Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Julai 2013

TV3 Kena Kecam Angkara Label Morsi Diktator.

Page tv3 kena serang. Angkara laporan pemberitaan tv3 mengenai Morsi. TV3 dilaporkan berkata telah mengelar Morsi sebagai diktator. Setakat neh bukti sahih atau konkrit yang menunjukkan bahawa tv3 mengelar Morsi sebagai diktator belum ada lagi.

Hasil semakan aku di laman web tv3 pun takde. Tak pasti ia berita terkini ataupun berita jam 1.30 petang. Tapi tak kira la berita jenis apa pun, yang pasti semakan dan siasatan aku tidak menemukan langsung bahawa tv3 telah mengelar Morsi sebagai diktator.

Sebab tue aku tunggu berita jam 8 malam tadi. Aku nak tengok ada atau tidak, tv3 mengulangi kembali tuduhan mereka terhadap Morsi, nampaknya berita Buletin Utama tak pula melaporkan Morsi seperti itu.

Apa yang TV3 laporkan malam tadi ;

1. Suasana di Mesir di mana anti Morsi berpesta meraikan kejatuhan Morsi.

2. Keadaan Morsi yang menjadi tahanan rumah bersama 13 pemimpin kanan nya.

3. Kemaskini mengenai presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

4. Laporan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika ini.

5. Larangan kepada pelajar2 Mesir untuk tidak terlibat dalam sebarang protes dan demo di Mesir.

6. Respon segera kedutaan Malaysia di Mesir mengenai krisis terkini di Mesir.

7. Respon dari penganalisis politik akan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir.

8. Antara respon yang tv3 siarkan ialah bahawa tentera dan pembangkang cuba mengambil kesempatan akan sentimen rakyat Mesir [anti Morsi] bagi mengulingkan Ikhwanul Muslimin disebabkan mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu lagi.. 

Ini je yang TV3 laporkan. Takde satu patah perkataan pun mereka menyebut Morsi = diktator. Jangan salah faham. Apa yang aku harapkan ialah rujukan dan bukti. Pasal aku percaya, orang tetap nak tengok  bukti punya. Oke. Kalau aku hujah2 begini kan, nanti orang umno minta bukti aku nak bagi apa? Air liur?

So aku cadangkan sesiapa yang saksikan berita yang mana tv3 gelar Morsi = diktator = bagi bukti. Aku percaya kat TONTON mesti ada kalau benar la ia keluar berita. Melainkan tv3 dah sunting disebabkan kena kecam. Kalau tidak, masih ada harapan lagi nak cekau2 bukti untuk sebaran umum. So siapa yang saksi pergi cari dan telek. Ada atau takde. Untuk rekod, aku takley access TONTON. Tah kenapa register failed jek. 

Apa pun, benda2 gini yang paling penting

BUKTI
BUKTI
BUKTI

Ingat kes tv3 lapor mengenai translation ucapan Morsi? Yang tue member kita ada bagi bukti. So kes yang neh pun kita kena bagi bukti.

Kalau korang nak tahu, page tv3 sekarang neh kena serang.

Rujuk sini ==>  https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA

Boleh lihat di ruangan komen apa bagai semua. Dorang paste komen2 yang tv3 gelar Morsi = diktator. Walaupun begitu aku aneh juga. Najib tak beri respon ke berikutan perkembangan terkini di Mesir? Ke Najib take time untuk fikir2kan apa yang sesuai? Nak ucap tahniah macam King Abdullah juga ke apa?

Aku syak Najib fikirkan sentimen rakyat dulu. Mungkin akan beri respon diplomasi macam stail USA yang seolah2 macam tak pro Anti Morsi namun juga tak pro Morsi. Kita kata berlakon ataupun taktik ataupun strategi politik.

Padahal hakikatnya apa yang berlaku ke atas Morsi memang merupakan saat2 gembira bagi mereka. Setakat neh dorang dok sebar berita yang pintu Rafah dan terowong2 kecil yang menuju ke Gaza dah ditutup, tapi aku tak jumpa sumber sahih. So aku masih lagi menanti2kan laporan berita berkaitan dengan nya, adakah ia betul? Atau ia hanya spekulasi untuk hangatkan suasana? Sama2 tunggu dan lihat.

Sambung balik isu tadi. Kalau nak tahu siap ada poster lagi untuk mengecam tindakan TV3 ke atas MORSI. Aku bab syria tue aku tahu memang betul sebab dah terbukti banyak kali tv3 gelar FSA pemberontak. Padahal terang2an mereka ialah pejuang bukan pemberontak. Kerajaan kita pro Bashyar, sesuatu yang menghairankan pada aku. Kat Malaysia dok beria2 kutuk syiah sana sini. Konon syiah ada kaitan dengan PAS apa bagai. Tapi bila syiah sana buat hal, ko sokong plak?

Tak pelik ka? 

Hehe. 

Apa pun geng, jika terbuktilah benar tv3 mengelar Morsi = diktator, ia memang perlu dikecam. Cubaan tv3 untuk memburuk2kan reputasi Morsi jangan sesekali kita kompromi. Dan buat tv3, sudah2la tue. Adakah fitnah ahli politik pembangkang di Malaysia tidak cukup bagi kamu?

Fikir2kan la ek. 


LIDAH RASMI MUSUH

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apabila melaporkan berkenaan Basyar pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun sudah jelas bahawa Basyar merupakan pemimpin yang telah membunuh ribuan rakyat Syria.

'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561534603887885&set=a.439267916114555.91463.439243252783688&type=1&relevant_count=1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643194815710416&set=a.351792408183993.96357.100000597104304&type=1 

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...