Khamis, 12 Februari 2015

Azmin, Di Mana Kamu Campak Janji Kamu Kepada Penyokong Anwar Ibrahim?

Apabila berjanji, dia memungkiri.

Aku belajar satu perkara. Bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik walau dia tidak sempurna ialah pemimpin yang tidak menjanjikan bulan dan bintang, tidak bermanis mulut dan tidak mendabik dada serta bercakap besar apabila berkata.

Satu ketika dulu. Aku pernah fikir bahawa pemimpin perlu sempurna. Tetapi seiring dengan pengalaman hidup. Aku belajar. Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Pemimpin manusia adalah manusia. Maka pemimpin juga tidak akan sempurna. Maka aku belajar. Pemikiran aku salah.

Bagi aku. Pemimpin aku hanya perlu baik walaupun dia tidak sempurna. Apabila dia tersalah, dia minta maaf. Apabila dia buat keputusan yang silap, dia betulkan keadaan dan bertanggungjawab. Aku tidak mahu pemimpin yang menunjukkan atau memaparkan bahawa betapa sempurnanya dia perlu terlihat seolah-olah sebagai manusia, dia tidak pernah melakukan kesilapan.

Aku rasa Azmin Ali pasti faham apa yang aku mahu sampaikan.

Suatu ketika dahulu, Azmin Ali pernah berkata ;

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara".

Pastikan satu hari pun Anwar tidak merengkok dalam penjara katanya. Konon. Sekarang dah hari ketiga Anwar dalam penjara. Azmin di mana sebenarnya?

Apa yang Azmin telah, sedang atau akan pastikan sebenarnya pada masa kini?

Antara transkrip ucapan Azmin Ali ;

"Sedara tak perlu kita adakan pilihanraya, kita kena turun ke jalan raya, apakah rakyat akan duduk diam dengan keputusan ( mahkamah) sebegini? 

Apa tindakan kita? Nak diam lagi? Nak berpeluk tubuh lagi? Nak sokong umno lagi? Saya sudah menyarankan kepada rakyat malaysia sebentar tadi. Apa patut kita buat? Lawan tetap lawan? Nak lawan di pilihanraya sahaja? Nak turun jalanraya? 


Orang yang zalim, rasuah, perompak, penjenayah tidak boleh dijatuhkan melalui pilihanraya, ianya hanya boleh dijatuhkan dalam, demonstrasi jalanraya...


Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara"


-------------------

Dan ini videonya ; 


Klik sini jika video gagal load.

Anwar dah tiga hari di dalam. Korang semua lancarkan reformasi two point zero. Tapi apa hasilnya? 

Aku tak tuju pada rakyat Malaysia. Aku tuju pada pihak yang cakap berapi2 dalam video di atas.

Berapi2 konon nak pertahankan Anwar dari terpenjara atas isu fitnah. Berapi2 berucap konon macam power dan berani sangat. Berapi2 nak berjuang siap lancar reformasi 2.0. Tapi habuk pun tarak.

Dah sama macam aku jek gayanya. Jenis play safe. Macam mana aku nak jatuhkan BN tapi aku tak cederakan diri aku sendiri. Dah kalau korang pun fikir macam aku buat apa korang semua lancar itu lancar ini bila tiba pada saatnya satu hapa pun takde.

Sembang.

Yang paling power sembang dok cakap takan biar Anwar berada di penjara walau satu hari pun. Sembang. Anwar dah 3 hari. Terpenjara. Sendirian dan merenung nasib. Pemimpin PR terus bercakaran kat luar. Anwar konon nak mengubah Malaysia. Tapi yang mendekati dia semua jenis amek peluang dan kesempatan. Dia punya matlamat pun jadi liku-liku disebabkan orang2 sebegini. Tidak kah Anwar nampak sejauh mana dia dipergunakan oleh pihak tertentu yang mendorong dia mempergunakan rakyat pula?

Aku harap. Dan aku rasa aku mahu. Bahkan aku menyeru. Mari kita menulis surat kepada Anwar Ibrahim yang berada di dalam penjara. Disamping kita menghiasi waktu sunyinya dengan surat2 dari kita, kita juga cakap la sesuatu yang boleh membentuk dan mengasah bakat kepimpinan yang dia ada untuk menjadi pemimpin yang kita dambakan di negara ini. Aku nampak Anwar boleh dibentuk dan diasah. Namun aku juga nampak Anwar tertekan kerana secara tidak langsung diugut oleh pihak yang berkepentingan. Bukan dalam BN. Tetapi dalam PR. Aku harap Anwar lepaskan semua beban itu. Sekurang2nya belajar melepaskan semua beban-beban itu. Jika ada salah dan silap kita pada masa silam, kita lepaskan dengan pengakuan. Kita mohon keampunan dan kefahaman penyokong. Dan kita kembali bangkit dan bersatu. Pemimpin tidak perlu jadi sempurna pun. Jangan takut dengan kekhilafan dan kelemahan kita. Kerana kita manusia dan kita semua memiliki kelemahan masing-masing. Tujuannya. Untuk kita saling melengkapi. Sebab itu pemimpin tidak boleh tertegak sendiri. Dia perlu penyokong untuk membetulkan langkahnya.

Manakala, ini satu gambar ini viral di kalangan penyokong BN.



Tujuan mereka adalah untuk menyindir. Gambar ini diambil selepas beberapa jam Anwar dipenjarakan. Riak senyum jadi sindiran bagi kalangan penyokong BN. Sungguh pun aku tak nafi bahawa hidup tetap perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Makan tetap perlu makan. Mandi tetap perlu mandi. Kerja tetap perlu bekerja. Tapi aku tetap terasa semacam juga bila membaca sindiran dari kalangan penyokong BN kepada PR melalui penyebaran gambar di atas. Aku rasa tidak selesa dan kurang enak. 

Dan apa agaknya, orang2 yang berapi2 berjanji tidak akan akan membiarkan Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara walau satu hari pun sekalipun akan rasa bila membaca sindiran penyokong BN terhadap korang semua? Baca sendiri disini, dan tentukan sendiri perasan masing2. Suka ataupun duka. 

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...