Jumaat, 13 Februari 2015

Ibrahim Ali Dikecam Selepas Kritik TGNA Gagal Laksana Hudud Selepas Kematiannya..

Aku yakin Ibrahim Ali tidak banyak membaca dan mengkaji tentang pelaksanaan hudud dari segi konteks perlembagaan di negara ini.

Dulu. Semasa era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz. Tak pernah sekalipun, orang mempersoalkan hudud dari segi pelaksanaan. Kerana orang sangat menyakini. Sifat keadilan yang ada pada tuan guru akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Apa yang berlaku hanyala perlawanan demi perlawanan, penentangan demi penentangan UMNO kepada hudud yang PAS mahu laksanakan di Kelantan.

TGNA juga orangnya sangat rajin. Forum hudud dianjurkan setiap tahun atas nama perbahasan, perbincangan, perdebatan dan penerangan terbuka. Tak perlu kita terhegeh-hegeh bagi idea, tuan punya badan sendiri sudah tahu bagaimana nak mempromosikan hudud supaya lebih ramai orang 'terpujuk' untuk menerima hudud sebagai sebuah undang-undang yang mampu menghukum semua lapisan penjenayah dengan adil dan saksama.

Itu adalah PAS dan Kelantan di bawah era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz. Usaha dan tindakan bagi melaksanakan hudud di Kelantan sekurang-kurangnya bukan retorik dan bukan pula mainan bibir pemimpin.

Dan memang pelik jika Ibrahim Ali langsung tak nampak tekad dan usaha tuan guru dalam percubaannya untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut. Cuba banding pula dengan apa yang dilakukan oleh UMNO sekurang-kurangnya. Sejauh mana mereka bergerak dan berusaha untuk memahami hukum hudud dari segi konteks perundangan yang sebenarnya?

Ini respon Ibrahim Ali sejurus selepas TGNA diumumkan telah meninggal dunia pada jam 9.45 malam di Pulau Melaka selepas dibawa pulang ke rumah pada 8.40 malam tadi.


Kenyataan yang begitu bangang ini pun ada ramai juga yang like meskipun lebih ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan Ibrahim Ali yang dianggap tidak peka dengan emosi dan kesedihan yang sedang dihadapi oleh PAS, rakyat Kelantan dan khususnya bagi mereka yang begitu menghormati sosok tubuh Nik Aziz kerana dirinya yang zuhud dan sangat down to earth. Tidak hanya pada muslim bahkan pada non muslim juga menyayangi tuan guru.

Dan ini pula respon-respon yang diterima ;




Lebih ramai komen-komen yang masuk ketika ini sudah hampir 1,300 komen. Yang SHARE dengan tujuan nak mengkritik pun sudah 388. Aku rasa Ibrahim Ali neh lupa satu perkara sekurang2nya satu jasa TGNA kepadanya yang membuatkan dia kembali semula ke persada politik sebagai wakil rakyat suatu ketika dahulu. Kalau bukan kerana tuan guru sudi beri 1 kerusinya untuk bertanding di Pasir Mas, maka namanya akan terus tenggelam. Bertanding atas kerusi PAS, menang pun kerana orang fikir dia mewakili PAS, alih-alih selepas menang, PAS ke mana, perjuangan ke mana, terus isytihar jadi calon lompat selepas mempermainkan kepercayaan tuan guru kepadanya. Kalau bukan tuan guru takde sangkaan baik pada Ibrahim Ali, sejak dari awal lagi Ibrahim Ali tidak akan berpeluang untuk bertanding di mana-mana kerusi PAS. Dan kini selepas tuan guru tiada, patutnya Ibrahim Ali membalas semula sangkaan baik itu dengan bersangka baik pada perjuangan tuk guru dalam pelaksanaan hudud semasa hayatnya. Sebaliknya apa pula yang berlaku. Ini la orang kata bagai melepaskan anjing yang tersepit. Kita tolong dia, kita pula yang kena gigit.

Fikir2kanla wahai Ibrahim Ali sementara ada masa neh.. sekurang2 kita tahu betapa ramai yang hadir ketika hari kematian tuan guru tiba.. bagaimana pula dengan kematian kita, kematian aku, kematian kamu? Apakah akan ada satu barisan sekalipun yang memenuhkan saf untuk solat jenazah kita kelak?

Renung2kan dan selamat bermuhasabah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...