Rabu, 18 April 2018

Kenapa Anda Tak Patut Undi Barisan Nasional Dalam #GE14 - Part II

Oleh : Abdul Hakim Abd Rahim

Tempoh hari saya berkongsi pendapat saya tentang bottom line (sebab paling bawah, paling tidak) kenapa kita tidak boleh pilih BN PRU kali ini demi masa depan demokrasi negara. Politik yang dinamik akan lebih menguntungkan rakyat terbanyak sekiranya ahli politik dan rakyat sama2 sedar bahawa boleh sebenarnya tukar parti yang memerintah melalui PRU.

Boleh rujuk: https://www.facebook.com/abdulhakim.abrahim/posts/10156634891789341

Saya tahu dan rasai sama sebenarnya rakyat pada hari ini kurang gemar bercakap dan terlibat dalam politik disebabkan bahasa yang kasar, label melabel, maklumat yang tidak tahu benar atau tipu, fanatik yang cepat melenting dan lain-lain. Kalau sahabat-sahabat yang masih atas pagar perasan, saya tidak menyebut sebarang kelebihan atau kelemahan BN untuk membuangnya dari senarai ini dan meninggalkan baki beberapa option yang lain.

Seterusnya, saya akan bantu anda membuat pilihan dari empat sudut S: strategi, sejarah, statistik dan sentimen. saya banyak merujuk buku PRU untuk Noob dan saya sarankan anda juga mendapatkannya dari pengarangnya Ikmal Nordin atau Abdullah Zubayr.

Maaf pos kali ni agak panjang tapi insyaAllah worth it untuk sampai kepada satu kesimpulan. Saya belum berjiwa tabah nak buat banyak-banyak pos tentang politik, seperti mana anda juga di atas pagar ni 😅. So please share it supaya you can come back and read it kalau bored half way.

Proses penubuhan kerajaan pusat memerlukan sekurang-sekurangnya majoriti mudah (menang 112 kerusi dari 222 yang ada atau 50.4%) dan bermaksud sehingga kini 13 kali PRU, BN melalui pakatan beberapa komponen parti UMNO, MCA, MIC dan beberapa yg lain bergabung menjadikan sekurang-kurangnya 112 kerusi cukup untuk menjadi blok kerajaan. Baki kerusi yang tidak dimenang oleh ‘kerajaan’ ini secara automatik menjadi satu blok lain dikenali sebagai pembangkang. Calon bebas pada saat ini hampir pasti tidak akan boleh menubuhkan kerajaan melainkan mereka juga menubuhkan blok lain. So, BEBAS is out of the equation.

STRATEGI untuk mula ‘mengalirkan’ sungai demokrasi yang sudah lama bertakung statik ini tidak lain adalah untuk membina satu blok yang kuat untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen yang ada. Mudah. Mudah atas kertas tapi sukar pada realiti.

Ini kerana menurut SEJARAH, paling banyak blok bukan BN pernah memenangi kerusi parlimen adalah pada PRU 13 iaitu sebanyak 89 dari 222 atau 40.1% hasil dari gabungan komponen Pas, Pkr dan Dap dalam Pakatan Rakyat.

Untuk PRU 14, dengar-dengarnya akan ada 3 blok, BN, Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS). Sayang sekali momentum blok selain BN akhirnya berpecah dua. Kalau sebelum berpecah pun paling tinggi boleh dapat 40%, agak-agak lepas berpecah boleh dapat 50.4% tak? Jujur saya kata, susah. Tapi tidak mustahil.

Kita tengok STATISTIK pula. BN akan bertanding di semua 222 kerusi. PH juga akan bertanding di semua 222. GS sebelum ini tidak menyatakan dengan jelas, tetapi setakat yang paling tinggi saya dengar 130 kerusi.

