Isnin, 9 Februari 2015

Hudud Pedofil - Mahfuz Lagi Bodoh Kata Noor Farida.


Maksudnya, dia mengaku la dia pun bodoh juga kan? Cuma si Mahfuz lagi bodoh dari dia la kan? Betul tak?

KAH KAH KAH

Peperangan isu hudud antara PAS dengan Noor Farida bermula apabila datuk (gelaran) tersebut mengatakan bahawa hudud akan menyebabkan terhasilnya lebih ramai pedofil di Kelantan.

Baca : Pedofil akan membanjiri Kelantan jika PAS laksana hudud.

Maka, PAS pun bangkit la melawan. Sentap dengan kritikan tersebut. Actually, kritikan makcik Noor Farida kau neh memang tak ilmiah langsung. Rungsing plak aku baca. Pasal secara tak langsung dia gambarkan betapa jahatnya undang2 Islam yang sekaligus akan menghasilkan lebih banyak pedofil. Cuba dia sebut hudud PAS akan menyebabkan lebih banyak pedofil ka apa ka so orang faham la mungkin maksud dia draf undang2 yang PAS buat tue yang bermasalah. Ini main sembrono je balon hudud. Memang orang marah.

Ada beza undang2 Islam.

Dengan undang2 Islam yang PAS draf.

Bukan bermakna apabila PAS draf satu undang2 ikut module Islam bermaksud draf tue automatik dah complete dah betul dan wajib diterima.. NO.

Aku tengok geng2 PAS pun terbuka juga pada perbahasan, hujah, perbezaan dan penambahbaikan.

Yang mana rasa ragu2 bagi la hujah yang betul.

Bila aku baca penjelasan lanjut Noor Farida neh aku dapati dia pun sama macam aku dan muslim2 lain yang mempersoalkan sejauh mana hudud ini nanti akan dilaksanakan seperti mana yang ia sepatutnya dilaksanakan dan tidak disalahguna atau dimanipulasikan melalui apa juga jenis cara dan kaedah tertentu. Siapakah yang diberikan tanggungjawab untuk menghukum dan mengetuai apa semua.. adakah wujud lantikan politik ataupun perlantikan hakim dan semua pihak adalah menggunakan sistem yang paling adil dan telus sekali bagi memastikan undang2 tersebut tidak di salah guna. Ingatla. Undang2 sivil disalahguna, teruk dan dasat tapi undang2 sivil tidak mengheret Islam dan Allah. Undang2 Islam tidak boleh kita biarkan ia disalahguna sebab nanti kita akan menyebabkan fitnah terjadi atas nama Islam dan atas nama tuhan. 

Satu lagi yang aku selalu persoalkan PAS. PAS perlu buktikan mereka berkredibliti dan berkemampuan untuk bersikap adil dengan menghukum mereka2 yang bersalah dalam parti sendiri terlebih dahulu. Contohnya seperti pendedahan Sanusi.

Itu je caranya untuk raih sokongan orang. Perlu buktikan parti sendiri memang berkelayakan melaksanakan undang2 Islam dengan adil apabila sifat keadilan dalam PAS itu terserlah luar dalam. 

Walaupun makcik Noor Farida ada point bila dia menjadikan isu di Sudan sebagai contoh tetapi penggunaan ayat tue kena tepat. Sekarang sapa nak tanggungjawab bila mulut sendiri yang sebut hudud akan menyebabkan kebanjiran pedofil di Kelantan? Diri sendiri yang sebut maka diri sendiri la yang perlu memperbaiki keadaan. Kalau aku la kan, baik aku pertikaikan sikap double standard PAS yang buat hukuman terpilih. Nampak beb, nampak. Nama jek parti Islam tapi ya tuhan.. keadilan yang ditekankan oleh Islam, PAS campak kat mana-mana tah.. mungkin dalam laut kot. Bersama2 pistol polis yang jatuh kat situ.

KAH KAH KAH

Baca ;
Selepas dianggap sebagai bodoh kerana didakwa tidak memahami undang-undang Hudud, Datuk Noor Farida Ariffin membidas balik Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Jurucakap Kumpulan 25 Tokoh Melayu (G-25) itu menyelar Mahfuz yang memanggilnya ‘bodoh’ disifatkan sebagai “biasa”.

“Hanya kerana seseorang tidak bersetuju dengan pendapat anda, tidak bermakna anda boleh memanggil mereka bodoh. Ini menunjukkan dia lagi bodoh,” katanya.

Menurutnya, beliau telahpun meneliti kajian tentang Hudud yang diterbitkan oleh seorang profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Hashim Kamali yang memberikan analisis terperinci berhubung Rang Undang-Undang Hudud PAS dari perspektif Al-Quran, hadis dan pendapat para sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum membuat kenyataan mengenai Hudud.

Dalam surat kepada editor yang ditulisnya kepada The Star, Noor Farida berkata profesor itu membuat kesimpulan bahawa ‘Rang Undang-Undang Hudud Kelantan gagal mencerminkan sama ada keseimbangan dari Al-Quran atau dari keadaan sosial dan realiti kontemporari masyarakat Malaysia.’

“Hashim Kamali menambah bahawa ‘Rang Undang-Undang Hudud dilihat tiada usaha untuk melakukan ijtihad ke atas isu-isu baru seperti memastikan keadilan terlaksana’,” dakwa Farida.

Beliau dalam suratnya menggesa kerajaan supaya ‘belajar daripada keadaan kelam kabut di Sudan’ dan tidak membenarkan negara ini yang mendapat kutukan dunia kerana meluluskan undang-undang tidak adil yang bertentangan dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Noor Farida juga memberitahu cerita tentang seorang isteri di Sudan yang dijatuhi hukuman mati kerana murtad dan terpaksa bersalin dalam penjara dengan keadaan tangannya dirantai.

“Berhadapan dengan tekanan hebat antarabangsa, dan ancaman sekatan negara-negara yang membekalkan bantuan kepada Sudan, kerajaan Sudan kini dipaksa mencari jalan keluar bagi menyelesaikan situasi rumit dengan sendiri.

“Para pemimpin Sudan mungkin menyesal di mana mereka membenarkan undang-undang seperti ini diluluskan untuk memuaskan hati ulama-ulama yang gagal memahami bahawa di zaman moden ini, hukuman yang keras itu tidak akan dibenarkan untuk lulus dalam mana-mana negara,” dakwanya, lapor The Rakyat Post.

Sebelum ini Mahfuz berkata, Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang terkemuka sepatutnya terdiri daripada orang-orang yang bijak, tetapi kenyataan jurucakapnya, Farida yang menolak Hudud menunjukkan hal yang sebaliknya.

Kata Mahfuz, Farida sepatutnya meneliti undang-undang Islam itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelihatan bodoh dan bertentangan dengan imej kumpulan yang digelar sebagai G25. -ST.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...