berperangai buruk bila tak sedar muka pun tak berapa handsome gak.. heh
12. Kesimpulan nya budak yang buat video racist neh memang orang melayu. So orang-orang yang mengatakan india yang buat video tersebut semata-mata nak cetus rusuhan kaum nampaknya tak betul.. tet.
13. Apa pun bangsa mereka, asalkan mereka racist mereka tetap dibenci. Aku benci racist india, melayu atau cina. Tiada beza kerana racist ialah racist. Racist bukan bawa imej bangsa tapi imej individu. Orang macam di atas neh, walaupun dia melayu.. dan bersikap racist tetapi tidak adil pula kalau seme melayu terpalit dengan persepsi buruk disebabkan kebiadapan dia.
14. Ada juga yang bagitau mungkin budak neh dah insaf.. aku nak cakap, kalau dia dah insaf Alhamdullilah. Lagi bagus kalau dia tulis statement minta maaf secara terbuka. Tapi kalau dia lari sebab takut .. bek tak payah. Makna dia bukan nya insaf sebaliknya dia takmo dikenakan tindakan undang-undang je. Orang yang dah insaf depa tak lari tapi sebaliknya depa deal dengan situasi tersebut.
15. Kesimpulan nya janganlah kita bersikap racist disebabkan ada orang racist dengan kita. Mereka [orang bukan islam] menilai kita [orang islam] berdasarkan perwatakan kita. So.. pepandailah bawa imej islam yang Rasul Allah tonjolkan.
Promosi istimewa Celcom.. klik sini
Mahukan menu lazat di pizza hut.. klik sini
Terbaik dari Petronas sempena Tahun Baru Cina
Ameno : Amingenji.. lagi bagus kalau ko masuk blog aku neh weh..





