Selasa, 17 April 2018

PAS Saman Sekarang, Jangan Tunggu Selepas PRU 14, Cabar Mahfuz Omar!

KENYATAAN MEDIA DATO' MAHFUZ OMAR

PASAI APA TANGGUH LEPAS PRU14, SAMAN SEKARANG


1. Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dilaporkan berkata pihak PAS Terengganu bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap saya ekoran pendedahan saya bahawa ada pimpinan PAS menerima sejumlah wang daripada Umno bagi pihak PAS. Walau bagaimana pun katanya tindakan undang-undang tersebut hanya akan dibuat sejurus selepas PRU14 akan datang.



2. Ust Satiful dilaporkan berkata lagi bahawa beliau sudah berbincang dengan peguam dari Lajnah Undang-Undang Terengganu bagi maksud tersebut. Pelik dan kelakar. Kenapa perlu tunggu selepas PRU14? Ust Satiful sewajarnya mengambil tindakan segera kerana selagi tiada sebarang tindakan undang undang diambil, isu tersebut akan menjadi bahan perbualan masyarakat khususnya pengundi pengundi Pas dan ianya akan memberikan kesan buruk kepada Ust Satiful dan dua lagi rakan khususnya dan PAS amnya.

Adakah Satiful sanggup membiarkan imej partinya dilihat buruk dengan menerima dana dari Umno? Adakah Satiful sanggup PAS tewas dalam PRU14 nanti dek kerana isu penerimaan dana dari Umno ini? Adakah Satiful sanggup membiarkan Umno tersenyum gembira apabila PAS kalah dalam PRU14 nanti?

3. Justeru, Ust Satiful dan dua rakannya atau PAS sewajarnya mengambil tindakan undang-undang seberapa segera yang boleh jika mahu imej PAS dilihat bersih di kalangan pengundi lebih-lebih lagi di kalangan ahli PAS sendiri yang sekarang sudah berbunyi di sana sini bahawa Pas dan pimpinannya mendapat duit dari Umno.

4. Ust Satiful dan PAS perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkan isu ini. Ini maruah PAS. Tidak cukup sekadar menafikan sahaja. Orang gila juga nafikan dia gila. Tetapi untuk menentukan dia gila atau tidak, perlu diperiksa oleh doktor pakar. PAS juga perlu membuktikan mereka tidak terima dana Umno seperti didakwa. Dengan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah, semua bukti termasuk akaun bank yang didakwa boleh dibuktikan kewujudannya di mahkamah.

5. Ust Satiful dan PAS tidak perlu menunggu selepas PRU14 baru nak failkan tindakan. Yang akan memfailkan kertas-kertas kausa di mahkamah adalah peguam bukannya Ust Satiful. Kalau sudah berbincang dengan peguam, arahkan peguam failkan tindakan. Adakah Satiful mencari hari yang sesuai untuk failkan tindakan? Selasa penuh, Rabu sudah diambil oleh Najib. Mungkin Khamis boleh failkan.

Jangan tunggu lama-lama nanti habis duit tak sempat nak fail.

#TolakBn
#UndiPh
#KitaBinaSemulaMalaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...