Ini bermaksud akan ada 92 kerusi yang pasti dimenangi oleh salah satu BN atau PH. Katakanlah masing-masing menang 46, sudah siap 20.7% dari 50.4% yang perlu dimenangi. Baki 130 kerusi adalah 3 penjuru antara BN, PH dan GS. Part ini yang rumit. Boleh kah assume masing2 dapat 43 kerusi? Kita lihat..

Pertembungan 3 penjuru dalam sesi yang lepas saya petik 3 tempat sahaja sebagai bukti mudah.

1. PRU 13 di Dun Kota Damansara
BN: 16,387 - PKR: 14,860 - Pas: 7,312

2. PRK Kuala Kangsar 2016
BN: 12,653 - Pas: 5,684 - PH: 4,883

3. PRK Sungai Besar 2016
BN: 16,800 - PH: 7,609 - Pas: 6,902


Tanpa menunding kepada mana-mana pihak, 3 penjuru pasti memberi peluang yang amat cerah kepada BN. Dan ini akan merencatkan azam kita untuk melihat kerajaan selain BN. Ini kesimpulan 1, BN menang, yang lain kalah.

Tp katakanlah dapat juga 43 kerusi setiap blok BN dan PH, 44 untuk GS. Menjadikan keadaan semasa BN 40% dan PH 40% dan GS 20%. Tiada blok yang boleh membentuk kerajaan melainkan GS bergabung dengan salah satu BN atau PH. Kalau GS bergabung dengan BN, tetap BN yang mendasari kerajaan gabungan. Kalau GS bergabung dengan PH, barulah tercapai hasrat asal kita tadi. Inilah yang GS sebut keinginan mereka untuk menjadi King Maker dalam menubuhkan kerajaan nanti. Ini kesimpulan ke 2: Mungkin BN masih menang atau mungkin BN akan kalah.

Persoalannya? Kepada siapakah GS akan cenderung bekerjasama? Adakah PH yang baru sahaja di’cerai’kannya? Atau BN?

Statistik ke3 berdasarkan 9 PRU yang lalu dari 1978 hingga 2013, Pas hanya menang paling tinggi 5 kerusi bila bertanding sendiri, 7 kerusi bila menjadi blok ke3, dan 27 kerusi bila menjadi blok ke2 bersama PR. Nak capai 43 kerusi untuk menjadi King Maker pada PRU ke14 pada saya tidak munasabah. Kesimpulan ke3 : kembali kepada 2 pilihan BN atau PH juga akhirnya.

Maaf tiada data untuk PKR + DAP sebab PKR sentiasa bersama Pas sebelum ini, dan tahun 2004 bila Barisan Alternatif tinggal Pas+PKR, Pas 7 PKR 1, manakala DAP 12. Tetap BN yang menang 198 kerusi pada PRU itu.

Bagi mereka yang sudah ada kecenderungan ke mana-mana parti, mereka akan ada banyak jawapan itu dan ini. Tapi bagi anda pengundi atas pagar, adakah anda sanggup berteka-teki lagi tentang pilihan GS atau anda nekad nak tumbangkan BN terus tanpa gagal?

Sekiranya anda jawab TAKNAK BN kot mana sekalipun dan ingin melihat empangan BN ini pecah lalu perubahan boleh mengalir, jawapan yang logik dan mudah ialah hanya fokus terus kepada PH. Maaf saya tiada masalah apa dengan GS. This is purely logic pada pendapat saya. Ingat, saya tidak menyebut manifesto sesiapa, sebarang speculation atau tidak menyebut kekurangan dan kelebihan sesiapa pon dalam pos di atas.

Now come the SENTIMEN.

1. Ya saya seorang muslim dan you are not less of a muslim jika anda tidak mengundi parti yang ada perkataan islam didalamnya. Ini adalah satu falasi yg terbina dalam minda kita bahawa kita as a muslim kena vote parti yang ada title islam. Niat untuk membantu rakyat melalui sistem demokrasi yang sihat, politik warga, negara berkebajikan juga adalah perjuangan islami. Ia tidak merosakkan aqidah islam anda. Jika ya, pasti para mufti akan memfatwakan hukum haram mengundi sekian sekian parti. Boleh rujuk 3 orang mufti yang mesra rakyat dalam fb iaitu mufti KL, Penang dan Perlis. Saya tak sebut mufti negeri lain jujur hanya kerana tidak mengenali mereka, tiada agenda lain.

