Isnin, 16 April 2018

Petugas PKR Dihalau Orang Kampung Ketika Cuba Pasang Bendera.

“Jalan-jalan… kampung kitorang jangan masuk. Datang 5 tahun sekali, Ya Allah… Ya jalan-jalan. Bawa calon 5 tahun sekali datang rumah orang, rumah ke rumah.. adoi, buat malu je lah,” kata seorang wanita berbaju merah dalam satu rakaman yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.


Turut kedengaran suara seorang lagi wanita dipercayai perakam video tersebut  yang mengucapkan ‘terima kasih’ kepada petugas-petugas berkenaan, dan meminta mereka menunggu hari mengundi (9 Mei).

Rakaman video yang berdurasi selama 57 saat itu dikongsikan oleh portal theRakyat yang memaparkan beberapa kenderaan yang berbendera PKR telah diusir keluar daripada kampung oleh dua wanita, yang kelihatan seperti memarahi petugas pembangkang kerana memasuki kawasan berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Kelebeng, Melaka. Sekumpulan petugas PKR itu dihalau oleh penduduk kampung tersebut selepas dipercayai cuba memasang bendera parti tanpa kebenaran di kawasan rumah penduduk. - 16 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...