Sabtu, 7 Februari 2015

Luahan Chegu Bard - Sendiri Cari Penyakit, Sendiri Tanggung.

Walaupun ya, kata2 aku amat kasar tapi ia perlu dikatakan supaya Chegu Bard kenal erti serik dan berubah.

Luahan Chegu Bard ;


 
Apa yang Chegu Bard buat ialah salah Chegu Bard sendiri. Sama macam aku menyalahkan diri aku bila diperbangangkan dan diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat yang dalamnya ada PAS, PKR dan DAP.

Aku nak maki PR gak bila terasa diperbodohkan. Tapi aku laju2 fikir. Ia adalah diri aku sendiri yang tak reti gunakan akal untuk menilai. Sesiapa boleh menipu. Dan mereka boleh tipu apa saja. Tetapi pada saat aku memilih untuk percaya dan terheret dengan penipuan tersebut maka aku la yang salah. Takde sapa2 suruh aku percaya atau acukan pistol untuk aku mempercayai pun. So aku reflect diri aku. Aku dapati aku memang bersalah dan untuk membetulkan diri aku, aku tidak lagi boleh berada di jalan itu. 

So, aku lari dan menjauh.

Lari dan menjauh dari terus menerus diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat.

Dari terus menerus diperbodohkan oleh Anwar.
Dari terus menerus diperbodohkan oleh Rafizi.
Dari terus menerus diperbodohkan oleh geng2 agamawan PAS.
Dari terus menerus diperbodohkan oleh geng2 yang berlakon sosialis dalam DAP padahal adik beradik kapitalisma.
Dari terus menerus diperbodohkan oleh puak2 yang bajet dia progresif dalam PAS.
Dan dari terus diperbodohkan oleh sesiapa pun yang bergelar partisan dan wakil rakyat, pemimpin ke atau ahli biasa.

Pendek kata ada orang anti Hadi sokong Mat Sabu.
Ada orang anti Mat Sabu sokong Hadi.
Aku hadi pun aku lawan.
Mat Sabu lagi la. 
Yang sokong Anwar pun aku lawan. Yang sokong Azmin lagi la.
Aku taknak duduk dalam mana2 kumpulan. Aku hanya nak sokong atas isu dan tajuk.

Aku meninggalkan kebodohan yang dijaja oleh BN. Dan bila aku nampak kebodohan yang sama di jaja oleh PR, maka takde sebab aku meletakkan diri aku harus bersama-sama partisan.

Urusan aku dengan PR ialah ;

- Gunakan PR untuk jatuhkan BN

- Jika PR bangang terus kritik tanpa fikir risiko dan pergi mamposkan semua penyokong2 taksub mereka

- Mana isu2 yang betul membabitkan masalah rakyat aku akan laju2 sokong

- Mana2 isu2 yang perbodohkan intelek rakyat yang akalnya waras macam aku kena laju2 tolak dan lawan

Ketika mula-mula meninggalkan PR secara perlahan-lahan aku memikirkan ungkapan. Nak berpolitik tidak semestinya berpartisan. Hak berpolitik adalah hak individu seperti hak berpartisan dan untuk berpolitik aku tak memerlukan parti. Cukup aku memahami jalan cerita, tahu semua fakta dan lawan kezaliman biarpun hanya berbekalkan diri aku sendiri. Aku takde masalah lawan sorang2 dan kena maki sorang2.

Apa yang aku nampak dalam PR sekarang mereka berpecah kepada beberapa kelompok.

1. Yang selesa dapat kuasa dan memang sengaja berjuang demi kuasa.

2. Yang sebenarnya nak melakukan perubahan dengan kuasa yang ada tetapi kekangan seperti terikat dengan peraturan, arahan dan parti.

3. Yang memang langgar all out. Lawan tetap lawan biarpun kena cop MHACHAI oleh geng2 sendiri. Macam Rafizi. Terus terang aku kata. Banyak kali aku nampak. Rafizi akan secara sebarangan menuduh semua yang mengkritiknya adalah macai. Seolah2 setiap yang berbeza dari dia mesti dari BN dan orang itu mesti macai. Jika orang tue setuju dengan dia tanpa sebarang perlawanan maka orang itu tidak macai. Actually, fikiran yang di jaja oleh Rafizi itulah yang boleh membiakkan dan membenihkan kaum macai (dengan izin aku gunakan kembali perkataan ini bagi merujuk perbuatan Rafizi, aku takde niat nak mengatakan sesiapa macai).

Aku boleh bersabar dengan kumpulan ke 2 dan boleh bersama dengan kumpulan ke 3 tapi aku taknak bersatu dengan kumpulan 1.

Pendapat aku. Anwar berada di kumpulan kedua. Aku masih lagi tidak mengesyaki bahawa Anwar mahukan kuasa untuk keselesaan hidup.