2. Tapi PH ada DAP yang sangat anti islam dan melayu? Sebarang usaha DAP untuk mengancam kedaulatan islam/melayu pasti bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, dan kita ada Raja yang menjadi ketua agama islam. Orang yang menakut-nakutkan dengan sentimen ini sebenarnya telah memperlekeh institusi Raja kita. Contoh: https://www.facebook.com/en.arham/posts/1790695460951309

3. Undi PH segala masalah akan selesai? Tidak..ia baru langkah pertama dalam usaha ini. Bahkan sekiranya berjaya, peluang untuk GS pula memerintah dalam sesi yang akan datang lebih cerah kerana sistem sudah menjadi lebih dinamik. Sekiranya PH / GS tidak perform, pasti rakyat akan fobia dengan usaha perubahan ini. Tapi setakat ni, kerjasama PH dan GS di Selangor sangat menguntungkan rakyat. Sayang sekali mereka bercerai. Saya tak sebut sebab apa tapi yang pasti rakyat yang rugi.

4. Kenapa GS ramai ustaz dan ulamak bersama mereka? Ini satu lagi falasi kerana ramai juga ustaz dan ulamak yang tidak bersama GS tapi tidak kelihatan dalam arena politik kerana fokus mereka bukan politik. Bahkan kerana menggunakan tagline islam membuatkan ramai yang terjebak di falasi (1).

5. Golongan liberal banyak bersama PH? PH pula asas perjuangan rentas agama dan kaum, lebih terbuka untuk mereka yang berkongsi matlamat yang sama iaitu menumbangkan BN. Tidak bermaksud anda terpaksa bersama dalam pilihan-pilihan yang liberal itu. Sama-sama setuju rendang tidak crispy tidak bermaksud anda menyokong agenda liberal mereka.

6. Taknak Tun M jadi PM lagi sekali. For what ever reason, ia akan tetap membantu demokrasi sihat kerana parti lain pula yang memerintah. Bahkan, boleh rupanya jadi PM dua kali 😂.

7. Tak mahu undi atau undi rosak jelah. Mufti KL dah keluarkan fatwa against this two. Hak mengundi hak anda. Senyap-senyap, dan undi PH. Tiada siapa boleh label anda sebab undi kita rahsia.

Banyak lagi sentimen yang menjadi persoalan ramai tapi tak mampu saya kupas semuanya.

Kalau anda ingin melihat PAS suatu hari nanti memerintah negara dengan membawa islam, saya juga mempunyai impian hampir sama iaitu ingin melihat keadilan islam dibawa dengan harmoni lalu Malaysia menjadi contoh negara islam terbaik walau apa jua parti yang membawanya. Tapi jangan kita tergopoh kerana ia perjuangan yang panjang. Kita selesaikan kuasa rakyat dalam demokrasi di Malaysia dulu. Bila sudah pernah berubah, insyaAllah mudah untuk perubahan lain pula.

Seperti biasa, kita boleh berbeza pendapat, tapi tidak boleh tidak berakhlak. Ingat, pengundi #ataspagar melihat juga bahasa anda. Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan yang anda mahu saya kupas, boleh nyatakan di komen. Tapi kalau saya taktau saya jawab taktau je ye. Maaf siap-siap 😅

Wasalaam.


PRU4Noob : https://www.facebook.com/PustakaAKSI/posts/787861984746159

Mufti KL : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1128204793986165

Politik warga:
https://www.facebook.com/AhmedKamarulzaman/posts/10156158504582416

Perihal DAP :
https://www.facebook.com/en.arham/posts/1789192361101619

https://www.facebook.com/en.arham/posts/1790695460951309

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...