Khamis, 12 Februari 2015

Ketua Polis Negara, Rakyat Sindir Kamu Di Media Sosial.

Mereka berkata.

Twitter adalah tempat paling selamat kerana ketua polis negara selalu meronda dan meronda setiap masa sehingga ada sahaja 'penjenayah' yang berjaya diberkas dan didakwa di bawah akta hasutan.

Selepas Zunar ditahan reman selama 3 hari, yang terkini setiausaha PSM parti sosialis Malaysia turut menerima tempias yang sama kesan dari mengkritik tindakan PDRM ke atas Zunar, Rafizi dan Nga Kor Ming.

Berikut adalah respon PSM Kelantan kesan daripada pendakwaan Arul di bawah akta hasutan.

Kenyataan Media PSM Kelantan
22 Rabiul Akhir 1436 / 12 Februari 2015
KECAM SALAH GUNA AKTA HASUTAN KERANA KRITIK KEADILAN DAN KEBEBASAN MAHKAMAH MALAYSIA.
1. 19 Nobember 1985, pembunuhan 14 orang, puluh cedera dan ratus ditahan telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di Memali. Sejak itu, tiada langsung pendakwaan berlaku di mahkamah Malaysia untuk keadilan.
2. Pada tahun 1988, berlaku krisis perlembagaan. Barisan Nasional telah memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dimana di dalam perlembagaan Malaysia, jawatan dan tugas Ketua Hakim Negara TIDAK boleh dipecat.
3. Sejak itu, mahkamah Malaysia merakam sejarah memalukan. Pelbagai kes profile tinggi yang menyaksikan perbicaraan songsang. Dari kecederaan fizikal (contoh kes pergaduhan VIP), pembunuhan nyawa (contoh Altantuya) sehingga kehilangan berbillion duit rakyat (contoh PKFZ), semuanya berakhir dan berakam dalam keadaan yang amat hina.
4. 10 Febuari 2015, mahkamah Malaysia sekali lagi memilih untuk berada dalam sisi gelap. Perbicaraan yang meragukan sama ada bagi pihak Saiful Bukhari mahupun bagi pihak Anwar Ibrahim.
5. Begitu juga dengan kes tuntutan royalti petroliam oleh Kelantan. Belum berlaku perbicaraan lagi, mahkamah telah melarang Kelantan membawa saksi-saksi masih hidup. Antaranya :
i. YM Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Pengerusi Petronas yang terlibat menandatangani perjanjian bersama kerajaan negeri Kelantan. Perjanjian Akta Pembangunan Petroliam 1974 itu ditandatangani bersama MB Kelantan pada 9 Mei 1975.
ii. Tun Salleh Abas. Bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sendiri yang merangka Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Mahkamah turut melarang ROYALTI mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada dalam simpanan Petronas.
iv. Terbaru, CEO Petronas telah ditukar sekali lagi selepas Tan Sri Mohd Hasan Merican dan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; dipercayai kerana mengeluarkan kenyataan mengenai keadilan dalam amanah petroliam negara.
5. Sejak itu, ramai rakyat Malaysia, mengkritik sistem keadilan Malaysia demi kecintaan mereka kepada tanah air. Kesemua ini (sebahagian yang dicatatkan di sini) sangat menakutkan kita. Jika profile tinggi boleh dilakukan sesuka hati mengikut kehendak parti yang memerintah, bagaimana dengan orang-orang kecil yang lainnya. Ekonomi, agensi kerajaan, pendidikan, tanah, elektrik, makanan dan segalanya.
6. Terbaru, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan telah ditahan polis, di bawah Akta Hasutan, kerana mengkritik sistem. PSM Kelantan mengecam perkara ini dan menyifatkan ianya satu salah guna, dwi ketetapan dan memalukan. PSM Kelantan akan menyeru seluruh rakyat terus bangkit, kuatkan semangat dan istiqamah berjuang untuk kebebasan dan keadilan sistem di Malaysia.
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Ahli Perwakilan Negeri Kelantan
Parti Sosialis Malaysia

Dan jika KPN mahu tahu. Ketika ini ada beberapa sindiran terhadap PDRM tersebar di laman sosial. Namun tiada watermark mungkin kerana yang menyindir itu rasa bimbang jika sindiran2 itu akhirnya membuatkan mereka pula di dakwa di bawah akta hasutan.

Antaranya ;





Semenjak Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan di bawa ke Sungai Buloh bagi menjalani hukuman tersebut atas kesalahan bersabit pertuduhan meliwat Saiful Bukhari, PDRM nampak gayanya sangat sensitif dengan apa-apa kritikan yang ditujukan kepada badan kehakiman yang dibuat bagi menyatakan simpati dan solidariti ke atas apa yang tertimpa terhadap Anwar Ibrahim.

Soalnya, kenapa polis perlu beremosi?

Dan kenapa pula perlu menggunakan akta hasutan?

Dan paling penting, kenapa berat sebelah?

Aku bagi contoh kes terbaru yang membabitkan menteri pertanian, Ismail Sabri. Aku dah tunjuk satu persatu butiran status facebook dia berserta terangkan elok elok apa yang menteri itu maksudkan. Aku kata dia tipu. Dan dia spin. Sesiapa yang membaca paparan facebook itu akan tahu apa yang aku maksudkan.

Aku juga dah bagitau bagaimana menteri tersebut mengambarkan JAKIM adalah satu badan yang boleh diragui dan dipersoalkan sijil halal keluaran mereka apabila seorang menteri mempertikaikan sijil halal yang dimiliki oleh OTWC dengan mengatakan ia adalah sebuah 'kopitiam' yang was-was.

Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Ini juga pernah berlaku ;


Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Balik2 Fazel pula yang dicari. Kemudian pembangkang. Kemudian orang miskin yang tertindas. Kemudian Anwar Ibrahim. Itu aje benda yang polis nampak sebagai jenayah dan musuh negara.

Adil ke?

Apabila kita menghukum, kita mesti menghukum dengan adil. Jika kita salah kepada pembangkang yang menyemai atau semarakkan kebencian antara kaum di Malaysia, dan mahu menghukum mereka, maka buat perkara yang sama kepada mana-mana pihak yang pro dari kerajaan juga.

Apabila kita kata salah bila ada pihak pembangkang dan rakyat biasa yang sebarkan fitnah, buat super impose dan manipulasi fakta, dan mahu mendakwa mereka yang terlibat maka buat tindakan yang sama juga apabila perkara itu dilakukan oleh mereka yang pro kepada kerajaan dan parti Barisan Nasional.

Maka baru la tindakan kita tidak dipersoalkan. Bila tak dipersoal maka takde la sindiran, kartun atau kritikan.

Berbalik la kepada menilai diri kita sendiri, agensi kita sendiri dan kelemahan kita sendiri sebelum menghukum kesalahan rakyat biasa. Hanya kerana rakyat biasa macam kami takde duit, miskin, takde pangkat, takde harta, takde kedudukan, takde gelaran, bukan anak datuk, bukan anak menteri, bukan pula dari kerabat diraja, itu tak menjadikan maruah kami lebih rendah dari maruah orang yang berkuasa sehingga melayakkan kami dibuli dan mendapat layanan yang berat sebelah wahai KPN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...