Yang lain2 aku masih memerhati dan melihat. Sejujurnya. Bukan perpecahan itu yang sangat mengelirukan kita semua. Tapi siapa sebenarnya yang duduk dalam kumpulan pertama. Siapa sebenarnya yang hanya berjuang semata-mata mahu mencari kuasa. Siapa sebenarnya yang perkudakan PR untuk mendapatkan sesuatu. Siapa?

Ini persoalan paling utama perlu difikirkan.
Kalau kita tahu siapa, maka senang dan laju2 la boleh kita serang non stop supaya kedudukan dia terjejas dan sekaligus kita dapat membersihkan PR.

Suka tak suka, kita terpaksa juga gunakan entiti PR bagi menjatuhkan BN. Sebab setakat ini, itu aje option yang kita ada. 

Senario aku begini sahaja (pinjam kejap ek Zuhdi)

Senario 1.
Jatuhkan BN, naikkan PR, jatuhkan PR, naikkan parti politik lagi bagi membiasakan rakyat bahawa tukar parti politik 5 tahun sekali adalah baik dan bagus untuk negara. Mana2 yang nak buat corrupt pun tak dan. Lepas 5 tahun rakyat takmo dia plak dah. Arhh sudah.

Senario 2.
Jatuhkan BN, dan promote undi hanya calon yang baik atau kurang jahat. Maka yang baik2 je akan naik. Yang baik dari BN, yang baik dari PR, maka yang baik2 inila akan tadbir negara.

Yang pongpang2 pasal Third Force la Fourth Force la apa-apa force la sebenarnya tak realistik sebab benda tue tak wujud lagi. Kalau ada pun suara2 ketiga itu hanyalah suara2 ketiga dari rakyat yang berselerak dan tidak bersatu. Sebab tue aku cadangkan agar kita sebagai rakyat marhaen bina satu union. Union itu namanya union rakyat. Bukan NGO. Bukan parti politik. Bukan sukarelawan tapi satu kesatuan. Union inila nantinya berperanan menjadi check and balance kepada pembangkang dan kerajaan. Semua rakyat Malaysia automatik jadi ahli union tersebut tetapi yang memimpin kita tidak boleh mempunyai hubungan kekeluargaan jarak jauh sekalipun dengan mana-mana parti politik dan pemimpin kerajaan dan pembangkang supaya perlawanan kita jadi kemas dan tidak memihak. Seperti satu union untuk kakitangan pekerja swasta dan peniaga supaya hak2 pekerja swasta dan peniaga juga dapat disalurkan melalui satu organisasi secara teratur dan tersusun.

Tapi perkara neh tak berlaku kat Malaysia.

Level kita neh, sibuk gaduh isu bangsa, agama then gaduh isu remeh temeh. Kita sanggup retweet dan habiskan masa di twitter dan facebook untuk kutuk artis2 kpop dan wanita2 yang memeluk artis kpop. Tapi tak sanggup la kita nak mempromosikan idea2 seperti wujudkan union untuk kakitangan swasta ke, sekolah Malaysia ke, bersatu tolak racisma ke apa ke itu semua kita tak sanggup.

Segelintir je yang peka dan peduli.
Majoriti taknak fikir dan taknak peduli.
Sebab tue la ko boleh tengok kenapa partisan berjaya memperbodohkan minda rakyat Malaysia. Media jadi alat. Pemimpin yang memperbodohkan rakyat sebenarnya tak salah mana. Ia adalah diri ko sendiri yang membenarkan pembodohan itu berlaku sebenarnya. Ko ada otak, pemimpin pun ada otak, ahli politik pun ada otak. Pasal apa dorang boleh gunakan otak dorang untuk memperbodohkan korang tapi korang tak boleh gunakan otak korang untuk bebaskan diri dari kebodohan tersebut?

Nampak?

Nampakk?

Sapa sebenarnya yang bodoh kalau bukan saf2 partisan dan lebih teruk lagi, taksub pada batang tubuh manusia?

Yang taksub pada Najib ke
Yang taksub pada Anwar ke
Yang taksub pada Hadi ke
Yang taksub pada Lim Guan Eng ke
Yang taksub pada Lim Kit Siang ke
Yang taksub pada Azmin Ali ke apa ke semua saja je la korang. Tak payah nak kutuk mengutuk antara satu sama lain dan memacaikan antara satu sama lain. Amek cermin laju2, tengok dan fikir masak2 tindakan ko semua dan laju2 la berambos dari kebodohan sementara masih berpeluang. Aku dah lama cermin diri aku sendiri sebab tue sekarang ko boleh tengok betapa bebas dan merdekanya aku nak cakap apa dan nak fikir apa. Aku takde individu yang aku taksubkan dan takde parti yang aku perlu pertahankan sampai mampos. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...