Selasa, 17 April 2018

Netizens Bengang KASTAM Kecualikan Cukai Untuk ECRL & Ini Respon Dari BN Dan Husam.

Netizens hari ini membidas tindakan kerajaan yang mengecualikan cukai GST terhadap syarikat CCCC, yang membina ECRL di Malaysia.

Perkara itu pada awalnya didedahkan oleh Husam Musa di Facebooknya.

"Sejauh mana benar? Syarikat negara China diberi pelepasan GST. Pohon Menteri Kewangan memberi penjelasan," katanya dalam satu kenyataan.

KASTAM kemudiannya mengesahkan kesahihan dokumen yang tersebar itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.


Netizens bengang, amuk.

Selepas perkara itu disahkan KASTAM, netizens pro pembangkang kemudiannya menzahirkan kemarahan mereka di laman sosial.



Shah Cruze :
"Rakyat berbelanja barangan harian juga kepentingan awam. Mengapa rakyat menjadi titik akhir yang wajib mengeluarkan wang bayar gst malah rakyat tidak boleh tuntut (claim) semula seperti yang syarikat2 lakukan?"

Seorang budiman : "Owhh..rakyat kena, kerajaan China tak kena gst. Pastu kata kerana projek mementingkn orang awam untuk kurangkan kos. Pastu ko naikkan harga tiket. Setan ko kerajaan BN. Otak ko nak curi duit rakyat jer. Pastu U turn ayat".

Fisal Mahadzir : "Untung la.. Rakyat luar diutamakan, rakyat sendiri digula-gulakan, habis semuanya kena “kencing manis”. Undilah jangan tak undi parti yang menjaga ketuanan Melayu. Diibaratkan “tanam tebu dibibir saja” hidup Melayu, dan mewah2kan kerabat YB sendiri juga".

Johari Zainol : "Hello, abis tu kontraktor kita yang buat sekolah, hospital, jalanraya, jalan kampung tu bukan buat projek untuk kepentingan dan kemudahan rakyat ke, apasal kau sapu jugak GST?"

Samsul Samsulan : "Kepala bapa kau! Dah semua mereka buat dari jentera hingga ke tenaga dari China. Habis rakyat Malaysia dapat apa? tengok saja! Projek berbilion tak kena GST pula. Hebat hebat macai macai UMNO korup haprak membela China. Kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan. Terbaik kerajaan BN".

T'rex Dynoor : "Bodoh punya, base nantang err.. kita ni rakyat nak makan nak hidup kena bayar GST sampai mampusss celake punya pemerintah sepatutnya project mega yang macam tu lahh yang kena GST bonggok sebab keuntungannya akan pergi kemana kalau tak balik ke China. kita rakyat kais pagi makan malam yang kena bayar. Ya ALLAH ya TUHANKU kau runtuh lahh pemerintah yang ada pada hri ini yang bnyak menyusahkan rakyatnya sendiri melalui tangan-tangan pengundi tak lama lagi ni ya ALLAH RUNTUHKAN RUNTUHKAN RUNTUHKAN RUNTUHKANLAH dan JATUHKANLAH BN dan UMNO ini daripada terus memerintah negara malaysia tercinta ini Aamiinnnnn".

Ismail Ismail : "Al Bahalol punya kastam. Ehh kalau gitu berniaga ikan berniaga daging berniaga teksi jual jubah jual ketayap jual kereta dan banyak hal semua tak perlu cukai. Kan itu semua ada kepentingan awam. Itu semua termasok dalam bab muaamallah untuk kemanusiaan".

Hanz Nafeez : "Camni lagi mau undi lagi aku tak paham.. bangsat.. negara lain orang luar tinggi lagi cukai dari rakyat sendiri.. Kat Malaysia, orang luar didodoi.. Bangla disuap susu, Nepal diselimutkan, China diberi minum, camni ke negaraku?".

Iqbal Nasir : "Memang najib celaka, secelaka-lakanya. Memang dajal. Rakyat sendiri dikenakan berbagai cukai, syarikat china pulak dikecualikan cukai. Jenis apa punya pemerintah macam ni...!!!".


Tak bayar cukai, nak tuntut apa?


Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan KASTAM yang menjelaskan CCCC tiada kelayakan untuk membuat apa-apa tuntutan bayaran balik (refund) dipertikaikan netizens.


John : "Tak bayar GST memang tak boleh nak tuntut refund la. Bodohnya".


Maya Mayalisa : "Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST. Memang la sebab dia tak bayar apa-apa pun. BONGOSS!".

Eric Se To jawab

Dipertikaikan netizens, Eric Se To kemudiannya tampil mengulas isu berkenaan bagi menjawab kritikan pro pembangkang.

"Nampaknya Pakatan mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi.


Asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT.

Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.

Bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.

Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.

Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.

Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara.

Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.

Jika kos projek termasuk GST maka kos RM55b akan melonjak ke RM58.3 bilion. Jumlah yang perlu dipinjam pun menokok hingga RM3.3 bilion walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?

Syarikat tempatan yang melaksanakan projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak diberi pengecualian khas GST akan turut membayar GST semasa menjalankan projek.

Namun, syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu.

Akhirnya, kesemua GST yang dibayar syarikat tempatan semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Husam tanya soalan baru, minta penjelasan lanjut



Dalam perkembangan berkaitan, Husam dalam reaksi segeranya meminta pihak kastam dan Eric Se To untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.

i) Soalan kepada KASTAM.

"Pengecualian GST Kepada Syarikat China : Berapa Jumlah Pengecualian Telah Diberi?


Pendedahan saya semalam - pengecualian GST kepada syarikat dari Negara China - disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam pagi ini.

Selepas pengesahan itu, saya cuma ingin bertanya soalan seterusnya kepada Ketua Pengarah Kastam :

A. "Setakat hari ini, berapa jumlah RM telah diberi pengecualian GST kepada CCCC tersebut?".

B. Rakyat dan syarikat negara ini yang membayar GST mungkin ingin tahu 'progress payment' dan progress kesiapan projek tersebut,"
soal Husam dalam satu kenyataan.

ii) Soalan kepada Eric Se To


"Berapa Penjimatan Kos Pembinaan ECRL Tanpa GST?

https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1942152639130452

Saya membaca FB Eric See To.

Saya ingin bertanya pada Eric, dengan pengecualian GST, berapa jumlah penjimatan kos pembinaaan ECRL?

Sebelum ini di war-warkan, kos pembinaan itu adalah RM 55 billion.

Dengan pengecualian GST, berapakah kos pembinaan itu sekarang?,"
soal Husam lagi. - 17 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...