Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 November 2016

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia.

Seorang blogger terkenal dan aktif menulis mengenai politik semasa, khususnya tentang 1MDB, Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad).

Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau tiba-tiba menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri kesayangannya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi Isnin di tanah perkuburan berhampiran Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Saya beberapa kali sempat bertemu dan berbual-bual dengannya sebelum ini, malah kerap terjumpa dalam beberapa program melibatkan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Beliau seorang yang baik hati, ramah, tidak sombong, suka bergurau dan amat menyenangkan sebagai seorang kawan.

Sesungguhnya pemergian Din Turtle ini membuatkan kita rasa kehilangan dan merindui tulisan serta kritikannya.

Al-fatihah buat Allahyarham Din Turtle dan takziah kepada keluarganya, mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. (Shahbudin)
--------------------------
Sedih sangat mendapat khabar rakan seperjuangan Shaifudin Mahmud@Din Turtle telah kembali ke rahmatullah. 

Beliau antara blogger yang paling rajin dan istiqamah menulis, menerjemah dan menganalisa skandal 1MDB dalam masa 2 tahun ini. 

Blog beliau telah disekat oleh SKMM kerana capaian dan tulisan beliau dalam Bahasa Melayu memudahkan rakyat jelata memahami skandal 1MDB yang rumit. 

Ya Allah kau tempatkanlah beliau bersama para solihin dan semoga kau terima amal jariah khususnya usaha beliau dalam nahi mungkar ke atas 1MDB sebagai saksi beliau sebagai seorang mukmin di sisi-Mu. Amin.

 اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

 Al-Fatihah. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...